Thursday Random Photos

By Thursday, January 26, 2017 , , , , , ,

Assalammualaikum w.b.t

Terlalu sibuk minggu ni sampai tetiba jer rasa eh! esok dah Jumaat. Nak blog hari-hari pun dah tak boleh. Hopefully, minggu depan boleh la start consistent balik.

Semalam was  a very hectic day for me. Pagi sampai tengahari ada blogger event di Istana Hotel. Seronok sangat sebab first event dapat attend in 2017! . After lunch, around 1pm terus pergi ke Ampang area untuk 'menyantuni' gadis-gadis terpilih dengan surah Ad-Duha. Alhamdulillah.. nikmatnya kalau ALLAH S.W.T anugerahkan kita kesihatan dan pancaindera yang baik. Banyak yang kita dapat / mampu buat sebenarnya.

Percaya tak? kadang-kadang kita ni dah take for granted dengan kejadian hukum ALLAH S.W.T. Kita tengok matahari waktu pagi rasa biasa. Malam silih berganti dengan siang pun perkara biasa. Just imagine kalau esok pagi kita bangun, matahari tak muncul-muncul. Takpun..siang tak berganti malam.

Cuma nak ingatkan kat semua dan diri sendiri bahawa jangan lupa untuk sentiasa menyatakan rasa kesyukuran kita kepada ALLAH S.W.T . Kalau ALLAH minta kita bayar harga oksigen yang kita gunakan ni confirm kan kita tak mampu. Tak terbalas nikmat yang diberikan olehNYA. And yet..we are so..so..far away from HIM.

Astaghfirullah hal Azim. May ALLAH SWT forgive us . Past, presence and future.

Okeyla..Sebab minggu ni dah Khamis and esok dah Jumaat. Kita kumpulkan lah yer cerita kat dalam entry ni. Hehehe..Wordless Wednesday pun sekalikan terus. Sonang ceta.

Jemput layan yer gambar-gambar ni semua :

Cerita Ahad lepas bila kanak-kanak ini pergi kelas melukis potrait bersama ArtsisStudio di Subang Jaya. Gembira masing-masing dengan hasil seni lukis yang tersendiri. Umair tak sabar nak join next class pula .

Bekal anak-anak ke sekolah Hari Isnin. Umair tanye "takper ke mama makan pisang yang ada muka tuh?" hahaha~ boleh ajer nak, itukan kulit bukan isinya.
Hari Selasa masak Nasi Pakistan. Tak tau la kenapa ke Pakistan perginya. Hahah~ yang pasti senang ajer nak masak nasi ni sebab tak yah masak lauk asing dah. Cuma buat sambal yang blend tomato + perahan lemon + cili padi + daun ketumbar . Sebenarnya sebab nak bagi bekal untuk suami juga pulang ke tempat kerja nun jauh di Selatan tanah air. Saya cuba yang terbaik walaupun pjj.
Bekal Hari Rabu adalah...Nasi goreng cina and fried drummet chicken. Buah-buahan macam biasa la, wajib untuk kudap-kudapan.
Ini pula bekal untuk hari ini. Tak rajin nak menjala pagi-pagi. Jadi, kita lempeng kan ajer since anak-anak suka sangat makan lempeng. Selalu makan dengan susu pekat manis tuh. Takpun maple syrup. So, today kita ubah la sket . Makan dengan kari ayam. Owh yer! kari ayam ni special sebab tak guna santan or fresh milk. Saya ganti dengan yogurt pulak. Sesaja nak test since ada banyak lebih lepas masak Nasi Pakistan tuh. Rasa dia sedap ajer..masam pun tader la tak leh telan. Kategori sedap juga la for me. Hehehe

Okie dokie!

Sampai sini dulu yer kawan-kawan. Ada lagi yang nak dikongsikan, tapi kita simpan untuk next entry pulak yer. Sayang korang semua Lillahi Ta'Ala :)

Thanks for reading!

:)

You Might Also Like

5 comments

  1. Kagum tau dengan mak mak yang buat bento macam ni hari hari. Hehe. Siap masak makanan berat lagi. Power lah. sedapnya nasi pakistan, kari ayam. Eh semua lah sedap. Heheh.

    ReplyDelete
  2. yg gegurl sebijik muka nany..hehehe...nany junior betul..brkal tu sedapnya..kalau dekat nak order utk alya juga..huhu

    ReplyDelete
  3. Anak-anak kreatif dgn hasil lukisan. Mummy kreatig dgn bento ye:)
    Pisang kena lukis muka bagi smiling face sebelum kena makan tu sayang. Mummy awak tu rajin sangat:)

    ReplyDelete
  4. cantik hasil lukisan tu nany.....

    menarik bento nany....lempeng tu buat teliur....lieya jarang buatkan lempeng...nanti nak buat le...kalo ade leftover kuah2 kari ke asam pedas ke sambal ke leh buat kan...dah selamat 1 bento utk anak2 ekekekeke...pening laa nany nak pikir masak ape pagi2 nieh....masalah omak2 hahahaahahah

    ReplyDelete
  5. betul tu... smoga kt sntiasa ucap syukur atas sgala kurnian..sntiasa bsyukur krn msh sempat bernafas hingga k hari ni...

    cantik sgt drwing ank2 nany hasilkan...

    rindu nk berbento utk asya..tp sjk pndh rmh, rushing..sbb jauh kan..kna trn awal pg..

    ReplyDelete