Cuti Sekolah - Kelik kapung

By Friday, March 24, 2017 , , , ,

Assalammualaikum w.b.t

Tak keharuan rasa bila lama tengok blog tak diupdate. Malam semalam baru sampai dari kampung halaman suami di Kelantan. Tak dapat spent lama sangat di sana memandang En. suami kena pulang semula ke Johor atas tuntutan kerja hari esok. Dapatlah kami di kampung dalam 4 hari macam tuh.

Cuaca kat sana panaih lit lit. Bila dah masuk pukul 10 pagi tuh dah rasa macam pukul 1 tengahari. Panas dia lain macam lah. Kat KL at least boleh dikatakan setiap petang hujan. Kat sana, memang kalau tengah solat tuh, kipas dah pasang pada kelajuan paling tinggi pun boleh rasa peluh I menitik-nitik.Huhuhu...terfikir terus, kalau kat padang masyhar nanti macamane la agaknya. Matahari hanya sejengkal dari kepala. Insaaafffff.

Hurmm...kalau nak tau, kat Kelantan ni, tak kira bulan apa pun. Kalau pergi pasar derang ada ajer juai kuih muih yang kalau kat KL ni jumpa time pose ajer. Pasar kat sane all in one roof cuma ada bahagian-bahagian dia la. 

Jual kuih muih, nasi berlauk, laksam, nasi kapit dan macam-macam lagi lah! . Lepas tuh yang jual keropok kering, nisse, serunding, ikan bilis dan bawang-bawangan tuh lain pulak. Sayur segar, ikan dan ayam satu bahagian lain. Kalau pergi Pasar Siti Khadijah lagi la besar . Yang saya pegi ni, kedai dekat rumah husband ajer. 

Favourite ~ Tapi tak beli sebab tengah nak control sugar intake kekonon. Hehehe~
Laksam / laksa / rojak - duo riyal sajo mek~!!
Husband kawe berohi benar la ondeh-ondeh ni.
Pisang goreng ni kami beli masa first day sampai Kelate. Singgah beli kat tepi jalan ajer. Sedakk sengoti. Seriyal dapat 5 butir. Lepas tuh, mokcik tuh tambah lagi beberapa butir. Siap offer saya amik ajer la kalu nak makan. Heheh! panas-panas boh!!!

Satu kapit seriyal. Bapa mertua kubeli untuk sarapan
Gigih adik ipar ku bawak daku ke sini. Pantai Senok nama diberi. Tapi sayang 1000 kali sayang bila kawasan cantik macam ni, tak terjaga. Sampah boleh dilihat di merata-rata. Sampai nak amik gambar pun susah sangat nak cari background yang tade sampah. Please la...kalau bukan kita yang kena jaga dan ambil berat kebersihan serta keindahan alam sekitar ni. Sapa lagi kan? Sedih betul rasa. Ingatkan boleh la mandi manda kat sini, tapi geomorfologi nya tak sesuai ditambah lagi tiada kemudahan asas seperti toilet.

