Muslimah Salon di Bandar Kinrara

By Wednesday, February 15, 2017 , ,

Assalammualaikum w.b.t

Dah lama saya nak tulis pasal topik di sini tapi asyik tertangguh ajer. Dulu, zaman saya muda remaja dan agak  'kegelapan' saya main belasah ajer nak gunting rambut kat mana. Masa tuh, tak terfikir langsung pasal isu-isu aurat bila bab memotong rambut. Awareness dan kesedaran hanya sampai part 'keluar rumah wajib menutup aurat iaitu memakai tudung'.

Kesedaran itu muncul secara tiba-tiba apabila usia makin menganjak dan setelah saya banyak membaca majalah-majalah berunsur agama, mendegar banyak tazkirah dan join usrah. Dari situ , saya sedar kesilapan yang pernah saya lakukan. Dan saya juga perasan, yang sekarang ni memang banyak saloon muslimah yang muncul seperti cendawan baru tumbuh selepas hujan :)

Tak cukup dengan itu, yang datang ke rumah pun ada tau ...tapi yang ni untuk spa ajer la. Gunting rambut tuh saya tak pasti sama ada dah wujud ke belum. Kot kot sapa yang tau, boleh la share kat sini juga yer. Zaman sekarang ni kan semua nya di hujung jari. Hehehe...


Saloon muslimah ini terletak di dalam kawasan Masjid Al-Ehsan, Bandar Kinrara-5, Puchong. Sangat berdekatan dengan rumah saya. Drive hanya 5 minit dah sampai. Lokasi dia BEST sebab dalam perkarangan masjid. Means, kalau nak solat and nak gi tandas sangat lah convenient. Lepas tuh, kat sebelah kedai ni juga terdapatnya cafe / restoren masakan Terengganu Asli yang sememangnya menjadi tempat favourite kami untuk bersarapan. Dulu selalu juga makan, tapi sekarang dah macam insaf sket la sebab kalori berkilo-kilo kalau makan nasi minyak , gulai daging, nasi dagang, pulut nyior yang dimakan dengan ikan masin / ikan tongkol goreng. Minum pulak teh tarik. Alamak! terliur pulak. HAHAHA!

Saloon kakak ini takder la besar mana since buat dalam perkarangan masjid jadi space is very limited. Ala-ala kabin ajer bilik dia. Lepas tuh, kakak ni tade staff memang dia buat semua dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Owh yer, lupa pulak nak kenalkan kakak empunya saloon ni. Panggilan mesra beliau adalah Kak Ida. Orang utagha habaq hang!. Memang sempoi. Kalau saya pi sini lepaih tuh kan if kena tunggu lama sket sebab kalau buat treatment rambut tuh kena bagi ubat segala macam jenis herba untuk meresap dalam kulit kepala. Sambil-sambil tunggu sambil menguyah kerepek dan apa yang ada dalam tuh. Kak Ida kata, hari tu dia siap buat laksa lagi. Rezeki la kan, sapa yang pi time tuh.
Dek kerana, kedai saloon Kak Ida yang comel lotey ni..saya pun tak tau nak amik gambar dari sudut mana lagi. HAHAH! Syampu Argan warna hijau tuh sekali dengan conditioner dia saya dah beli dah. Best..sejuk aja bila pakai kat kepala. Anyways, kalau korang nak try pi sini jangan lupa call dulu buat appointment. Sebab takut penuh. Customer kadang-kadang datang nak buat hair treatment, spa la..facial la. Macam-macam kan. Jadi, untuk mengelakkan korang dari menuggu sampai berejam-jam..baiklah call dan set appoitment dulu ok?

Harga pulak untuk potong rambut RM20. Kalau hair treatment RM95. Kalau inaikan rambut RM75. Servis yang lain saya tak tau sebab tak buat lagi. Baru buat rambut aja. InshaALLAh..next time pulak mungkin boleh cuba la kan.

Harap membantu untuk sesiapa yang mencari saloon muslimah di sekitar Bandar Kinrara, Taman Kinrara atau Puncak Jalil.

That's All and Thank you for reading!

You Might Also Like

7 comments

  1. In fact memang ramai yang tak aware pasal gunting rambut ni. Lagipun dulu nak cari tempat gunting muslimah susah. Sekarang dah banyak dah nampak hehe sedapnya sambil rawat rambut dapat makan laksa fuh.

    ReplyDelete
  2. wah.. bagus nih.... tp selalu full house erk..

    ReplyDelete
  3. Samaaalah Nani 😭 Dulu dulu aci main redah je nak pergi gunting rambut dekat mana mana. Sekarang boleh katakan dah banyak sangat kedai gunting rambut muslimah macam ni.

    ReplyDelete
  4. Lepas ini boleh cuba shampoo soya pula dengan serum.yaa..

    ReplyDelete
  5. Akak takda cerita baru ke? hehehehe.

    ReplyDelete
  6. wah bagus. another 1 yang I tau ialah Ridzokumura salon kat Subang tak silap. tapi harga agak ehemm ehemmm la .

    ReplyDelete
  7. Lya skarang mng gunting rmbut sdri dh.. Dh lma x g salon..

    ReplyDelete