Tips galakkan anak-anak makan sayur

By Thursday, December 22, 2016 , , ,

Assalammualaikum w.b.t

Anak-anak saya sebenarnya tak der la suka sangat makan sayur. Boleh kira dengan jari sayur apa yang derang suka makan. Walaupun dah puas ceritakan 1001 kebaikan sayur ni. Cuma , saya nak share antara tip yang tetiba saya rasa boleh dicuba pakai untuk ibu bapa yang lain.

InshaALLAh, saya akan kongsikan tips ni satu persatu depends on apa yang saya 'jumpa' ketika dan saat ianya berlaku. Kadang-kadang ilham turun dari ALLAH S.W.T tanpa disangka-sangka. Jadi, ini tips pertama eh? If ada lagi in future...will be shared next time.

Galakkan anak-anak masak bersama-sama

Okey...memula, kenalkan sayur pada derang. Macam yang ni...B.A.Y.A.M. Kot nak speaking english pun boleh. Tak kisahla bahasa apa pun. Yang penting objektif nye tercapai yer dak? nak ajak time bila? Anytime ajer. Tengah main pun boleh. Korang buat la style panggil macam announcement tuh ha...baru la derang excited nak tolong. Kalau macam bagi arahan mak tiri yang melaung sampai jiran depan dengar tu ..baik lupakan ajer. Korang buat sedirik lagi bagus! hahahah~

Umair pakai ninja costume dia lagi sebab tengah main kena ajak  siang sayur bayam. Jangan lupa tekankan ilmu tauhid sekali. Kenalkan yang ALLAH S.W.T yang buat sayur ni. Warna apa??? hijauuu...Then, tunjuk, mana daun , akar and batang. Dah smpi part akar tuh boleh lagi nak explain proses tumbuh-tumbuhan dapatkan makanan . Demonstrate cara nak asingkan daun dan batang. Muka Umair jadi macam tuh sebab tengah struggle nak patahkan batang bayam tuh. Hahah!

Lepas tuh, suruh la tumbuk bawang, ikan bilis semua dalam lesung batu. Anak-anak saya memang enjoy sangat part tumbuk menumbuk tuh. Lagi halus dari saya tumbuk. Sebab derang buat sistem giliran. Adik tumbuk ikan bilis, kakak bawang merah, abang bawang putih. Waaaaa!!! senang kan keja kita kat dapur? in a meantime boleh la cuci pinggan mangkuk kat sinki tu haaa.

Lepas dah masak, duduk makan sama-sama. Cakapla, ini lah sayur yang Umair, Uwais and Hannah tolong mama siang tadi. Memang derang automatik akan excited nak rasa. Okeyla tuh...good start kan? dari tak nak makan langsung. Derang tak makan sayur tuh banyak pun...tapi mama cukup puas hati bila derang dah boleh dengan rela hati nya ambil sendiri sayur tuh dalam mangkuk bawak ke pinggan and suap ke mulut.



Kejayaan juga bagi mama ni.

Good job anak-anak. Nanti kita try sayur lain pula ok?

Korang sumer, kalau ade tips lain boleh la share kat sini :)

That's All and thank you for reading

You Might Also Like

3 comments

  1. Good idea Nany. Tapi anak2 kakak mungkin sebab semua perempuan jadi memang suka sayur dari kecik. Lagi pula dulu tak ada puri macam sekarang kan. Dulu semua on the spot lenyek/blend.

    Tengok buah hati Nany makan sayur tu ok tu:)

    ReplyDelete
  2. good sharing. sonok tengok you educate anak anak you babe. Tapi tu lah , everything kena start dengan parents jugak. I dengan Ocin pun tak makan sayur, so bebudak tu memang jarang jumpa sayur hari hari >,<

    masa try solid food dulu I ada bagi puree/cerelac yang ada sayur tu, dorang taknak. kalau ayam/ikan bilis nak lah. hahaha dari kecik dah pandai tolak

    ReplyDelete
  3. suka tengok nany ajar anake tolong masak di dapur.mempunyai kesabaran yg tinggi tu actually.good example.mother..irda akan praktikkan juga.insyaAllah nanti dah pindah rumah ada banyak masa utk alya.nak ajak dia main2 di dapur.tp nak ada kesabaran macam nany..kena banyak berguru n membaca tips nany.keep on sharing dear...tq for sharing too

    ReplyDelete