Menariknya MITA Travel Fair 2017!

By Friday, February 24, 2017 ,

Assalammualaikum w.b.t

Untuk pertama kalinya , saya dijemput sebagai wakil media / blogger untuk cover event MITA Travel Fair 2017. Sebelum tu kalau nak tau M.I.T.A adalah bermaksud : Malaysian Inbound Tourism Association.

MITA Travel Fair berlangsung selama 3 hari bermula dari 24 - 26 February 2017 dari pukul 10 pagi hingga 9 malam bertempat di MIECC, The Mines.
Ada banyak travel agents yang ambil bahagian dalam MITA Travel Fair 2017. Saya tak sempat nak pergi setiap booth. Apa yang pasti, setiap negeri ada booth / kawasan jajahan masing-masing.
Setiap negeri memang ada keunikan dan daya tarikan masing-masing.
Ada sesiapa planned nak pergi Melaka River Cruise masa cuti sekolah bulan depan? berbaloi sangat harga sebab kalau beli kat sana, jadi RM15.90 untuk seorang dewasa. Kalau beli during MITA TRavel Fair ni, dapatlah harga yang almost half dari yang asal. Harga kanak-kank pula adalah adalah RM5.00. Fixed price yer.
If Terengganu, banyak promotion pulau bersama penginapan.
Yeayy~~~ Inilah kampung teman yer. Bila dah sampai sini, jangan malu dan segan..sila lah masuk ke dalam sebab ada macam-macam promotion. Termasuk Belum Forest, Zoo Taiping & Night Safari, plebagai hotel menawarkan pakej-pakej yang menarik.
Sekarang ni dah banyak bilik style kontena diperkenalkan. Contohnya adalah Villa Kontena. Nak tau kat mane?
Haaa!!! mestilah kat kampung teman, Bagan Datuk, Perak!. Ishh...excited sangat tadi bila tau pasal ni tadi.Nanti if umur panjang, ALLAH izinkan..boleh ajak mak ngan ayah check in dalam villa kontena ni. Lepas tuh naik bot pergi Pulau Sembilan. Saya pun belum pernah sampai lagi Pulau Sembilan ni.
Dalam kabin tu actually lengkap katil, TV, bilik air. Nak amik gambar tadi tapi ruang agak sempit and ramai orang. Hehehe..
Air Asia pun ada tadi, tapi tak pergi pun. Esok lusa korang pergi la yer. Boleh ajer tanya macam-macam kat derang. Semua nya friendly dan gembira melayan.

Selain dari tempat bercuti , banyak juga booth yang bukak kedai makanan. Kebanyakannya makanan tradisional dari negeri masing-masing.
Kek lapis yang pelbagai corak dan perisa.
Tester yang sedap-sedap belaka.
Masakan tradisional orang Terengganu
Dodol panas-panas. Boleh test lagi uolls! nyumsss...sedap!
Nak habaq mai...kakak-kakak ni dari Langkawi. Juai produk makanan yang dibuat sendrik. Sedap sangat! ikan bilis goreng bersira dan maruku dia sangat sedap. Kalau korang datang sini..cari booth number D007. Ramah pun ramah kakak-kakak ni.

Lagi apa yang best?

Sila cari booth yang ada game spin macam ni. Memula nanti, kena isi borang dulu. Lepas tuh korang pusing la. Saya dapat kupon FREE Medical Check-Up. Punya la excited..sampaikan nama pun tulis IC number. Hehehe...
InshaALLAH, hari Selasa minggu hadapan ada appointment dengan kakak yang tengah bagi penerangan tuh. Syaratnya, kena ada credit card dahulu. Nanti kena dengar taklimat / penerangan dalam 90 minit. Lepas tuh, dapat FREE penginapan di hotel mana tadi, dah terlupa pula. Sorry!
 Khusyuk Puan Irda kita isi borang. Hehehe...
Booth menjual travel magazine pun ada. Nak dapat free? boleh sangat..kena like sahaja FB page mereka kemudian pilih satu majalah yang korang suka. Tapi majalah 'escape' ni terkecuali. Kena beli RM10 sahaja. Still murah kalau compare dengan harga kat luar.
Jalan-jalan lagi pusing keliling. Jumpa booth MinNature ni. Waaahh!!! menarik la konsepnya. Sesuai sangat untuk kanak-kanak dan orang dewasa. Especially yang minat architecture. Maka, terbeli lah tiket RM50 ( harga promo ) untuk 2 adult dan 2 kids. Dapat satu free art kit for kids.
Button tu semua interactive tau. Nanti if tekan keluar lampu dan bunyi. Gunung berapi tu pun berasap juga yer.
Ni kalau Umair tengok ni sure dia suka sangat. Bolehlah throwback kenangan masa melawat "train museum" masa di Jepun dulu. MinNature ni terletak di aras 4, Summit USJ. dekat ajer dengan our house.

Lepas tuh, kalau lapar boleh ajer makan kat dalam hall ni. Cuma rasanye, tempat macam limited sket la. Macam tadi, kami datang weekdays tu pun makan dah lambat around 4pm. Taknak makan kat situ pun takper, boleh ajer makan dalam The Mines Mall tuh. Dekat pun dekat.
Nasi Ayam Bonda ni sangat sedap! Kekuatan dia adalah pada ayam golek tuh ha. Derang ni kedai kat Tumpat, Kelantan. Kat KL memang tade katanye. So, kalau nak try sangatlah digalakkan. InshALLAH, takkan menyesal.
Surau pun di aras G. Kena turun satu level ajer dari aras event hall ni. Anyways, surau tu kecik jer tau, boleh muat dalam 4 orang kalau tader sape-sape yang duduk dalam tuh. Pesan awal-awal supaya korang bersedia dari segi mental dan fizikal. Telekung ada disediakan.
Selain itu, ada juga peraduan Let's Dress Up , Snap adn Win. Pakai ajer baju tradisional yang disediakan lepas tuh upload kat FB, then check in "MITA Travel Fair" dan hashtag #VisitMitaTravelFair.
Menarik kan? esok dan lusa jangan lupa hadirkan diri ke MITA Travel Fair. Fokus mereka adalah bercuti di dalam Malaysia. Kalau ader oversea pun, tak banyak sangat la..mostly South East Asia punye countries.

Have a great weekends ahead and Thank You For Reading!


You Might Also Like

4 comments

  1. Ya Allah kakkk saya tak boleh tengok makanan banyak2 macam tu kak! hahaha kalau saya yang pergi sini tiap masa mengulang pergi beli makanan sampai kenyang. Sedapnya kalau satar tu yang ori dari terengganu! fuhhh.

    ReplyDelete
  2. hehe..banyak pic teman pulak dlm.entry ni..huhu...btw best sgt dpt p dengan nany...dari kul 10-4pm.kat sana..rasa macam nak repeat lagi rasanya..yg penting tempat sejuk xpanas....boleh sgt bawak anak2 jenjalan kat situ kan..tq dear....

    ReplyDelete
  3. Seriously menarik je tengok! lebih lebih lg part makanan. haha.terliur tgk nasi ayam tuh..

    ReplyDelete

Terima kasih di atas segala komen dan sokongan.