Meriahnya Hari Sukan Sekolah Integrated Islamic Puncak Jalil!

By Wednesday, April 12, 2017 , , , ,

Assalammualaikum w.b.t

Saya yakin setiap orang dah dikurniakan dengan kelebihan masing-masing. Terpulang pada kita untuk mengasah bakat tersebut. Saya perhatikan, sememangnya ada anak-anak yang akademik nya bagus tapi tidak sebagus bersukan. Dalam erti kata lain adalah 'kaki bangku'. Ahkak dulupun macam tu la jugak..hahah! Ingat lagi, masa tuh kena lompat tinggi. Jawabnya memang tak lepas lah. Ended up, saya main lompat ajer la. HAHAH!

Seperti tahun sebelumnya, Sport Day diadakan di Stadium Pusat Sukan UPM
Kisah untuk entry kali ini adalah bila kami turut serta dalam acara sukan tahunan anak-anak, terus mengimbau kenangan lama. Bak kata suami saya, untung budak-budak tuh. Parents dijemput turut serta dalam menyumbangkan idea dan tenaga untuk menjayakan majlis sukan tahunan  sekolah. Dulu-dulu memang tade la kan...........
Ketua Sepanduk perbarisan untuk rumah kuning
Selalunya if kuning rumah sukan akan menggunakan lebah sebagai maskot. Tapi, suatu kelainan bila cikgu menggunakan rama-rama sebagai maskot mereka. Nampak sangat cantik bila dalam gambar!
Hannah dalam kumpulan rumah kuning while Umair dalam rumah merah. Mak kena perah otak untuk bagi / sumbangkan idea atau tenaga untuk kedua rumah sukan ni. Meriah sangat preparation yang dibuat. Menurut salah seorang cikgu yang saya sempat borak dengan beliau.Mereka tidur pukul 3 pagi katanya . Semata-mata nak siapkan segala keperluan untuk hari sukan tersebut. Cikgu memang bersemangat nak bagi yang terbaik untuk anak-anak murid mereka.
Manis senyuman mu nak.
Umair sangat seronok beratur bersama kawan-kawan seperjuangan
You go team warrior!
Dua hingga tiga minggu sebelum tarikh sebenar hari sukan diadakan, murid-murid telah pun membuat latihan. Hannah masuk larian 100meter dan larian berganti 4x50meter.

Kerap juga dia mengadu pada saya, "Hannah asyik dapat last ajer mama everytime training" . Hahaha! takperla, mama tak kisahpun sebab tau mesti Hannah dah cuba lari sekuat dan sepantas kuda kan. Tapi apakan daya, ada orang lain yang lariannya lagi laju dari Hannah. Hannah just enjoy and take the opportunity ni yer.

Hannah kelihatan sangat bersungguh untuk menamatkan lariannya. Saingan sengit antara tempat ketiga dan keempat. Alhamdulillah..dapat juga pingat gangsa. Susah nak pastikan sebab terlalu rapat dengan pesaing nya.

Hari lainnya, dia bagitau saya. "Semalam, kakak lari dapat 20 saat, harini jadi 21 saat". Tergelak kecil saya dibuatnya. Ntahlah..macam innocent ajer die bagitau tuh. Nadanya ceria dan macam dapat tahu sesuatu yang baru. Itulah anak-anak senang nak enjoy and mudah melupakan sesuatu yang sudah lepas.
Ini pula acara larian berganti 4x50meter. Dapat pingat Perak. Hehehe~~
Saya pesan banyak kali, kalau kalah nanti or tak dapat number langsung..jangan nangis yer. Hannah ada bakat lain . Chin up! and move on ajer. Sports day ni setahun buat sekali ajer. Have fun with your teachers and friends. Alhamdulillah..nampaknya die faham apa yang saya cuba sampaikan.

Untuk si Umair pula, memandangkan sempat seminggu lebih sahaja training itupun macam warming up ajer kot. Sebab lepas tuh, dia tak sihat kena MC seminggu jadi tak sempat lah nak full blast training tuh. Ended up..dia masuk acara sukaneka. Isi air dalam botol guna sponge and satu lagi cari gula-gula dalam tepung.

