Kepentingan "Habit" Yang Baik

By Tuesday, April 04, 2017 ,

Assalammualaikum w.b.t

Penting rasanya untuk memastikan kita dan orang sekeliling kita mengamalkan habit yang baik. Habit tu ape? Habit tu adalah rutin kehidupan kita sehari harian. Yang kalau kita buat lebih dari 40 kali jadilah ianya suatu habit. Beruntunglah kalau kita ada habit yang bagus. Tapi kalau yang kurang baik tuh masih boleh lagi untuk kita  ubah. Cuma kita perlukan keazaman, usaha dan sokongan dari luar.

Semoga kita semua dikurniakan habit yang baik baik sahaja :)
Terlalu banyak sebenarnya habit yang samada kita sedar ataupun tidak yang sudah menjadi sebati dalam hidup kita. Untuk saya sendiri, bila dah berusia macam ni ada juga habit yang susah untuk saya betulkan.  Tapi untuk anak-anak yang masih kecil masih boleh lagi dan belum terlambat untuk kita ubah. Cabarannya adalah..mereka bersama kita. Monkey see , monkey do. I think the same goes to our children.

Kalau anak-anak tak follow pun, at least kita dah buat yang terbaik. Di situ, kita takder lah rasa bersalah sangat. Saya juga pernah mendengar antara teknik Rasulullah S.A.W berdakwah adalah dengan menunjukkan akhlak yang bagus.

Sebelum baginda dilantik menjadi Rasul pada usia 40 tahun lagi, baginda sudah dikenali dengan gelaran Al-Amin di kalangan masyarakat Arab Quraisy. Ketika itu,  Baginda sangat amanah dan jujur dalam menjaga harta benda. Sekaligus, menjadikannya seorang manusia yang sangat sangat dipercayai!

Kalau dari kecil lagi kita tak pupuk amalan rutin yang baik percayalah bila dah dewasa adalah agak sukar dan memerlukan sedikit usaha untuk berubah. Kebiasaannya, kita tak perasan pun apa yang kita buat tuh salah di mata pandangan orang lain. Unless, ada yang baik hati bagitahu dan menegur habit kita itu salah.

Di sinilah pentingnya peranan kita semua sebagai pasangan, ibu-bapa, rakan-rakan, adik-beradik, saudara-mara, ketua jabatan, rakan kerja  dan guru untuk menegur dan membetulkan habit kita itu.

Sedang menerapkan amalan bersarapan kepada anak-anak. Saya ada kenal beberapa orang kawan yang memang tidak bersarapan pagi. Tak boleh masuk sebab awal sangat katanya..mungkin tidak menjadi kebiasaan untuk bersarapan. Makan pagi ni memang perlu kan ? Kalau tak, nanti perut masuk angin akibatnya susah lah anak-anak nak belajar dan menggangu aktiviti kita seharian.

Acara memberus gigi sebelum dan selepas tidur

Part ni husband saya lah yang banyak pay attention kat anak-anak. Sebelum tidur semua orang kena berus gigi. Kadang-kadang pernah juga ada yang terbabas sebab keletihan dan ketiduran awal. Saya ni masa kecik dulu kesedaran tentang kebersihan gigi tade. Maklumlah, parents dulu duk kampung dan belajar pun tak tinggi mana. Jadi awareness tuh pun tade la. It's ok..I am not blaming my parents at all. Cuma, saya rasa kita perlu belajar dan ambil iktibar. Tu jer.

Bangun awal pagi

Walaupun cuti Sabtu , Ahad atau Public Holiday saya tetap akan kejut anak-anak awal pagi. Cuma tade la awal macam nak pergi sekolah tuh. At least untuk Hannah yang dah 9 tahun tuh saya akan cuba kejut dia untuk solat subuh dan lepas tuh tak bagi dia tidur balik. Nak main ke, nak buat ape pun boleh tapi jangan tidur semula. Saya cuba.

Minum air kosong

Dulu balik dari sekolah kebangsaan saya jalan kaki, takpun naik moto dengan ayah. Panas lit lit bila sampai rumah ajer, terus teguk ayor manih...wallaaa~~ sedapnya lega tekak. Tapi sekarang perangai tuh saya dah cuba kurangkan. Dulu, kalau makan kat kedai wajiblah order minuman berperisa.

