WOMEN’S EMPOWERMENT BAZAAR & NASOM FUNDRAISER by AVANA

By Tuesday, January 24, 2017 , , ,

Assalammualaikum dan hai semua!

Cerita kali ini adalah tentang jualan amal hasil kerjasama antara AVANA , NASOM dan BLOGGER yang akan dilangsungkan pada 18 Feb 2017 nanti.  Tapi sebelum tu , sure korang nak tahu kan AVANA tu ape? jadi apa kata kita berkenalan dengan AVANA dulu. 
 
AVANA  merupakan syarikat social media commerce yang menyediakan perkhidmatan untuk membantu pengusaha perniagaan yang berskala kecil bagi mengembangkan perniagaan mereka. AVANA memudahkan proses jual beli di atas talian. Antaranya termasuk, pengurusan stok, trek dan membuat laporan. Antara objektif  lain AVANA adalah  membantu peniaga mendapatkan keuntungan yang berlipat kali ganda daripada biasa.

Definisi NASOM pula adalah: National Autism Society of Malaysia. Ianya telah ditubuhkan pada tahun 1987 oleh sekumpulan ahli profesional dan ibu bapa khas untuk komuniti yang menguruskan kanak-kanak penghidap autism. 
Apa itu Autism? mungkin ada di antara kita yang dah 'aware' pasal bende ni. 

Dan mungkin juga ada yang masih tidak tahu apakah itu Autism.
Autism adalah istilah yang merujuk pada sekumpulan gangguan perkembangan yang mempengaruhi otak. Gangguan pada otak ini mempengaruhi kemampuan seseorang untuk berkomunikasi, menjalin hubungan dengan orang lain, dan merespon dunia luar dengan baik. 

Autism tidak mengenali bangsa, taraf keturunan, etnik, cara hidup dan taraf pendidikan. Kajian juga mendapati autism lebih banyak berlaku kepada kanak-kanak lelaki berbanding perempuan.

Jualan amal ini adalah bertujuan untuk memupuk sikap kesedaran dan mengumpul dana untuk NASOM bagi membantu golongan autism. Selain itu, acara ini adalah untuk menggalakkan suri rumah, ibu yang bekerjaya dan semua wanita yang bercita-cita untuk mempunyai  perniagaan atas talian milik sendiri.

Pihak Avana juga telah mencipta satu kumpulan di Facebook yang bergelar "Mommy&Women- Vendors/Sellers/Buyers."

Jadi, siapakah yang layak untuk menjadi sebahagian dari kumpulan tersebut?

- Suri rumah yang membuat perniagaan 'handmade' dan ianya merupakan sumber mata pencarian mereka
- Ibu bekerjaya yang mempunyai perniagaan sendiri dengan tujuan untuk menambah sumber pendapatan
- Wanita muda yang baru berjinak -jinak dengan perniagaan atas talian dan berhasrat untuk menjadikan ianya sebagai kerjaya tetap.


Antara beberapa idea dan target acara jualan amal oleh AVANA adalah 
  • Kesemua vendor AVANA yang menyertai acara ini akan menyumbangkan sebanyak 10% dari hasil keuntungan yang diperolehi pada hari itu kepada pihak NASOM
  • Terdapat juga booth NASOM pada hari tersebut. Jadi sesiapa yang berminat untuk mengetahui  lanjut tentang Autism jangan malu dan segan untuk pergi ke booth tersebut nanti ya!
  • Nak tengok persembahan LIVE dari kanak-kanak Autism? jangan lupa saksikan semasa hari acara jualan amal ini berlangsung ok :)  
 Untuk mengetahui lebih lanjut tentang acara ini boleh pergi check tengok kat FB page berikut :


 Dan website mereka pula adalah : http://avana.asia/


Okey lah, harapnya sedikit sebanyak info ni dapat membantu mereka yang teringin sangat nak bukak booth tapi masih belum ada peluang lagi. Lepas tuh yang syoknya, derang bagi free ajer booth and training. Sambil menjual sambil berama.

Klik sini untuk terus mendaftar. Jangan lupa baca sekali T&C nyer sekali ok? Acc bank pun ada disediakan.

Jangan lupa ajak kawan-kawan dan adik beradik yang ada bisness tuh untuk sertai acara yang BEST ni. First come first basis. Seat is still available. 
 
That's All and Thank you for Reading

  

You Might Also Like

5 comments

  1. TQ for the info. Bagus ya bazaar ni. Kalau dekat dah join dah.

    ReplyDelete
  2. Wahhh menarik dan bagus ni, membuka peluang sangat untuk yang nak kembangkan lagi perniagaan yang ada

    ReplyDelete