Menununggu wisel untuk ditiup
Sedang fokus memerah air ke dalam botol
Masa first time dia bagitahu tu ...bunyi nya sungguh seronok sekali! HAHAHAH! excited kot sebab macam 'terpilih' . Sempat lah malam sebelum hari sukan tuh, papa dia trained dia cara mengisi air dengan sponge ke dalam botol. Kena squeeze dulu sponge tuh then baru lepaskan dalam air. Lepas tuh, amik dah perah sekaligus banyak-banyak masuk dalam botol.

Mama is also semangat sebab pegi beli tepung gandum untuk Umair training cari gula-gula dalam tepung. Memula die hesitate nak buat sebab risau terlebih, tepung kena mata, kena hidung dan kena muka. Dia memang allergic part ni! Tapi, bila tengok adik and kakak yang beriya dok tiup tepung tuh..jadi die pun terus semangat nak buat.

Dua ke tiga kali hembus...Dapat jumpa gula-gula
Berlemuih tepung. Hahahah!Agaknya kawan Umair tuh baru sempat nak tengok apa perisa gula-gula dia dapat.
Orang tu tanya..nama apa? bukak ajer mulut..habis tersembur keluar tepung. Bhahahaha!
Overall, Umair dapat tempat pertama untuk acara isi air dalam botol dan tempat kedua untuk acara cari gula-gula dalam tepung. Alhamdulillah...

Pingat gangsa larian 100m
Pingat Perak untuk larian berganti
Antara acara lain adalah tarik tali untuk pelajar banat ( perempuan ) dan banin ( lelaki ) mengikut rumah masing-masing.
Kumpulan team warrior melangkah penuh yakin untuk acara tarik tali
Sedia untuk tarik tali. Sokongan padu dari ayahanda. Team merah juara tarik tali untuk banat.
Ini Muallim Mahfudz. Antara guru penasihat team kuning..apa lah agaknya yang dia tengah nak bagitahu tu yer..hahaha!
Majlis sukan tamat lebih kurang dalam pukul 12 lebih juga. Kami tak stay lama, tolong sikit-sikit ajer kutip sampah semua. Cuaca sangat terik panas membahang. Huhuhuhu...

Pemenang keseluruhan adalah Rumah Biru diikuti Rumah Merah, Rumah Kuning dan Rumah Hijau.
Tahniah semua anak-anak. Kalah atau menang bukan ukurannya..yang penting semangat kesukanan dan kerjasama. Syabas buat semua guru kerana berhempas pulas cuba melakukan yang terbaik untuk anak didik. Tak lupa juga parents rumah kuning dan merah yang banyak juga turun padang sama-sama membantu para guru menghias khemah dan menguruskan anak-anak ketika acara sukan dimulakan.

Oopps! before I ended my entry..jom layan beberapa gambar candid yang saya berjaya rakamkan dari lensa kamera saya.

















 That's All and Thank you for reading!

You Might Also Like

26 comments

  1. Bestnya..teringat zaman2 sekolah dulu..hehe..btw lawanya gambar..guna kamera apa ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jadi ...Luqman masuk acara apa dulu? hehe..guna kamera Olympus. :)

      Delete
  2. Seronoknyaaa. Saya kalau boleh pegi acara macamni selalu excited terlebih. Ekpresi dan kecomelan anak-anak tu memang rasa nak masukkan semua dalam kamera. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan? raut wajah yang spontan memang menggambarkan sesuatu yang sedang berlaku. Lahir dari jiwa yang suci murni. Ewahh...hehehe

      Delete
  3. Tahniah Umair dan Hannah.

    Ana masa sek ren dulu bab lari no 1 tp bila lompat tinggi mmg failed kak. Tak tahu kenapa. Puas cuba tak lepas2 juga. Last2 give up masuk lompat jauh pulak. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Owh..boleh la tu lompat jauh. Berapa jauh rekod so far? ingat lagi tak? hehehe

      Delete
  4. meriah hari sukannye..tahniah utk anak2 nany...bdk2 ni bila dpt menang pastu naik podium dpt medal mmg suka sgt la...anak saya tiap kali sukan nmpk die happy sbb dpt bw blk medal walaupun bkn no 1 tp die bagitau kt atok & nenek die menang no 1 hehe...tp thn ni die tk join sukan ...katanya xmasuk pn acara

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..terima kasih atas ucapan tahniah. Perasaan naik podium tuh memang best la kot yer. HAHAH! bukan budak2 ajer..agak2 kita pun sama suka. Tak apa, ada rezeki cuba lagi yer anak2 masuk sukan.

