Kepentingan gunting kepada kanak-kanak

By Friday, April 07, 2017 , ,

Assalammualaikum w.b.t

Pagi tadi sempat saya menjalankan amanah sebagai cikgu BM di semua Maahad Tahfiz di Kajang. Di sana, mereka tiada guru-guru yang betul-betul terlatih memandangkan pusat Tahfiz ini adalah milik persendirian. Subjek utama mereka adalah menghafaz ayat-ayat suci Al-Quran.

Minggu ini turn saya turun padang pula. Sepatutnya saya ajar mereka membaca sebab ada pelajar-pelajar yang berusia 8,9 dan 10 tahun yang masih tidak lancar membaca. Tapi saya sendiri rasa bosan dan tak berapa menarik kalau setiap kali kelas buat benda yang sama. Since, dalam kelas tuh pun tak lebih dari lima orang jadi saya terfikir nak buat aktiviti yang lain pula.

Jenuh fikir, ended up dapat juga ilham dari ALLAH S.W.T nak buat apa. So, saya guna kertas iklan Mydin, gam, gunting, pensel, pemadam dan kertas kosong. Saya planned nanti nak suruh derang pilih barang kegemaran derang lepas tuh, gunting, tampal atas kertas dan seterusnya kena eja tulis atas kertas untuk setiap barang yang dipilih tuh.

Pagi tadi, cuma ada tiga orang pelajar sahaja yang hadir. Dalam hati cakap.."okeylah ni..senang sket nak mengajar sebab tak ramai jadi bolehlah fokus sorang-sorang"

Maka bermula lah sesi gunting menggunting dan tampal menampal selama beberapa minit. Cuma tiba-tiba , mata saya menangkap sesuatu. Seorang pelajar 8 tahun di hadapan saya masih belum pandai menggunakan gunting. Namanya Aidid.

Normal ke eh?

Saya nampak dia memang susah sangat nak handle gunting dan kertas tuh. Ada masa, dia gunting sikit ajer dan the rest dia akan koyakkan. Cubaan kedua dan ketiga Aidid untuk mengoyakkan objek pada kertas tadi gagal apabila saya tidak membenarkan dia berbuat demikian.

Saya bantu dia gunting. Saya tanya, tangan mana yang biasa Aidid guna since die bertukar-tukar tangan masa menggunting tadi.

Aidid seperti takut-takut dan tak yakin nak guna gunting tu. Saya bantu dia dengan melukiskan satu garis lurus dan potong ikut garisan tersebut. Saya tengok die buat sebab dia akan tanya saya "Ok tak ni cikgu?" Kalau ada yang terlebih gunting saya suruh die perkemaskan tang area tu ajer.

On the way balik ke rumah sambil memandu kereta saya termenung dan jauh berfikir. Patutlah memang ada buku khas untuk kanak-kanak menggunting. Saya pernah beli buku tuh untuk anak-anak saya. Derang memang expert lah bab gunting menggunting ni. HAHAH! jenuh nak suruh derang kemas balik.

Sebab dah nampak depan mata ...jadi, saya minta semua parents yang sedang baca entry ni, bantulah anak anda untuk meningkatkan fine motor skill mereka.

Ianya sangat berkait rapat dengan mata, sel-sel otak dan jari jemari. Kalau takut anak-anak mencederakan diri dan rasa bahaya then parents kena pantau la. Buat aktiviti sama-sama dengan mereka. Ada banyak simple craft menggunakan gunting.

Sebenarnya, selain gunting ada lagi aktiviti lain yang boleh merangsang fine motor skill anak-anak. Antaranya, bermain lego, memberus gigi sendiri, makan menggunakan sudu garfu ataupun chopstick, memakai butang baju sendiri, melukis dan mewarna.

Buku dari KUMON yang saya pernah beli and now masih tersimpan di rak buku. Mungkin saya boleh beri pada Aidid untuk beliau praktis di rumah.

 Hasil gunting dan tampal dari Adib
Saya sempat pesan, lepas gunting make sure kita kemas sama-sama sebab ALLAH sukakan kebersihan.
Initially, I asked each of them tampal 10 barang kegemaran mereka dan lepas tu eja setiap barang tuh. But ended up buat lima barang ajer and semua kena follow cikgu sebab semua tak lepas nak menulis dan mengeja.

Ini pertama kali saya buat latihan menulis begini dengan mereka . Dan bila buat macam ni baru saya tahu rupanya walaupun ada yang pandai membaca tapi menulis masih belum boleh lagi. Jadi, kena la buat seiring dan sejalan.

Oh yer..another tips tadi untuk polish fine motor skill kan..boleh hantar ke kelas art, kelas menjahit ataupun kelas bermain muzik.

That's All and Have a nice weekends !

Thanks for reading




You Might Also Like

25 comments

  1. sesetangah dari kita nampak anak pegang gunting, kalut dok sorok. termasuklah yang meng'komen ni... hehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah kan...sebab sometimes kita sibuk nak buat bende lain. Kena mengadap derang la nampak gayanye. Heheh

      Delete
  2. Nanny mengajar sekolah pendidikan khas ke?

