Post Event - Women Empowerment Bazaar & NASOM FUNDRAISER by AVANA

By Saturday, February 25, 2017 , , ,

Assalammualaikum w.b.t

Pada hari Sabtu , 18 Feb 2017 saya telah pergi ke bazar amal anjuran AVANA di SS15 Courtyard Subang Jaya. Tujuan bazar ini diadakan adalah untuk memberi lebih banyak kesedaran tentang autism di Malaysia. Vendor-vendor yang turut serta adalah di kalangan wanita-wanita yang minat berniaga dan yang ingin memperkenalkan produk jualan mereka.

As blogger, tugas saya adalah untuk membuat liputan dan pemerhatian di sana. Sebagai penghargaan, dapat lah token of appreciation dari AVANA iaitu, planner  dan bekas alat solek yang agak besar dari TruBellai. Saya ni make up pun tak banyak. Ada yang basic ajer dan tak sesuai langsung nak disimpan dalam makeup case tuh. Ended up, buat bekas simpan tools menjahit saya. Yeayyy!!! happy sangat sebab boleh masuk everything dalam tuh tanpa rasa bersalah. HAHAH!

Orang ramai mula membanjiri tapak bazar pada pukul 11:00 pagi. Tepat jam 11:30 pagi pula, majlis telah dirasmikan dengan ucapan kata-kata aluan selamat datang oleh COO AVANA iaitu Ms.Yien Yee Soh.  Kemudian, ianya diikuti dengan ucapan dari Board Member of NASOM (National Autism Society of Malaysia).

 Seramai 67 vendor yang kesemuanya terdiri dari wanita-wanita Malaysia  mengambil bahagian dalam acara jualan amal ini. Pelbagai produk, jenama dan service yang dijual.
Vendors berada di LG, G and 1st floor.

Melalui acara ini juga, AVANA turut menyediakan platform percuma kepada semua vendors yang terlibat dengan membantu mereka dengan mengadakan kelas berbines di atas talian iaitu dengan menggunakan Facebook. Dan ianya adalah percuma!!!!. Semua vendors diwajibkan menghadirkan diri menyertai kelas tersebut sebelum mereka membuka booth di sini.

Antara persatuan lain yang terlibat dalam menjayakan majlis ini adalah iM4U. Mereka bersama-sama bergandingan bahu dengan Autism Cafe bagi menjayakan projek "Coffee For Good".  Kesemua pekerja kafe ini merupakan belia autism yang telah diberikan latihan sebagai persediaan di masa hadapan. Sekurang-kurangnya mereka ada pengalaman dan mampu berdikari serta mempunyai daya saing yang sihat.

Antara perkara yang menarik adalah perkhidmatan pemeriksaan kesihatan secara percuma yang disediakan oleh Hospital DEMC. Disamping itu, Slimming Sanctuary pula memberi servis  hand treatment dan belon juga secara percuma!. Seterusnya, suasana bazar dimeriahkan dengan persembahan dari kumpulan koir NASOM dengan menyampaikan dua buah lagu di atas pentas. And too bad, I was not being able to watch their performance since I was in rushed to go to the another blogger event.

Antara produk yang dijual termasuk produk kecantikan dan penjagaan kulit
 Organic foods
 Buah-buahan segar
 Handmade greeting cards by my friend. Aida.
Semuanya comel-comel dan cantik! . Sesiapa yang suka benda D.I.Y ni mesti boleh jatuh chenta dengan pelbagai corak yang dibuat sendiri oleh kawan saya ni.
Introducing you Puan Aida with my kids :)
Kawan masa bekerja di PETRONAS dulu. Tokeh produk Ulyaa. Semoga bisness korang berjaya InshaALLAH.

Berikut adalah senarai penyumbang utama, rakan kongsi majlis dan vendor-vendor yang terlibat:
 


Sebagai majlis penutup, AVANA menyampaikan mock cheque di atas pentas kepada pengerusi NASOM, Pn.Feilina Feiso, sebagai tanda simbolik 10% sumbangan dari vendor yang menyertai bazar ini.Tahniah AVANA and NASOM. Semoga akan ada lagi acara seperti ini di masa hadapan.

That's All and Thank you for reading!

You Might Also Like

6 comments

  1. Owh ni yang sama hari dengan event kat bts tu ye sis? btw baguih mesej yang dia cuba sampaikan ^^

    ReplyDelete
  2. Okay I would go for food! and greeting cards tu pun lawo lah. Boleh la bagi kad time birthday saya nanti mekaseh kak ahhahahaha.

    ReplyDelete
  3. Bestnyaaa macam macam ada. Masa Nani pergi Courtyard ni semalam dah takdek pameran macam ni. Hehee.

    ReplyDelete
  4. bestnyaa . macam macam benda ada.

    btw nasib baik you sempat nak cover semua event. hehehe

    ReplyDelete
  5. Awesome thanks for the write-up dear :)

    ReplyDelete