Day#7 - Sekarang Tengah Buat Ape?

By Monday, January 16, 2017 , , ,

Assalammualaikum w.b.t

Sekarang tengah menaip entry di blog sambil menunggu waktu untuk ambil anak-anak dari sekolah. Ketika ini , otak juga sedang berfikir ligat untuk mencari idea apa nak kongsikan dengan pembaca blog di luar sana.

Kalau boleh nak selitkan juga sesuatu yang bermanfaat yer dak? Teringat saya kisah suatu masa dahulu ketika pbs ( projek beg sekolah ) baru dilancarkan. Saya agak lewat sedikit submit nama pada Puan Pengasas Projek ini iaitu Puan Salwa Saleh.

Lepas tuh saya tak buat apa-apa. Whatsapp group pbs terlalu aktif. Hari-hari ada saja message yang masuk sampai saya tak sempat nak baca tengok apa yang dikongsi. Sedikit sebanyak sebenarnya menjentik semangat saya untuk menyumbang sesuatu. Tapi still macam tuh jugak. Cuma dalam hati jer berdoa, "Ya, ALLAH..bantulah aku dengan cara apa sekali pun"

Tinggal beberapa hari sahaja penyerahan beg yang terakhir berlaku pada 7 January , tetiba masuk whatsapp dari seorang hamba ALLAH ni yang ingin meminta sumbangan beg sekolah untuk pelajar-pelajar di sekolah beliau.

Tapikan... saya jadi macam panik jap sebab selama ni saya dok senyap sunyi jer dalam whatsapp group tuh. Alamak...apa nak jawab kat YDP sekolah ni. Ended up, saya pm dulu salah seorang FP dalam pbs group . Alhamdulillah..dengan bantuan Puan Salwa sendiri, kami berjaya menyumbang beg yang mereka inginkan. Walaupun saya tak dapat balik kampung untuk tujuan penyerahan, niat saya tetap tercapai.

Bila tengok gambar penyerahan beg-beg tersebut yang dikongsikan oleh YDP Sek. Keb. Simpang Tiga, Bagan Datuk memmbuatkan saya terasa sebak dan seronok. Semakin faham saya dengan erti memberi pada yang menerima.
Pengajaran lain, saya lebih perlu berusaha keras kalau nak membantu. Tak leh la dok diam ajer yer tak ? InshaALLAH..this year saya akan cuba sama-sama berhempas pulas bersama-sama team PBS untuk membatu mereka yang memerlukan.

Doa itu penting. Tapi perlu ada usaha di situ. Kalau doa jer macam saya cakap tu tanpa ada usaha memang tak tau la bila boleh dapat apa yang kita nak. Usaha saya waktu tuh cuma bagi nama and lepas tuh derang letak la nama kita dalam FB page PBS.

That's All and Thank you for reading!


You Might Also Like

2 comments

  1. tahniah nany...betul tu..doa sahaja tanpa usaha takkan kemana...bila kita dapat memberi sesuatu..kita dpt rasakan suatu rasa dlm hati..suatu rasa yg sukar diungkapkan dalam bentuk kata2 kan...

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah sekurang kurangnya bantuan yang dihulurkan dapat meringankan beban mereka yang memerlukan :)

    ReplyDelete