Apa ada dalam beg?

By Saturday, January 14, 2017 , ,

Assalammualaikum w.b.t

Cabaran jdt blogger seterusnya adalah seperti tajuk di atas.

Barang-barang yang ada di dalam beg saya actually berubah-ubah mengikut keadaan dan masa. Kadang tu lupa nak keluarkan or lupa nak letak balik dalam beg.

Jadi, inilah benda wajib yang ada di dalam beg saya :

Power bank kena selalu bawak sebab saya ni kalau drive sesorang memang tak tau jalan dan depends semata-mata pada google map.

Plastik tu digunakan untuk membuang segala sampah termasuk tisu, pembalut makanan dan sebagainya. Kadang keluar dengan budak-budak ni derang kelaparan, singgah la beli roti ka kuih ka. Lagipun dah biasa since dari Jepun dulu kami bawak plastik ke mana-mana. Orang kat sana kan sangat menjaga kebersihan. Bila balik sini, rasa nak teruskan ajer bende yang elok dan baik tu.

Wallet tu semua orang bawak kot. Biasa lah macam-macam kad penting ada tersimpan.

Kain tu digunakan bila keluar then lepas makan nak lap tangan ke, lap mulut ke. Kadang kalau hujan saya guna utk cover kepala. Lepas tuh basah-basah kan masuk dalam kereta, then stereng pun basah. Jadi, kain tu pun saya guna untuk lap stereng tuh. hahah! Lepas tuh, lupa nak kluarkan dari bag sebab planned nak basuh. Huhuhu...

Kalau ada anak-anak ni keperluan lain yang ada di dalam beg saya adalah baby wipes dan hand sanitizer . Tak boleh guna baby wipes ajer kena ganti-ganti dengan hand sanitizer. Kalau tak cepat jer habis baby wipes tuh. Guna selai, lap sikit ajer..lepas tuh amik yang lain pulak.  Aiiyoooo~~ bankrupt ini macammmm~~~

Groceries bag tuh sebab senang nak lipat dan ringan jadi sumbat ajerla dalam beg. Jadi, kalau nak tersinggah terbeli apa-apa keperluan. Takder la rase menyesal sebab lupa bawak groceries bag. Bukan apa, kadang tetiba ajer barang dapur ni habis. Contohnya, macam harini sabun basuh pinggan dah habis. Haritu terlupa pulak nak beli. Jap lagi kena gak la ke kedai gi beli.

Buku tu kadang-kadang saya memang baca . Especially bila tunggu order makan sampai or tunggu baju self service dobi siap dibasuh dan dikeringkan. Ada masa, saya bawak pensel dan buku kosong if keluar makan ngan anak-anak. Boleh la divert kan tumpuan derang sementara tunggu makanan sampai. Ajarlah sket-sket tulisan jawi ke, counting ke, melukis ke..apa-apa jerla yang sesuai. Hihihi

Ok itu jer..

Nantikan episod cabaran jdt seterusnya.

That's All and Thank you for reading!




You Might Also Like

0 comments