Review Buku Ensiklopedia Serangga Dalam Al-Quran Untuk Anak-Anak

By Monday, April 24, 2017 , ,

Assalammualaikum w.b.t

Cerita kali ini adalah tentang sebuah buku yang saya cadangkan wajib ada di rumah masing-masing. Takpun, boleh juga dijadikan sebagai hadiah buat yang tersayang :)

Bukan kulit buku sahaja yang nampak menarik, tetapi isi kandungan setiap helai di dalam buku ini juga mampu membuatkan bukan anak-anak tetapi, saya juga minat untuk membacanya. Buku setebal 167 muka surat ini padat dengan info kejadian serangga yang diolah dari segi saintifik berpandukan ayat-ayat dalam Al-Quran.

Bukan itu sahaja, malah diselitkan dengan banyak sirah tentang seranggga tersebut dengan kehidupan cerita seorang Nabi. Pada saya, sirah dapat memberi tauladan dan dapat mendidik jiwa kita semua.

Antara yang menarik perhatian saya adalah , bagaimana ALLAH S.W.T menghukum Firaun dan pengikutnya akibat tidak mahu beriman terhadapNYA. Lalu dengan kuasa ALLAH S.W.T , diturunkan kemarau yang panjang, diikuti dengan ribut taufan.

Kemudian, ALLAH turunkan pula pelbagai jenis belalang untuk menghancurkan segala tanaman mereka. Namun, mereka tidak pernah mengambil pengajaran . Lalu, hukuman diteruskan dengan serangan pelbagai jenis kutu pula. Kali ini menyerang diri mereka sendiri.

Si Umair sangat kagum dengan cerita tersebut. Ditambah lagi dengan gambar kutu yang sangat jelas di dalam buku ini. Bukan itu sahaja, gambar telur-telur kutu pun ada tau!
Vocab bahasa Melayu anak-anak  secara automatik juga bertambah.  Contoh seperti perkataan taun. Lama jugalah mama nak explain maksud taun tu. Sebabnya , kalau selagi tak puas hati..mereka akan terus bertanya. Tak apalah! saya layankan ajer sebab kalau anak-anak tengah excited  nak tahu, kita tinggalkan dulu kerja yang kita sedang buat tuh. Terus beri perhatian kepada mereka.

Sebab lain yang saya suka adalah penulis turut memasukkan Asma'ul Husna di dalam ceritanya. Antara contoh adalah ; ALLAH S.W.T Yang Maha Memelihara (Al-Hafiz) telah memelihara telur-telur tersebut daripada rosak.


Percayalah, anak-anak tidak akan bosan menyelak setiap helai dari dalam buku ini. Saya juga sama-sama dapat belajar sesuatu. Yerla, dulu mana ada buku-buku macam ni kan. Pendekatan nya juga begitu santai sahaja.

Walaupun saya rasa saiz tulisannya agak kecil tetapi disebabkan banyak gambar, ilustrasi serta grafik yang jelas dan sangat berwarna-warni. Sekaligus menyebabkan anak-anak tidak kisahkan cabaran saiz tulisan yang agak kecil itu. Untuk Uwais, memang dia minta saya yang bacakan. Tapi nanti yang lain-lain itu datang lah menepek sekali :)

 Buku terbitan Telaga Biru hasil tulisan Puan Ummu Amar ini berharga RM30.00 boleh didapati dibeli secara online di sini :


Tapi saya tak beli kat situ sebab kebetulan ada booth jual buku-buku agama dalam GIANT Bandar Kinrara. Memula saja-saja nak belek lepas tuh, terbeli pula. Hehehe..

Last but not least, bolehla ada video pendek Hannah sedang membaca salah satu dari topik dalam buku ini. Tentang rama-rama! Selamat menonton.

That's All and Thank you for reading!


You Might Also Like

7 comments

  1. Anak anak Nany ulat buku ye.
    Penuh pengajaran ye Nany buku ni. Selain boleh tau kisah kisah Nabi. Tengok gaya, memang seronok budak budak tu baca buku ni sebab bukunya bergambar dan kaler kaler lagi ha.

    ReplyDelete
  2. Bdk2 kalo bc buku bergambar mmg seronok

    ReplyDelete
  3. Bdk2 kalo bc buku bergambar mmg seronok

    ReplyDelete
  4. Mcm best... nnt bukan iman baca ... mama yg baca nnt hehhe

    ReplyDelete
  5. Amboii, dah macam model iklan dah gambar atas sekali tuu. Hihi baguslaa didik anak cintakan buku dari usia awal lagi. :)

    ReplyDelete
  6. bagus didik anak2 minat membaca dari awal...

    ReplyDelete

Terima kasih di atas segala komen dan sokongan.