10 Tips Untuk "Survive" Dalam Kelas Zumba Bagi Seorang Beginner

By Sunday, April 30, 2017 , , ,

Assalammualaikum w.b.t


Setelah lebih kurang dua bulan saya mengikuti kelas zumba secara konsisten. Walaupun bukan lah setiap hari, tapi saya akan tetapkan dalam seminggu sekurang-kurangnya perlu lakukan dalam dua kali dan setiap sesi mengambil masa dalam satu jam.

Dari seorang yang bergelar beginner kini saya berasa lebih yakin dan semakin 'enjoy' dengan exercise yang satu ini. Senaman zumba juga merupakan salah satu senaman yang sesuai untuk sesiapa yang ingin menurunkan berat badan.  Ketahui juga bahawa sebenarnya, zumba ini ada banyak jenis. Antara yang saya pernah follow :

1) Zumba Salsa
2) Zumba Zapin
3) Zumba (normal) - HAHAH! Sebab tak sure kalau ada nama khas untuk zumba yang ni

Untuk mengekalkan gaya hidup yang aktif, tidak semestinya korang kena berzumba. Pilih lah yang paling korang suka. Ada orang suka beryoga, berenang, jogging, hiking dan sebagainya. Tak kisahlah kan? janji, peluh keluar dan kalori dah terbakor. Itu yang kita mahukan!

Jujurnya, saya sebelum ni tak pernah lah join kelas zumba ke aerobik ke or apa-apa kelas yang memerlukan muzik yang rancak untuk bersenam. Saya pernah join yoga suatu masa dahulu. Kalau tak silap, itu cerita masa saya bergelar career mom. Lama sangat dah..I think 4 years ago kot? Alhamdulillah..ada juga masa nak buat. Time lunch break kat office dulu.

Jadi, sebagai beginner saya nak kongsikan pengalaman saya sebagai seorang ibu kepada 3 orang anak, berusia 36 tahun dan bekerja sebagai 'domestic engineer' :)

1) Cari fitness center yang mesra muslimah

Kalau swimming pun sekarang dah ada tempat yang mengasingkan pool lelaki dan perempuan. Begitu juga dengan tempat untuk kita berzumba ni. Penting untuk saya mencari tempat tertutup sebab pergerakan zumba ni macam ganaih and manja-manja sket. HAHAH! tak tau nak describe camne. Kalau korang nak tau, nanti tengok lah kat Youtube or even better go and find zumba class yer.

Kalau sesiapa yang tinggal berdekatan dengan Bandar Kinrara or Puncak Jalil. Ada beberapa tempat yang saya tahu menyediakan fitness center yang tertutup. Antaranya adalah di Liy.Lin Studio, Shelly Studio di PUJ 3 ( berdekatan dengan restoren KFC) dan Fitness Taman Damai Utama di Bandar Kinrara. Paling saya suka tentulah di Liy.Lin Studio. Bukan sahaja muslimah friendly tapi kids friendly as well :) Nanti check IG mereka tu yer.

2) Cuba join kelas dengan 2-3 orang zin ( Zumba instructor )  yang berlainan  

Mula-mula masa nak handal berzumba ( handal lah sangat kan) saya cuba zumba dari 2-3 orang zin. Sampai saya dapat rasa mana yang paling saya suka dan enjoy. Untuk diri saya sendrik..saya perasan yang saya akan lebih enjoy if lagu-lagu yang dimainkan tu kena dengan jiwa saya.

Saya pernah join zumba zapin dan saya sangat sukakan lagu yang berirama melayu itu. Dengan bunyi kompang, seruling dan gendang memang syok sungguh lah menari kan. Tapi the downside is...step nyer dari mula sampai habis sama saja. Sejam macam tuh...sorry bhaiii..I cannot go if like that :)

3) Cuba praktis kat rumah

Bila dah jumpa zin mana yang korang suka nak follow. Jangan lah segan nak tanye tajuk lagu apa yang korang suka tuh. Lepas tuh, cari kat Youtube pulak. Sebab memang ada few steps and songs yang zin ambil sebijik dari Youtube. Lepas tuh...practice lah sampai pandai. Ajak sekali suami and anak-anak buat sama-sama. Meriah uolls...tergelak terkekek tengok step derang. HAHAH!...

