My 1st Patchwork Bag

By Thursday, February 23, 2017 , , , ,

Assalammualaikum w.b.t

Hai semua! Alhamdulillah..harini saya dah berjaya menyiapkan sewing project pertama saya dengan Sewing World Gallery untuk Bulan February ( macam pantun pulak! )  Happy sangat rasa sebab masa sebelum sign-up tuh dok terfikir, ada ke tak masa aku nak buat ni. Nak gi zumba la, nak update blog, nak attend blogger event, uruskan anak-anak and hal rumah .

Eventhough I am a fully housewife tapi sebenarnya banyak sangat kerja yang kena settle kan. Dan saya pula jenis yang tak nak dok diam. I must do something that can make me feel productive. Walaupun tak der la masyuk sangat , tapi for me... penting sangat untuk maintain our sanity . Especially if your other half  nun jauh mencari rezeki di tempat lain.

sewing class at Sewing World Gallery
Me and Ms Yong. Beliau merupakan salah seorang cikgu yang mengajar saya menjahit dan menyiapkan projek patchwork bag ni kat Sewing World Gallery. Sangat lemah lembut, baik dan tak pernah nak marah kalau saya tak tau or terlupa nak buat camane. Mesin kat sini tak sama dengan yang saya punya di rumah. Kadang  nak winding the thread pun asyik lupa ajer. HAHAH! akibatnya, benang terpintal di tempat lain. Dia la penyelamat saya.
Nak buat patchwork bag ni for me tak susah mana pun. As long as you guys minat menjahit. Saya suka part cantum2 kan kain tu menjadi saiz kain yang agak besar. Lepas tuh, pilih jenis stitches and tekan pedal. Bila tengok corak jahitan tuh, rasa taknak stop menjahit. Terapi sungguh!
Bila dah cantum-cantumkan all the patches tuh, size memang akan lari sket. Jadi mengecik dari saiz yang sepatutnya. Mungkin sebab tak betul-betul jahit ikut skala setengah inci. Terlari sket pun akan effect sebenarnya. Bermakna kerja menjahit ni kena teliti sangat-sangat. Kalau dah jahit and kena bukak semula tuh memang normal untuk seorang yang bergelar tukang jahit. Hehehehe...

 Sedang menggunting bentuk bulat untuk memasang eyelet di patchwork bag saya. Acik kat sebelah tuh pun tengah buat projek yang sama juga. Hehehe..saja datang melawat.
Inilah dia antara peralatan yang diperlukan untuk memasang eyelet ring. Kena ketuk sepenuh perasaan yer. Rase nak beli ajer these tools tapi kang takut jarang pulak guna. Unless amik tempahan buat bag la. Hehehe..
Teknik pertama yang dilakukan oleh Ms Yong untuk memasang eyelet ring pada bag.
Nampak kemas ajer kan? kalau takder tools seperti di atas kita kena guna gunting  untuk buat lubang bulat.  Tapi sebab kain ni berlapis-lapis so, takut pulak tak kemas.
Beg yang saya buat ni sebenarnya, terkecik dari yang asal sebab masa cantum-cantumkan patches tuh terlari sket.
Walaupun bag ni tak setanding dengan bag Longchamp, LV, Hermes, Prada dan brand yang lain. Saya tetap anggap ianya beg 'termahal' yang saya miliki. I made this from scratch and the effort that I put into it was so priceless. I am beyond happy today.
Inside the patchwork bag looks like. Bersyukur sangat sebab dapat belajar buat benda baru. Walaupun selama ni banyak tengok youtube and belajar dari Pakcik Google tapi still kena berguru. Rasanya apa-apa bidang tuh kebanyakan kena berguru juga kan? Nak pandai dan ada skill you have to invest something. Tak semestinya duit wang ringgit sahaja. Masa dan tenaga itu juga perlu diambil kira. Sebab tuh "Time is money".
Sewing world gallery one city mall
Ok guys! kalau ada sesiapa yang berminat menjahit and tak tahu nak belajar kat mana, boleh la ke Sewing World Gallery di aras G, Sky Park, One City Mall, Subang Jaya. Don't worry because they have good trainers to support you all the way. Paling penting, usaha kita sendiri juga yer.

That's All and Thank you for reading!





You Might Also Like

6 comments

  1. Wahhh, nice lah. Nanti dah hebat buat macam-macam beg bole laa jual, hihi

    ReplyDelete
  2. Perghhhh cantiknya! tak sia-sia pergi kelas kalau macamni hasil dia kak. Tahniah for the very beautiful outcome! Lepas ni boleh buat beg laptop pulak kot haha.

    ReplyDelete
  3. Cantiknyaaaa beg tu kak Nanny. Harap harap nanti Nani pun pandai lah menjahit. Heheh.

    ReplyDelete
  4. Cantik beg hasil tangan sendiri.. Tahniah sbb Nany isi masa dengan jahitan dan hobi.. So far LZ x pernah sampai lagi di One City Mall, biasa pergi Main Place.. May be next time.

    Thanks for sharing Nany. 😄

    ReplyDelete
  5. cantiknya...
    Teringin nak buat tp ada banyak alasan :)

    ReplyDelete

Terima kasih di atas segala komen dan sokongan.