Kenangan Limau Bali

By Tuesday, December 13, 2016 , , , ,

Assalammualaikum w.b.t

11 tahun berlalu dan banyak betul perubahan yang berlaku. Dari kecanggihan handphone masa saya pakai mula-mula kerja dulu yang bentuknya masih macam batu bata tapi nipis sket la and pendek. hahaha! skrin pun dah bercahaya dan berwarna warni. Upgrade sket dari zaman universiti yang background skrin pun cuma hitam putih macam ceta Allahyarham P.Ramlee dulu.

Nowadays, tak yah cakapla...tengok FB, IG, baca message boleh tengok jam tangan ajer. Ker ada lagi canggih? Maklumlah , semakin usia meningkat,semakin slow bab-bab teknologi ni. Apa yang penting, still boleh get connected antara satu sama lain.

Sama juga dengan majlis-majlis pertunangan, perkahwinan, akikah dan majlis-majlis lain. Semua dah upgrade. Dari barang hantaran, environment majlis , kad undangan , cara ambik gambar. Oiiii~ dah macam-macam kan?

Balik kampung baru-baru ni, mak petikkan buah limau bali yang ditanam di tepi rumah. Dah agak masak cuma saya bukan penggemar buah limau bali. Sempat saya kenalkan buah ni pada anak-anak. Ambik daun dia sekali kasi derang bau. Hehehe...

Ada kenangan sebenarnya dengan buah limau bali ni. Masa majlis pertunangan saya dengan suami dulu tak silap tahun 2005, buah limau bali yang besar sama saiz macam buah kelapa tuh mak saya jadikan barang hantaran juga. Nasib masa tuh, pokok koko dah tader...kalau tak, maunya dia letak sekali dalam bakul hantaran tuh. Hahaha! tapi saya redha ajer..tak kisah pun. Janji memang kita nak bagi keluarga sebelah lelaki tuh merasa hasil tanaman sendrik. Keluarga suami pun memang duduk kampung, jadi okeylah..sekufu bab-bab ni :)

Di kampung ari tuh, saya banyak buat aktiviti dengan anak-anak. Salah satunya, melukis dan mewarna.
 Dah siap! cantik tak hasil yang Umair buat ni?
 Tak perasan bila pulak ada garisan hitam di kiri kanan buah tuh. Mungkin kah kerja budak-budak ni?
Dah sama besar dengan kepala Umair dah buah limau bali ni . Hahahah!
 6 kilogram yang lalu. Saya dan bekas tunang saya yang kini adalah suami dan ayah kepada 3 orang anak. Ketahuilah juga bahawa baju yang saya pakai ni dah tak muat nak pakai dik non!!! huwaaa!!! Stress...bila nak kurus balik ni. Hahahah!
Tengok lah! cuba korang cari buah bali itu dan bulatkan ianya. Hahaha! Ni dah habis kreatif yer kawan-kawan. Sumer ni kami ahli keluarga buat sendiri. Kakak ipar ku banyak tolong. Kuih pun banyak yang tradisional.Set mandian ke wangian ke..pakai body shop ajer. Tu yang paling mampu masa tuh. Huk...huk..huk.

Alhamdulillah...kami masih bahagia ke hari ni. Minta kawan-kawan doakan kami terus bahagia bersama anak-anak hingga ke syurga yer. Sapa-sapa yang nak mendirikan rumahtangga tuh..nasihat saya ..ukur lah baju pada badan sendiri. Jangan la buat pinjaman sana-sini semata-mata untuk majlis yang grand. PALING PENTING..keberkatan dan pahala di sisi ALLAH S.W.T itu. Tak bestlah, anak-anak dah sekolah still hutang pinjaman kawen tak settle lagi. Perkara yang mudah tu jangan disusahkan. InshaALLAH, nanti anak-anak nak kawen..umur panjang..akan saya nasihatkan mereka juga :)

Thanks korang sudi baca entry major throwback ni.

Have a nice day!




You Might Also Like

5 comments

  1. Dulu rumah Amy pun ada tanam pokok koko, limau bali aje tak de. Sempat jugaklah merasa buah koko.
    Aktiviti mewarna, buah limau tu pun kena warna sekali... heheh.
    Samalah kita, tengok ajelah baju tu. Nak pakai balik entah tahun bila lah.

    ReplyDelete
  2. Seronoknyaaa kak Nany dapat makan buah hasil dari tanah sendiri. Hehe. Nani dulu ada jugak pokok limau bali ni dekat kampung tapi sekarang dah takdek sebab kena tebang. Ok lah tu kak hantaran, apa yang penting ikut bajet yang kita ada kann 😊

    Semoga kekal bahagia selalu kak Nany dengan family. Doakan Nani ni dijodohkan dengan orang yang baik baik jugak. Hehe 😘

    ReplyDelete
  3. wah babe. bestnya main lukis lukis

    hehehe senang kan buat hantaran macam tu, dulu kazen i pun sama. Time bertunang kot tetiba je pihak lelaki bawak dulang. bagi membalas dulang beliau, sumbat je kuih cookies yang ada. hiks

    sokong tu. kehidupan lepas kahwin amatlah penting dan memeningkan. semua benda nak pakai duit. and lagi best dapat belanjakan duit untuk anak anak.

    I kahwin koboi dulu. sampai dah beranak Lihin pun orang still mengata. but who cares. hahahah. janji dah kahwin.

    ReplyDelete
  4. Umair memang talented la. Keep it up boy.. Tak tahan baca 6 kilogram yang lalu. Comel je koranggg!

    ReplyDelete
  5. Serius hantaran buah tu. Unik dan tak pernah terfikir langsung. Legenf
    D sgt ni.

    ReplyDelete