Dalam sejam tuh, ada pelbagai lagu yang zin akan bawa. Jadi, cuba korang ingat which songs yang korang paling suka and enjoy. Oh ya! nak habaq mai gak yang dalam sejam berzumba tu ada macam-macam jenis lagu. Termasuk lah lagu dangdut, hindustan, pop and paling saya suka lagu berirama latin pop. Nanti boleh cuba cari di Youtube :" zumba nota de amor"

4) Pakai kasut dan pakaian yang sesuai

Okey, masa memula nak join berzumba ni ingatkan tak penting pakai kasut. Sebab buat indoor kan. Rupa-rupanya wajib lah pakai kasut kalau tak nanti tapak kaki melecet sebab pergerakan yang aktif. Bila berzumba, peluh yang keluar jenis yang macam boleh menitik atas lantai. Memang confirm akan basah baju mereciks dengan peluh. So, make sure..pakai pakaian yang sesuai. Kalau boleh pakai baju yang kain jersi punya style..still ringan and  kalau berpeluh  cepat kering. Kalau ada accessories macam bracelet yang bunyi kaching! kaching! tuh lagi bagus. Sebab kita akan terlebih enjoy dan happy bila nak berzumba. Baru ada feel gituuu!!!

5) Cari spot kat tengah-tengah belakang cikgu

Memula first time korang join zumba jangan ingat boleh terus pandai ikut semua step dengan jayanya. Jadi, nasihat saya..kalau boleh cari tempat kat tengah-tengah dan belakang cikgu. Takpun, observelah dulu kot-kot ada sesapa yang nampak dah biasa berzumba tuh korang boleh juga follow die . InshaALLAH, nanti lama-lama kalau korang jenis konsisten boleh la buat sambil tengok diri sendiri berzumba depan cermin besar tuh.Owhhhh!! feeling "hot dancer" sangat!  Tak yah dah nak follow sangat zin. Jeling-jeling ajer dari sisi :)

6) Sediakan air putih

Bila berpeluh banyak ni..sangat digalakkan untuk minum air. Cuma janganlah terlalu kerap atau pun minum bergelas-gelas. Cukuplah satu atau dua teguk ajer. Kemudian sambung balik berzumba. Ada orang kena minum dengan kerap ada orang OK ajer kalau tak minum pun. Apa pun listen to your body. You know yourself better than others ok sayang? Jangan lupa minum air sekurang-kurangnya tiga liter sehari. Lagi bagus kalau bawak ajer tumbler air yang 1.5 liter tuh. Sebab boleh tau kan...korang dah minum air banyak mana.

7) Cuba buat dengan bersungguh-sungguh

Lepas few times join kelas, cubalah buat step tu dengan bersungguh-sungguh. Perhatikan betul-betul macamana zin buat. Contohnya, kalau zin hayun tangan tinggi ke atas langit..korang jangan lah angkat tangan macam princess melambai-lambai pulak. Sebabnya, kalori kita akan lagi banyak terbakar kalau kita buat dengan bersungguh-sungguh. Cuma, kalau korang rasa macam sakit or tak selesa dengan mana-mana step tuh..better tak yah la buat. Or buat ala kadar ajer yer. Kang terpeleot pulak kang. Sapa yang susah? kita jugak kan...

8) Pakai wellness watch

Bila pakai welness watch ni kita akan tahu berapa steps kita dah buat, heart  rate dan yang paling penting jumlah kalori yang terbako. Syok tau! sebab macam satu kejayaan yang dikecapi. Selalunya, saya dapat dalam almost 500 kalori yang terbakar. Depends lah dengan kesungguhan saya berzumba utk hari tu.

