Resepi Siakap 3 Rasa Sure Terangkat!

By Thursday, March 09, 2017 , ,

Assalammualaikum w.b.t

Dulu kalau makan kat luar selalu order ikan siakap 3 rasa takpun ikan siakap kukus. Sebabnya, saya rasa sangat 'WOW' bila dapat tengok rupa ikan tuh yang dah dimasak dan rasanya yang memang ...walllaaweeeiii....sedap sangat. Sekarang ni? dah lama tak order ni kat kedai. Sebab dah pandai buat sendirik. Hoyeaahhhh~~~~

Mak tak pernah pun masak resepi macam ni. Mungkin sebab masa kitaorg kecik-kecik dulu makan kat rumah ajer. Tak pernah makan kat luar. Jadi, takder idea la pasal bab menu-menu best ni. Cuma bila dah keluar dari kepompong, jumpa kawan-kawan yang mungkin dah biasa bab order mengorder kat kedai ni barulah dapat merasa kesedapan ikan siakap 3 rasa.

Rupa kejadian akhir ikan siakap 3 rasa sure terangkat
Dan tak sangka, bila anak-anak pun suka juga masakan saya ni. Mungkin kerana isi ikannya yang lembut dah kuah yang dimasak tidak terlalu pedas tetapi cukup semua rasa. Bertambah-tambah nasi especially si Hannah. 

Saya kongsikan resepi kat sini, supaya orang lain boleh cuba dan untuk anak-anak mama bila nanti korang semua dah besar dan tak tau nak masak apa or tetiba teringat masakan mama yang sedap tuh...boleh lah refer kat sini yer anak-anak. Memang blog ni mama tujukan khas untuk korang pun.

Bahan-bahan untuk menggoreng ikan

1) Ikan siakap
2) Tepung jagung
3) Serbuk lada putih
4) Garam
5) Minyak secukupnya untuk deep fry

Bahan-bahan untuk kuah / sambal 

1) Bawang putih - 3 ulas - ditumbuk
2) Bawang merah- 5 ulas - ditumbuk
3 ) 1 inci halia - diracik 
4) 1 serai diketuk
5) Daun limau purut - 2 helai
6) Daun ketumbar - untuk hiasan
7) 4 sekawan - cengkih, bunga lawang, kayu manis, buah pelaga
8) Sos cili
9) Sos Tomato
10) Sos ikan
11) Tomato - 1 biji dipotong dadu
12 ) Nenas - kalau jumpa yang sepotong kat kedai beli ajer yg tuh dah cukup. Potong dadu
13) Garam
14 ) Gula
15) Cili padi - optional

Cara-cara :

Bersihkan ikan dan selepas itu lumurkan dengan tepung jagung, serbuk lada putih dan garam. Perap sebentar. Panaskan minyak dalam kuali. Goreng ikan sehingga masak dengan menggunakan api sederhana. Bila dah masak, angkat ikan tersebut, toskan minyak dan letak di atas pinggan yang bersesuaian.

Cara-cara memasak kuah / sambal :

Panaskan minyak dalam kuali. Kemudian, masukkan dahulu 3 sekawan. Bila dah naik bau, masukkan pula bawang putih , merah dan halia. Kacau-kacau sehingga naik bau. Masukkan serai dan daun limau purut. 

Diikuti dengan tomato, cili padi dan nenas. Kemudian, masukkan kesemua sos di atas. Kacau-kacau rata. Masukkan sedikit air ( setengah cawan ). Biarkan kuah mendidih sebentar. Perasakan dengan garam dan gula. 

Akhir sekali, curahkan kuah / sambal tersebut ke atas ikan siakap yang sudah digoreng. Potong halus daun ketumbar dan taburkan sebagai hiasan.

Sedia untuk dinikmati.
Jangan lupa baca 'bismillah hirrahmanirrahim"

That's All and Thank you for reading

 


You Might Also Like

11 comments

  1. nampak sedap sangat ni kak!! akak buat saya rindu masakan dekat rumah la huaaaaaa dah la ada jauh dari rumah sekarang.

    ReplyDelete
  2. mmg menggoda ikan siakap tuh... akak setuju compom sedap...

    ReplyDelete
  3. Saya selalu masak ikan 3 rasa mcm tu tak cukup bahan NF. Nenas jarang letak, daun daun pun jarang letak sebab tak de, nak beli pun malas huhu...

    Jadinya guna bahan yg ada sudah...

    ReplyDelete
  4. amboihh sedapnya kak nani :) terliur sudah ni. nak sikit boleh? hehe

    ReplyDelete
  5. sedapnyaaaa. mmg fevret busyra la siakap ni.. bru ni mmg ada post pasal siakap 3 rasa. <3

    ReplyDelete
  6. bila kawan sy belanja makan, terus order ikan siakap 3 rasa ni 😁

    ReplyDelete
  7. Nampak sedap, memang boleh terangkat ni. My favorite 😍

    ReplyDelete
  8. dulu mula2 kawin suka ikan 3 rasa ni..hehe rajin irda ni..bila dah semakin busy ni jarang bebenor ke dpur..makan kedai je lah..takpun balik rumah mak makan sana..hahah.tp yg nani share ni memang nampak sedap..tu belum rasa lagi..kalau hannah menambah makan..irda kalau dijemput mkn siap mintak tapau karang.

    ReplyDelete
  9. Sedapnyaaa... Dh lama x msk siakap 3 rasa ni.. Klo lya msk x ltk nenas..sbb husb x mkn😅😅.. Puas hati msk sdri kan...

    ReplyDelete
  10. Dah lama tak masak resepi 3 rasa. Nak try ikut resepi ni pulaklah. Terima kasih :)

    ReplyDelete