Sekarang ni, saya bawa air kosong dari rumah ajer. Anak-anak pun kadang saya suruh juga bawa  tumbler masing-masing. saya order juga air manis tapi order 2 gelas ajer lepas tuh sedutlah sorang sket sampai habis. Semoga anak-anak dan zuriat keturunan saya sukakan air kosong dari air manis sampai bila-bila.

Bukan apa, kalau dah biasa sangat dengan air manis memang sampai ke tua la ko susah nak buang habit tuh. Bukannya tak boleh langsung , tapi taknak lah ianya menjadi habit sampai bila-bila.

Ada banyak lagi sebenarnya habit yang kita boleh cuba improve dan bergantung kepada diri masing-masing. As a muslim, saya juga masih struggle untuk menjadikan habit solat di awal waktu, membaca dan faham Al-Quran sekurang-kurangnya semuka sehari, berpuasa sunat dan melakukan ibadah-ibadah lain. Tapi tak semestinya yang 'khusus' sahaja...kehidupan ini jugakan satu ibadah? selagi apa yang dilakukan masih berlandaskan di jalan yang benar dan diredhai ALLAH S.W.T

Korang ada habit lain yang dirasakan perlu untuk diubah ? share lah sekali. Boleh saya ambil manfaat sama-sama.





You Might Also Like

10 comments

  1. Ana skrg tgh amalkan baca Al-Quran dan tgk maknanya sekali. Jadi agak lambat tapi puas hati dpt tahu makna ayat2 yg di baca. Untuk surah2 pendek yg di baca semasa solat pun ana dah start hafal maknanya semula. Dah tua2 ni byk lupa. Mudah-mudahan istiqomah. Doakan ye sis.

    ReplyDelete
  2. Perkongsian yang sangat bermanfaat ni sis Nanny :) yup seeloknya bermula dari kecil kan. Apapun if bila dewasa kita sedar kita ada habit tak baik boleh je ubah slow2, bak kata sis dengan semangat dan keazaman. teringin nak ubah habit supaya jadi pemakan sayur tegar. hihi

    ReplyDelete
  3. Betul kak, bila nak didik anak anak kecil ni senang. Bila salah, mudah nak dibetulkan. Kalau dah besar, terbiasa buat habit tu dan nak tukar jadi payah sikit.

    ReplyDelete
  4. Betul tu kak. ibu bapa kena pupuk amalan yang baik dalam diri anak-anak dari kecik lagi. so nanti benda tu lama-lama jadi satu kebiasaan bagi mereka. Ibu bapa pun kena tunjuk side yang baik sahaja depan anak-anak. Jangan sesekali tunjuk perangai tak elok, sebab macam yang akak cakap la monkey see, monkey do. Said someone yang masih belum berumah tangga haha.

    ReplyDelete
  5. Perkongsian yang bagus.
    Betul tu, sekaranglah masa yang sesuai untuk didik diorang dengan amalan yang baik.

    ReplyDelete
  6. dr kck mmg dh kene ajar....
    kite pun kene bt jgk baru jd ikutan kan...

    ReplyDelete
  7. Tetiba lupa pulak habit buruk Nanny haha....
    Betullah Nanny bab solat awal waktu ni mmg susah betul nak ubah. Terbabas selalu. Satu lagi puasa. Aduhhh berat betul nak buat puasa sunat Isnin Khamis. Sedar jugak diri ni dah kilauan tp....tulah masalahnya.
    Moga Allah sentiasa pintu hidayahNya buat kita semua.


    ReplyDelete
  8. thanks dear for sharing...insyaAllah irda akan contohi juga...apa yg nany cuba praktikkan..bukankah mengikuti yang baik itu sesuatu yg baik juga..keep on sharing ya..i love to reading yours

    ReplyDelete
  9. Memang dari kocik kena didik. Melentur buluh biarlah dari rebungnya 😉

    ReplyDelete
  10. dalam banyak banyak tu bab minum air kosong paling payah -___- sebab atok dengan air kopi, nanny dengan air teh.mommy and ayah pun dok air manis. hahahah

    good sharing babe. anak anak akan tiru apa yang kita buat kan. teringat pulak hari tu, dengar azan kat radio. Lihin dok bercakap non stop. I bising lah suruh dia stop bercakap, dengar azan and ikut baca doa lepas azan.

    Tapi tangan I sendiri dok ralit dengan handphone, mata i pandang phone

    bila fikir balik , ha patutlah dia taknak dengar cakap I. dia tengok i pun macam tu. hadoi >,<

    ReplyDelete

Terima kasih di atas segala komen dan sokongan.