Segmen : Seorang Syed Nak Bloglist!

By Saturday, April 22, 2017 , ,


 Assalammualaikum w.b.t


Jujur saya katakan ini kali pertama saya join segmen dan  cuba menulis untuk seorang rakan blogger yang baru saya kenal di alam maya. Terasa amat mudah untuk saya membuat review bagi blog yang bernama Seorang Syed.

Jadi, ini adalah beberapa alasan dan asbab kenapa saya perlu berada di dalam bloglist Seorang Syed.   

Sebab Syed seorang blogger yang peramah dan rajin - Secara tidak langsung, saya juga akan dapat menambah rakan-rakan baru di dunia blogging ini. Yerla, pada saya apa sahaja yang kita buat sebenarnya dapat meninggalkan aura kepada orang sekeliling.

Depends on your enviroment. Samada pengaruh yang  positive ataupun negative. Pada saya, bila ada orang selalu bertandang ke blog kita dan tinggalkan komen. Ini akan menyebabkan orang lain pun rasa nak buat benda sama. Well, at least saya rasa macm tuh. 

Mungkin boleh menjanakan pendapatan sampingan - Okey, yang ni bunyinya agak exaggerate la kan? Tapi masih tak mustahil untuk ianya menjadi kenyataan. Saya suka berangan. Sebab tak perlu kena bayar pun. Lagi satu, bila ada angan-angan..baru nampak apa yang kita mahukan. Bila blog kita dah dikenali ramai, adalah nanti rezeki untuk buat review yang best-best! silap haribulan boleh demand lagi. Heh!  

Pendapat dan cara pemikiran yang sama - Walaupun bukan semua apa yang Syed tulis itu sama dengan pendirian saya. Tetapi, bila ada topik yang 'kena' dengan saya tuh memang saya suka lah! Especially bab-bab etika dan erti kehidupan ni. Jadi, mungkin boleh bergabung untuk apa-apa blogger projek di masa hadapan. Okeh! berangan lagi kakak ko ni Syed. HAHAHA!

Last but not least is my honest review tentang blog Seorang Syed 

1. Cara olahan cerita yang sangat menarik!
Selalunya bila baca blog ni kan, kita boleh tahu dan rasa samada si penulis itu benar-benar menulis dari hati dan jiwa ataupun tidak. Cara berbahasa dan intipati pada setiap entry di blog Syed sangat menarik perhatian saya untuk membaca apa yang beliau nak cuba sampaikan. Bila kita baca, seolah-olah dia sedang bercakap one-to-one dengan kita. Itu yang saya pun tengah struggle nak buat. Mana tahu, dapat juga aura Syed ni nanti kan.

2. Tidak sombong dan rajin berukhuwah 
Syed sangat peramah orangnya. Dan ketahuilah salah satu benda lain yang saya rasa perlu ada pada semua blogger adalah teknik menulis komen. Rasa macam kena belajar dari Syed macamana nak komen bukan setakat gitu-gitu ajer. Contohnya, bila kita up cerita pasal makanan or resepi. Kebanyakannya akan tulis.."sedapnyaaa" or "rajinnyaa" or "Menyelerakan" . Tapi , tidak pada Syed. Apa yang dia komen tu akan menyebabkan saya rasa nak balas balik apa yang dia tulis tuh. Jadi, sekarang saya cuba untuk menjadi kreatif dalam meninggalkan komen di blog kawan-kawan yang lain. 

3. Layout blog yang simple tapi looks so ohsem!
Memula buka blog Syed terus macam WOW! smart nye blog dia ni. Iklan pun tak banyak mana. Jadi, mata terus fokus dan tangkap isi kandungan blog beliau. Suka sangat dengan flatlay yang ada laptop, nama blog Syed and kapal terbang kertas tuh. Macam cover buku gitu! :)

Orait Syed. I am done with my review :) Akak doakan Syed dimurahkan rezeki dan diberi ilham untuk menulis yang baik-baik di blog Syed tuh. Semoga dapat dijadikan panduan untuk sesiapa yang membacanya. 

Untuk sesiapa yang berminat nak join segmen ni boleh lah click sahaja pada gambar di atas yer.
Sekian, terima kasih :)


 



You Might Also Like

23 comments

  1. Serius lah akak first time join segmen ni kak? Huaaaaa ni buat saya terharu ni. Itulah, banyak juga kan pendapat kita yang sama, ada projek apa tu nak collaborate? jom jom! takpalah, tak salah berangan kak. Mana tahu jadi kenyataan nanti haha. Thank you very much for the review kak! hahahaha segan pulak baca tak tahu nak sorok mana muka ni. Thanks juga for supporting my segment! *masih dalam mood terharu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe...Iyer Syed first time. Sebab selalu terjah blog Syed and rasa ada 'same wave' bile menulis. Tu yang rasa nak join segmen Syed tuh. :)

      Delete
  2. Selamat bersegmen kak nanny! And good luck!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Nadhie! Have a nice day! jomlah join segmen sesama

      Delete
  3. Selamat bersegmen and all the best! 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adik manis Cik Epal. Ku terharu kerana sudi lagi komen di blog I ni. Thanks for the wishes ya!

      Delete
  4. selamat bersegmen. gudluck. Q BW dari segmen yg sama. Follow here.

    fazroliqbal.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks dik! selamat bersegmen juga dari akak untuk mu. Hehehe..

      Delete
  5. Replies
    1. Hi Mrs Fuzy!...thanks for the wishes and salam perkenalan to you too

      Delete
  6. DONE follow...followback
    Keep in Touch

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks sudi follow. Dah singgah dah blog adik manis tadi. :)

      Delete
  7. Setuju Nany... Syed memang mengomen dengan sepenuh hati dan perasaan gitu. Hakak pun suka orang yg berkomen macam tu. Apa pun moga Nanny berjaya masuk bloglist Syedlah ye... senanglah kalau dah sama pendirian tu hihi

    ReplyDelete
  8. Tahniah dinobatkan sebagai pemenang segmen Syed hehe :)

    ReplyDelete
  9. congrats sis ! heheh salam kenal from mellyacrayola.blogspot.my
    done follow here

    ReplyDelete
  10. tahniah..dah menang, salam kenal

    ReplyDelete
  11. assalamualaikum,

    blogwalking dari segmen yang sama

    https://lovelysunshine93.blogspot.my/2017/04/segmen-seorang-syed-nak-bloglist.html

    done follow #98

    ReplyDelete
  12. Terbaiklah kak nany..tahniah kak

    ReplyDelete
  13. Tahniah terpilih sebagai seorang pemenang segmen!

    http://panphila.blogspot.my

    ReplyDelete