    Pelik jugakkan kalau budak umur cenggitu tak berapa tahu guna gunting. Kalau ikutkan kat tadika pun ada aktiviti gunting menggunting ni kan.
    Mungkin kat rumah mak ayah strict dgn benda tajam kot.

    Emm....cikgu ni kena kreatif kan Nanny.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Owhh..tidak. Ni volunteer program di Maahad Tahfiz Kg Sg Sekamat, kajang. Tulah..mencabar cikgu zaman sekarang. Kena all out habis!

      Delete
  3. Kalau tak silap tadika dah aktiviti guna gunting gunting kertas warna dan tampal ke atas lakaran yg di lukis.

    Apa pun perkongsian yg baik kak. Sy kena praktis ke syafi pula lepas ni. Setakat ni bg dia main lego dan melukis je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah...selalunya memang di Tadika akan ada buat aktiviti macam ni kan. Mungkin dah lama agaknya dia tak buat. Jadi kekok lah tuh..hehe..

      Delete
  4. Anak buah saya pun expert bab gunting menggunting ni. Silap hari bulan kertas yang tak sepatutnya pun digunting dorang. Haha

    Kalau risau keselamatan, mungkin boleh beli gunting plastik yang warna warni tuh. Boleh pakai untuk gunting kertas jerlaa tapinya. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaa..kan? derang enjoy kot dapat guna gunting and syok tengok 'hasil' guntingan derang tuh. jangan gunting rambut makcik die sudehh..HAHAH!

      Delete
  5. Wahh tak pernah tahu jugak ada buku untuk menggunting untuk kanak-kanak biasa yang tengok pon mewarna je kebanyakkan. Saya suka post ni. Good sharing!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Syakir. Tulah..bila dah jadi parents nanti memang macam2 idea nak buat kat anak2 nanti :)

      Delete
  6. Bagusnya akak ni, memang untuk budak-budak aktiviti seperti menggunting ni sangat penting untuk perkembangan fine motor skill. Kena banyak biasakan dari kecil, betul lah apa akak cakap tu bukannya hanya gunting sahaja bahkan banyak lagi pergerakan yang boleh dibuat bagi merangsang perkembangan fine motor skill budak-budak. Great entry! :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tuh..cuma kita ni la kena bertabah, bersabar dan kreatif dengan anak-anak. Apa yang kita boleh buat untuk perkembangan fine motor skill derang ni. Kadang kita nak cepat dah lambat nak pergi kerja, terpaksa la buatkan. Especially nak zip sluar nak butangkan baju. Tapi tak bagus sebenarnya sebab derang tak belajar independent...

      Delete
  7. irda terfikir ni...bila nany jadi cikgu??ke sbb dah lama xdpt baca entry..ok xpe..nanti kita roger2 ye..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe..tader la Irda. Ni saja tolong Maahad Tahfiz di Kajang sebab derang tak cukup tenaga pengajar.Sebulan dalam 2 kali ajer.

      Delete
  8. yup sangat bagus kan untuk mengasah bakat kanak-kanak ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan?? akak suka buat aktiviti macam ni. Hehehe...

      Delete
  9. Dulu Amy belikan gunting yang khas untuk kanak-kanak jadi tak delah risau pasal keselamatan. Bila dah ada gunting asyik mengunting aje lah kerja diorang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nampak anak2 Amy pun suka buat macam2 art and craft kan? bagus lah macam tu. Kita jadi parents kena support derang sokmo

      Delete
  10. berapa umur aidid ni yek? sbb selalunya bdk2 di tadika dh di ajar menggunakan gunting... si aiyan pantang nampak gunting laju je dia bt sepah kt umah...

    tp kite nk bg gunting pun selalu bg yg kanak2 nyer lah, bkn jenis yg org tua yg bsr gabak tu kan

    bila tgk tulisan kanak2 tuh, teringat tulisan tgn aiyan yg besar2 mcm cakar ayam aduhla,....

    ReplyDelete
    Replies
    1. HAHAHAH! Aidid ni 8 yrs old. Tulisan Umair pun sama..pada derang itu yang paling tercantik kan? mata kita macam...Erghhhh...hahah!

      Delete
  11. Seronok jugak sekali sekala buat aktiviti macam ni dengan dia orang :) Nani tak pernah ada lagi pengalaman ajar budak budak umur macam ni.

    ReplyDelete
  12. Takda pengalaman lagi ngajar budak kocik bawah 10 tahun. Tak tau plak perihal masalah gunting ni 😂

    ReplyDelete
  13. Lya stuju dgn nani.. msa fasya umur 4thn lya dh start ajr fsya gunting objek2 dlm majalah n tampal ats kertas kosong..

    ReplyDelete
  14. hurmmmm nak tanya pendapat lah. actually umur berapa sesuai menggunting babe? i mean pegang gunting lah

    I memang jadikan gunting salah satu barang larangan untuk Lihin, he is 4 years old now. so hari tu my MIL ada bagi Lihin and kazen dia pegang. I punya lah menjerit taknak bagi. tapi it seems normal untuk orang lain. yelah kalau sekolah pun kan ada aktiviti gunting bagai ni

    ReplyDelete
  15. kat kedai ada jual gunting kertas yg tak tajam mmg sesuai utk kanak2

    ReplyDelete

Terima kasih di atas segala komen dan sokongan.