Resepi Ikan Singgang Terengganu Style

By Sunday, February 19, 2017 , ,

Assalammualaikum w.b.t

Baru saat ini dapat meluangkan masa di blog. Sabtu penuh aktiviti, Ahad hari ni..sibuk dengan urusan rumah, dapur, kain dan anak-anak. Pfttt...

Ok geng! this time..saya nak kongsikan resepi yang paling simple , sihat dan sedap. Konsep 3S gituh. Sesuai sangat untuk yang baru nak belajar masak, yang nak diet, yang sibuk, orang bujang dan bukan bujang, anak-anak yang baru nak belajar memasak. Paling penting adalah RAJIN. yer...bagilah resepi paling senang pun, tapi kalau kurang rajin memang tak jalan lah jawabnya. ( Pengalaman diri sendrik ) HAHAH!


Bahan-bahan :

1) Ikan tongkol. Saya guna ikan selar
2) Asam keping
3) Cili padi
4) 3 ulas bawang putih - diketuk
5) 2 inci Kunyit hidup - dihiris atau ditumbuk
6) 2 inci lengkuas - dihiris
7) Air secukupnya
8) Bendi - optional



Cara memasak :

Isikan air ke dalam periuk. Jangan terlalu banyak, agak-agak dengan jumlah ikan yang kita gunakan. Masukkan semua bahan-bahan tadi ke dalam periuk yang diisi air tadi. Masak semua sehingga mendidih. Perasakan dengan garam. Akhir sekali masukkan sayur bendi. Biar di atas api sehingga bendi agak layu. Bila dah siap boleh dihidangkan.

Ikan Singgang Terengganu
Bila dah siap, boleh lah dimakan dengan nasi panas-panas. Kalau ada sambal belacan lagila meletop!. Saya memang suka yang masam-masam ni. Memang hirup kuah tuh kasi licin. HAHAH!

Amacam? senang ajer kan? good luck korang yang nak mencuba. Yerla, kadang boring gak makan berlemak, bergoreng, bersambal cili. Tukar selera macam ni memang BEST.

That's All and Thank you for reading!

You Might Also Like

8 comments

  1. Sedaaap ni. Nani kalau ibu masak singgang ada pulak sambal belacan perghh bertambah tambah nasi. Kuah tu memang akan hirup hirup. Hehe

    ReplyDelete
  2. tak pernah cuba buat lagi. nanti boleh try ni.. www.mamajue.com

    ReplyDelete
  3. Ehhh ehhh kenapa senang sangat ni. sambil tutup mata je boleh siap kalau macamni. Mak saya suka sangat singgang ni sebab sihat katanya. tapi kalau makan dengan sambal belacan memang sedap dia tak boleh nak kabo orang kata. haha.

    ReplyDelete
  4. hi nany!!!

    lama tak jenguk blog u..terus bg resepi singgang..sedapnyaaaaa..utk org diet ni pun mmg sesuai kan..tak ada minyak lgsg :)

    ReplyDelete
  5. Kakak org Johor tapi selalu juga buat style Nany ini.
    Lagi masa confinement memang inilah stylenya cuma tak letak cililah masa confinement mana boleh makan cili (keluarga kakak tak benarkan).

    ReplyDelete
  6. Sedapnya..hehe..sila lah dtg ke https://littleaisyah17.blogspot.com

    ReplyDelete
  7. Sedap ni klo ada budu. Nk lg sedap gna ikn tenggiri atau aya/tongkol

    ReplyDelete