Resepi Buttermilk Chicken yang ringkas dan sedap!!

By Friday, January 27, 2017 , , ,

Assalammualaikum w.b.t

Konnichiwa rakyat Malaysia yang tak kira  berada di mana sahaja. Entry kali ini adalah resepi buttermilk chicken yang ringkas dan sedap. Ohoi! panjang nya lahai tajuk. Bukan apa, selalunya kan saya akan search kat google spesific macam tuh. Hahaha! jadi tajuk pun mesti seiring dengan kehendak yer puan-puan sekalian.

Nampak tak kejadian buttermilk chicken ni?  Looks so creamy~~~ . Hohohoho. Berapa kalori ni nak kena bako?😅

Baiklah semua. Jom kita check bahan-bahan yang diperlukan dan cara untuk memasak .

Apa yang korang perlukan adalah :

Untuk perapan ayam 

1) Beberapa keping breast chicken. Kemudian potong  ikut size yang disukai. Saya potong dalam 1.5 inci macam tu.
3) Tepung gandum
4) Garam
5) Serbuk Cili
6) Serbuk Kari
6) Serbuk Lada sulah
7) Telur

Sebenarnya, nak guna serbuk kari saje pun boleh. Tapi kalau nak letak serbuk-serbuk macam di atas pun takper. Boleh ajer.

Bahan untuk kuah

1) Setengah tin susu sejat
2) Satu sudu besar susu pekat manis
3) Butter
4) Bawang putih yang dititik dan dihiris
5) Cili padi - untuk yang suka pedas
6) Daun Kari

Cara-cara memasak :

Kaedah paling awal adalah lepas potong breast chicken tuh jangan lupa basuh dulu yer puan-puan semua. Kemudian, toskan. Haa..lepas tuh masukkan ajer sumer bahan perapan ke dalam ayam tersebut. Kemudian kacau-kacau sebati ok? Lepas tuh tunggula sejam.  Simpan dalam fridge. Sementara tuh boleh la korang nak update blog ke, lipat kain ke, mengaji ke, dengar ceramah ke..ha..buat ajer la apa2 yang mendatangkan faedah yer. :)

Next,

Ting! dah cukup sejam. Ayuh semua kita sambung 'perjuangan' yang belum selesai ni. Ok ok..keluarkan ayam tadi kemudian panaskan minyak. Cara nak goreng adalah deep fry. Ampun kan saya kalori. Nanti kita bako zumba ramai-ramai.

Ketulan-ketulan ayam tadi sedang digoreng dengan jayanya. Make sure pusing-pusingkan 'mereka' dan goreng sampai masak .
Hai gorengan ayam semua! nampak lazat kan? sekali tengok macam cekodok ajer. Tapi bila makan..uuuuuu~ ayam rupanya. Macam ni jer pun actually sedap dah nak makan. Kot-kot la tak tau nak masak ape, next time goreng ajer macam ni. Anak-anak InshaALLAH layan.

Step seterusnya adalah.  Memanaskan butter dan menumis bawang putih serta cili padi.

Tu kan ada tanda senggatan setiap 25gram. Jadi saya guna 50gram butter untuk memasak resepi ini
Panaskan butter dalam kuali. Api jangan kuat sangat please. Takut nanti hangit dan kaler pun jadi hitam legam. Hohohoh!
Sapa suka pedas silakan letak cili padi banyak-banyak. Saya letak satu ajer sekadar rasa pedas hujung-hujung lidah. Itupun Uwais cakap pedas.
 Bila butter dah mencair sepenuhnya. Boleh la masukkan bawang putih tadi
Diikuti dengan sepelepah daun kari serta cili padi tadi. Goreng lah sampai kesemuanya nampak layu dan naik bau.
Kemudian, masukkan susu sejat dan diikuti dengan susu pekat manis. Perlahankan api dan kacau perlahan-perlahan. Kalau nak kuah pekat, masak lama sikit sampai nanti dia akan bertukar jadi pekat sendiri. Kalau nak kuah cair-cair masak sekejap ajer yer.
Finally, masukkan ayam yang telah digoreng sebentar tadi. Kacau kaup balik kasi rata. Biar atas api dalam 3 minit then, boleh angkat dan hidangkan.

Haaa..senang ajer kan ?  Kalau rase kering sangat masa makan nasi, boleh hidangkan dengan sup sayur . Memang masyuukkkk~~~

Alhamdulillah. Selesai perjuangan kita kan?

Uwais cakap~~~ "Buttermilk Chicken Sedap..tapi pedas" hahahaha

Sekian.

Selamat bercuti panjang semua. Untuk yang memandu, hati-hati di jalan raya.

That's All and Thank you For Reading!


You Might Also Like

14 comments

  1. nampak sedap, tak pernah lg rasa.. insyallah kalau bhn ada dan kerajinan tinggi bolehla UA cuba masak hihi

    ReplyDelete
  2. Dah lama nak buat ayam ni..tapi tak terbuat2 lagi...ni dah ada step by step ni..macam senang je nak buat..nanti wa nak trla..

    ReplyDelete
  3. Sedapnya. Lama dah teringin nak buat tapi tak terbuat2. tgk resepi mcm senang je kak. hehe

    ReplyDelete
  4. Sedapnyaaaa! Nanti balik rumah nak try buat

    ReplyDelete
  5. wahhh... cam sedap sungguh.. nnt nak try.. lama dapor tak brasap.. pakat diet belaka nih

    ReplyDelete
  6. mmg sedap ni..sampai mnjilat jari kan...

    ReplyDelete
  7. Ambe perlu sukatannn 😢😭😭😭

    ReplyDelete
  8. Nampak sedaaaap sangat tu. Kita yang tengok ni pun kecur airliur

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah thanks for the recipe..bru je lps try resipi awk..bestt mudah n sedap 😁👍👍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh ye ? hehe...terima kasih. Saya pun google dari blog orang lain juga :)

      Delete
  10. tq bg resepi sedap..jom blogwalking ke kedai vitamin saya..www.diarivitaminmama.com

    ReplyDelete

Terima kasih di atas segala komen dan sokongan.