Homemade chicken fingers yang sedap!

By Thursday, January 12, 2017 , ,

Assalammualaikum w.b.t

Resepi ke-2 untuk tahun 2017, di Bulan Januari adalah : "Homemade Chicken Fingers "

Bahan-bahan :

Chicken Fillet ( saya beli kat Mydin, dah siap potong and pack )
Fresh milk
lemon

Bahan untuk salut :

1 sudu besar tepung gandum
serbuk roti / bread crumbs
garam
serbuk kari
serbuk cili
lada sulah
Serbuk oregano kering
Parsley flakes
Telur

Cara-cara :

Letak fillet ayam di dalam bekas / mangkuk . Then perah lemon and tuangkan fresh milk . Biarkan semalaman. Simpan dalam peti sejuk.

p/s : tak perlu banyak sangat tuang fresh milk dalam tuh. Cukup sekadar bila semua dah tenggelam.
Tujuannya adalah untuk melembutkan isi ayam dan akan menjadikan tekstur isi ayam lebih juicy lagi.

Seterusnya,

Campurkan kesemua bahan-bahan kering di atas di dalam bekas yang lain. Gaul-gaul jadi rata. Lepas tuh, dalam mangkuk lain, pecahkan telur dan letak secubit garam. Kacau-kacau macam nak buat telur dadar tuh.

Keluarkan fillet ayam dari peti ais. Ambil sekeping dan golek-golekkan dalam telur then salutkan dengan campuran bahan kering tadi. Tunggu minyak panas, lepas tuh gorengkan sehingga bertukar menjadi kuning kekuningan.

Kalau nak bakar pun boleh, sebelum masuk dalam oven boleh renjis-renjiskan dengan olive oil sket. Then, set suhu oven ke 180 degree. Bakar dalam 25minit atau sehingga masak.

Mana lagi sedap?

Yang goreng laaaa...sudah pasti. Hahah! tapi yg bakar tuh sesuai untuk orang-orang yang berdiet dan menjaga kesihatan. Cara nak makan? boleh makan macam tuh ajer or..slice nipis2 sumbat dalam roti pita. Nyumss! sedap !

Jangan lupa pusing-pusingkan supaya masak dengan sekata
Yang ni lepas letak olive oil. Kawan yang seketul tuh tak cukup bahan kering nak golek. Mana yg ada la yer. Hehe..

Saya dah kurangkan beli nugget / sausage di luar. Cubaan untuk membuat sendiri snack-snack di rumah. Bekalan snack untuk Umair. Fruits tuh dia selalu makan masa lepas asar while waiting for mama to pick him up from school

Carrot tuh saya steam dan potong memanjang. Jangan masak lama sangat  sebab nanti terlembik hilang khasiat. So, biar crunchy-crunchy sket tau. Baru sedap!
InshaALLAH..

Cuba buatkan snack yang sihat untuk anak-anak ke sekolah. Esok maybe boleh buat lagi macam ni cuma fillet tuh tinggal 2 ketul ajer. Jadikan sandwich la sudahnya ni...

Tips lain :

Bancuhan untuk resepi tepung tuh boleh juga digunakan sebagai tepung salut ayam KFC. Ni kawan yang ajar masa dok kat Jepun dulu. Terliur punya pasal tengok KFC kat sana. Nak makan tak boleh. Ended up buat sendirik. Sedap...Alhamdulillah. :)

*
*
*
*
*
*
*
*
*

Ok kawan-kawan. Nanti boleh cuba buat lah yer. Kalau rasa tak sempat maybe boleh prep awal-awal. Sebelum masuk tidor sediakan semua. Esoknya lepas bangun subuh tinggal golek-golekkan dalam telur ajer pastuh goreng... dah siap!

That's All and Thank you for reading!


You Might Also Like

4 comments

  1. Sedapnya, nak try jugaklah buat sendiri nanti :)

    ReplyDelete
  2. Kakak dah malas buat ni Nany sebab anak-anak dah boleh buat sendiri:)

    ReplyDelete
  3. ok nak try...nampak menyelerekan..yummy

    ReplyDelete
  4. sedapnyaaa. nanti kalau I serbu rumah you boleh hidangkan yang ni tak? >,<

    ReplyDelete