      Delete
  5. Meriah jugak hari sukan nya. Yang tersembur keluar tepung tu kena muka orang yang tanya nama tu tak? Haha 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Meriah sangat walaupun panas terik membahang. Tapi budak2 macam relaks ajer enjoy bersukan. Umair control mulut dia dari bukak luas2..mungkin lebih risau gula-gula tuh terjatuh agaknya. HAHAH! Anywayss...Thanks adik manis Cik Epal sudi komen dalam blog I yang tak seberapa ni.

      Delete
  6. meriah nya.... selalu sukan2 gini... ada perbarisan lawo2... msti cikgu2 yg sampai tak tdo nk nyiapkan

    tahniah bt hannah ngn umair...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaa...tulah pasal. Cikgu tido kol 3 pagi. Balik habis sukan tuh sure letih yang amat. Kesian..tapi puas hati kot sebab tengok anak2 murid and parents happy jer.

      Delete
  7. Meriahhh! Suka lah tengok maskot rama rama tu. Lain daripada yang lain + cantik sangat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann? parents memula suruh buat bees. Tapi cikgu cakap..bees dah biasa sangat. So buatlah si Rama-rama. Tahun depan kena la cari idea lain pulak.

      Delete
  8. Waaa meriahnya tengok hari sukan sekolah ni! Gambar pun nampak cantik sangat kak. Dah macam wedding punya gambar hehe. Tahniah buat umair dan hannah! Siap praktis kat rumah siap siap tu. Tak sia sia hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Praktis supaya nanti tade la terkujat kena tiup tepung...mata masuk tepung...tak cuba lah gula-gula Uncle! HAHAHAHAH :)

      Delete
  9. hehehs....cik epal pun suka entry ni..ya betul tu syed...cantik kualiti gambar kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..Thanks Irda Garmin! tengah nak polish skill ni ha...

      Delete
  10. Meriahnya..seronok tgk... mummy pom dpt snap moment y cantik2 utk kenangan.. tahniah hannah,,dpt jugak medal tu.. sbnrnya walaupom x menang xpe..asal kt berani sahut cabaran..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih aunty Lya! Sokong tuh. Paling penting tak cepat mengalah. Cuba dahulu kan...

      Delete
  11. seronoknya babe. kenangan sangat tau tengok sports day macam ni hehehe

    Tapi time i dulu, I paling nak mengelak buat benda ni semua -__- paling tak suka kena lari lari. time pemilihan aka paksaan, kan semua kena try, i saja lah buat lari lambat or kalau lompat tinggi bebuat stop di palang, sebab I taknak disenaraikan (hakikatnya memang takkan pun) ahahha

    ohh lagi satu i sayang kulit -___-

    tapi ada satu benda je kecintaan I yang buat i tak kisah berjemur- kawad kaki/ perbarisan. yang tu favourite i tak kisah tengah panas or hujan. wah semangat tak? hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. HAHAHAHAH!I boleh rase bila kita tak suka and suka satu bende tu camane kita akan react kan. Yang stop kat palang tuh..I can imagine...sebab macam pernah buat ajer. Tapi ok dah I rase sebab ada bende yang u suka.Patut cikgu tanye dulu yer dak..tade la u kena berlakon di tengah panas.

      Delete
  12. Meriahhnya! Baru ni dekat uni Nani belajar ni pun ada tadika yang tumpang stadium buat hari sukan. Suka tengok, dengan parents sekali semangat support anak anak. Heheh :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe...memang best bila parents pun kasi support sekali. Terjalinlah semangat kesukanan gitu.

      Delete
  13. Meriah sungguh.... Anak anak Nany pun tak de yang kecewa nampaknya. Semua dapat medal. Alhamdulilah. Dah lega dah cikgu. Dah boleh tido lena hihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaa tu lah Nom. Cikgu lah paling lega kot. Letih dari nak mulakan sukan tuh smpi lah part mengemas bagai.

      Delete