Dan ianya tak sama dengan orang lain sebab macam saya cakap tadilah, kalau bersungguh kita hayun tangan ke langit dan buat sepakan ala-ala berkungfu tuh boleh la capai sampai 600. Macam tula sebaliknya. Banyak dah brand yang murah-murah boleh dibeli antaranya brand Sunto dan Xiaomi Mi Band 2. Kat Lazada ade jual.


9) It's Ok to mess up

Jangan malu dan segan kalau rasa step kita ke laut dalam. Macam zin saya sendiri pesan untuk yang first timer. Just enjoy the music first! Kalau sangkut kat mana-mana step pun, please don't stop and keep moving. Usaha itu penting untuk membuahkan hasil. Takde sapa nak marah pun kalau step kita salah. Yang penting..jangan sesekali berputus asa.

10) Sakit-sakit badan dan lenguh segala otot

Kalau nak tahu, bulan pertama saya bersenam zumba ni sangat mencabar kesihatan saya. Sebulan juga rasa lenguh sakit kat lutut tuh tak hilang. Lepas tuh, agaknya badan terkejut jadi saya siap kena demam lagi. Tapi...saya tetap tak ponteng kelas. Saya masih pergi cuma saya slowkan pergerakan. Masuk bulan ke-dua dan seterusnya hingga ke hari ni..saya jadi seronok  dan looking forward untuk  berzumba. And yes! I am survivor !


Sekian sahaja perkongsian saya dari seorang beginner yang tak tau apa-apa pasal zumba ni sekarang dah dapat enjoy and can move nicely with the songs. Tapi tade la expert pun tau!

Selamat berzumba korang!

Thats' All and Thank you for reading!









 

You Might Also Like

16 comments

  1. nice sharing dear..irda lama dah xg zumba ofis punya..xpa..baca entry ni start balik dah..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaALLAH Irda. Nany doakan Irda diberi kelapangan untuk bersenam kembali. Apa2 pun...80% dari makanan dan senaman ini 20% ajer. Take care dear!

      Delete
  2. Waah ada zumba zapin yer.... nnt nak try jugaak lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaa...silalah cuba kalau ada peluang. Mana tau kot2 tersuka pulak nanti. Hehehe...

      Delete
  3. Wah bestnya join kelas zumba. Ana last join fitness class masa belajar dulu. Lepas tu stop sampai skrg. Rindu pula.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lama dah tuh yer? Akak pun kembali semula bersenam setalah bertahun2 tinggalkan yoga. Azab juga masa nak start balik ni. Mungkin faktor usia juga kot. But ok lah kan..better late than never!

      Delete
  4. bagusnya sharing benda ni kak nanny. seronok tgok akak aktif dengan zumba. tak dan nak join lagi. huhue

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak faham kalau org yang bekerja ni memang masalah dengan timing! Kelam kabut kan? balik keje dah letih. Badan nak rehat. Takper la Nadie..jaga makan pun penting juga. Buat mana yang boleh. Ada masa nanti boleh join balik zumba yer sayang.

      Delete
  5. Bestnya join zumba tempat tertutup. Saya kadang2 (sgt jarang) berzumba jugak kat dlm bilik jerlaa. Memang brterabur dan kaku je badan tu. Haha

    Tapi, kalau buat reramai mesti lg best kan? Hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. HAHAHAH! tulah..kalau buat ramai2 best sebab ada 'pemangkin' gitu!!!! sorang2 pun Ok ape..syok sendrik. Yang pasti berpeluh!

      Delete
  6. Nani tak pernah lagi join zumba. Haha. Teringin jugak nak berzumba tapi masa tu lah kadang kadang terhad. Nanti cuti tiga bulan boleh lah berzumba. Eheheh

    ReplyDelete
  7. dah lama tak berzumba..dulu masa study..best..ade kelas zumba

    ReplyDelete
  8. bestnya dapat join kelas zumba, akak takde join mana2 kelas pun, ini baru je berangan nak mula berjoging dengan jiran2 hehehe...harap2 berjayalah, bukan apa dah nak masuk senja akak ni kenalah jaga badan supaya sihat hehehe

    ReplyDelete

Terima kasih di atas segala komen dan sokongan.