Resepi mudah ikan masak asam rebus yang lazat!

By Monday, March 20, 2017 , ,

Assalammualaikum w.b.t

Teruja melihat gambar masakan yang dikongsikan oleh zin ( zumba instructor ) saya di IG beliau. Bila baca dia punya direction tuh bukan main sonang yo. Tak yah tumis bagai. Semuanya masuk dalam blender. Dah tuh masuk kan dalam periuk. 10 minit siap!

Resepi dan menu begini memang sangat sesuai untuk mereka yang inginkan diet yang sihat. Maklumlah, tiada penggunaan minyak, gula dan perisa tambahan.

Sebenarnya, korang bebas memilih ikan apa sahaja tetapi yang paling best adalah ikan yang kurang tulang tapi banyak isi. Contohnya, ikan jenahak, ikan merah ataupun ikan pari. So far, saya dah cuba kesemuanya dan Alhamdulillah..semuanya sedap-sedap belaka. 
Ikan merah yang sudah siap disiang, dipotong dan dicuci. Masa beli ikan ni, guna sekor yang kecik ajer. Cukuplah kami makan anak beranak. 
Kesemua bahan-bahan di dalam gambar di atas merupakan bahan penting untuk memasak ikan asam rebus ni. Blend semua jenis bawang, kunyit hidup, lengkuas, halia, cili besar dan satu lagi tiada dalam gambar adalah buah keras dalam 2 biji. Tujuannya dalah untuk memekat kan kuah ikan ni nanti.

Bahan-bahan (B) lain yang wajib ada ialah, 2 asam keping yang telah dibasuh, 2 batang serai yang dititik, 2 cekak daun kesom, 1 batang bungan kantan yang dibelah dua dan garam secukup rasa.

Masukkan bahan-bahan yang sudah diblend ke dalam periuk yang sesuai bersama dengan ikan. Lepas tuh, hidupkan api. Kemudian, masukkan secawan air dahulu. Kuah jangan terlalu cair, tapi ada gak kan orang yang suka cair punya style. Jadi, follow your taste yer! ikut citarasa masing-masing. 

Kemudian, masukkan semua bahan-bahan (B). Perisakan dengan garam.

Bila dah mendidih, masukkan pula sayur-sayuran kegemaran seperti bendi atau kacang buncis. Kalau taknak pun takper. Dah ok dah tuh. Hehehe...

Now, sedia dihidangkan!

Senangkan? sedap pun sedap..lagilah saya ni memang sukakan pedas, masam dan masin. Isk, yang taknak tambah nasi kekonon diet pun boleh menambah. Huhuhu..

Selamat mencuba!

That's All and Thank you for reading!



You Might Also Like

11 comments

  1. Aduhhh sedapnyaaa....Buh kicap manis, pas tu kuah banjir.Pas tu buat aktiviti menghirup, confirm sedap tu NF hihihi
    Hakak jarang buat asam rebus. Selalunya buat asam pedas je. Nanti bila bila nak try jugaklah.

    ReplyDelete
  2. Sedaaap ni kak. Kalau kuah tu memang suka betul hirup. Heheh :)

    ReplyDelete
  3. Uishhhhhhhhh sedap ni kak. bila nak masak untuk saya kahkahkah.

    ReplyDelete
  4. sy x tahan pedas, tp makanan sy nak makan tu kena ada rasa pedas sikit 😂

    ReplyDelete
  5. simple mcm ni pun blh mkn bertambah....
    asam rebus mmg tak perlu ditumis, kira lauk sihat tu

    ReplyDelete
  6. 1st time singgah sini.. salam kenal ya :D (DONE FOLLOW & KLIK NUFF)

    ReplyDelete
  7. wahh,slurrppp,,rasa nak hirup je kuahnya,dapat pulak nasi panas..sedappnyaa lah hai..

    ReplyDelete
  8. ccl datang tambah follower kat sini .. apa pun menu kat atas menarik sangat

    ReplyDelete
  9. Tengok gambar je pun dah terasa kat tekak ni haa..adehh,haha

    ReplyDelete

Terima kasih di atas segala komen dan sokongan.