Bukan main lagi kambing kat belakang tu yer. Tak pasal-pasal kena photobomb! HAHAHA! Kambing tu kelaparan agaknya sebab nampak dia cari makanan dalam timbunan sampah kat situ.
Akhirnya kami ke sini. Pantai Perkasa di Melawi, Bachok. Doploh minit saja dari rumah. Subhanallah...kali ini tidak menghampakan. Pantai yang bersih sebab terjaga. Nak masuk kena bayar RM3 per car. Dok lah lama mana pun takper. Toilet ada disediakan. Paip nak bilas badan pun banyak. Challet pun ada dalam ni. Masa nak balik tu, memang nampak ada orang yang dok sapu-sapu depan challet  and kutip sampah yang ada. Cuma kat sini tade orang jual pape. Kena beli something dulu kat luar. Budak-budak ni memang seronok and layan sangat main ombak dan pasir. Seronok tengok derang main dengan nature. Maklumlah kampung mama derang tade pantai. Hehehe~
Saya sangat sukakan ciku. Tapi masa kecik dulu susah nak dapat. Maklumlah, kat kampung saya takde pokok ciku area rumah. Dapat makan pun sebab ihsan dari jiran and kalau nak makan ciku ni kena peram dulu. Biar ajer kat dalam besen or boleh masukkan dalam timbunan beras. Ciku-ciku ni, adik ipar kait dari pokok. Budak-budak tuh tukang kutip masukkan dalam besen. Sedap sangat ciku ni bila dah masak. Manis dan berlemak. Saya dulu masa masih bekerja, time lunch ada kawan-kawan ajak lunch di Nasi ayam kampung Hassan di Cheras. Orderla air jus ciku. Fuhhhh~~~ memang sedap sangat! lepas tuh, kalau lambat sket...memang habisla air ciku kena blend. HAHAH! Kalau korang belum try, saya cadangkan cubalah order lah air ciku. Kalau kedai tuh ade jual lah. Hehehe...
Gambar swafoto beramai-ramai di Airport Kota Bharu semalam
Lastly, kalau dapat peluang naik flight memang saya takkan lepaskan peluang melihat keindahan awan di angkasaraya. Pelbagai bentuk dan saiz. Lagila kalau terbang dekat sangat ngan awan tuh. Anak-anak saya pun excited sangat tengok. Tapi part gementar bila kapal terbang lalu menembusi awan. Alahaii...terus istighfar dan berzikir. Uwais pula semalam masa ada gegaran sebab lalu dalam awan boleh pula dia cakap.."Waaaaa! seronoknyaaaaaa" . Mak muka dah pucat dah. HAHAHAH!
OKlah korang sampai sini dulu. Esok Hannah ada final coloring contest under Pelikan. Please pray for her yer. Kalah or menang tak penting sangat. Pengalaman tu yang paling berharga. InshaALLAH...

That's All and Thank you for reading!

You Might Also Like

8 comments

  1. ALLAHU,BESTNYA suasana kampung,semua kuih tu feveret irda,murah sungguh ni,kuih ondeh2 tu kelapa dia banyak,pasti intinya pun banyak,best kan dapat balik kampung,untung mana-mana yang ada kampung tau,,kalau tahu nany balik kelantan,nak suruh beli kopok lekor seguni..hahahaha..suka2 je irda ni

    ReplyDelete
  2. laaa. orang KB ker? kelantan mmg mkn sedap2 .. azni sekolah kat mrsm sana 3 thn .. pastu masuk mrsm lain pulak

    ReplyDelete
  3. Bestnya dapat peluang balik Kelantan NF. Yg bestnya dapat jumpa mcm mcm kuih tu. Uiks buah melaka tu bukan husband awak jer suka kita pun suka tau...

    Seronok betul mereka yg duk dekat ngan pantai ye NF. Agak nak berendam, terjun jer dari tingkap hihi...
    Serious tak pernah minum air ciku. Makan tu pernahlah. Tak pernah jumpalah org jual.

    ReplyDelete
  4. bestnya kuih muih semua murah. sini jarang dapat pisang goreng pepanas.unless nak tunggu time makcik tu bukak kedai lah. hahaha

    i belum pernah naik flight. -___- macam mana lah perasaan I masa dalam kapal terbang tu ye, hehehe

    ReplyDelete
  5. gambar 1-2-3 tu my favorites �� dah famous kan pantai senok tu, ala2 pulau nami. tu yg ramai dtg, banyaklah sampah. kan, sepatutnya ada kesedaran dlm diri masing2 utk jg kebersihan

    ReplyDelete
  6. Nani pun cuti baru ni balik Pahang, habiskan masa dengan keluarga. Sekali sekala balik memang seronok. Macam macam aktiviti boleh buat. Syoknya main air tu :)

    ReplyDelete
  7. oh ore klate ye...sama kampung la kite...memey sedak la kuih muih klate...sedak tgk tepung pelita tu...xpayah p nami island korea dh la..kt klate ada tmpt ala2 nami korea tu...mujur kito smp doh kt nami korea..kt klate tu xsmp lg hehe

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

Terima kasih di atas segala komen dan sokongan.