Bekas Letak Pensel Dari Botol Mineral

By Tuesday, May 16, 2017 , , , , ,

Assalammualaikum w.b.t

Hai semua!!!

Apabila dikenangkan sebenarnya si abang tak dapat sangat buat aktiviti best-best macam mama pernah spent buat dengan si kakak dulu. Bukan apa, masa Umair masih kecik , saya kena bagi perhatian pada adik dia. Waktu tuh, memang agak hectic dengan anak-anak.

Tak terkejar dibuatnya. Lagi satu, saya sempat buat pelbagai aktiviti dengan si kakak sebab maid ade lagi. After dia back for good, memang tunggang terbalik juga lah nak menguruskan kehidupan berkeluarga dan berkerjaya.

Tapi sekarang, Alhamdulillah...dah boleh nak handle walaupun tetap akan ada masa macam rasa nak tarik rambut sorang-sorang. HAHAHAH! Drama sangat kan?

Panjang pulak mukadimah nyer ha. Actually nak cerita kat sini aktiviti art yang ibu bapa / guru boleh buat dengan anak-anak. Depends pada usia juga la yer. Untuk Umair dan Uwais dah boleh buat 98% semua sendiri. Mama cuma bagitau ajer nak buat camana.

Benda paling penting, cuba gunakan benda yang dah tak terpakai yang korang simpan kat dalam rumah or stor tuh. Macam saya, suka sangat simpan benda-benda 'sampah'. Botol kaca, bekas papan telur yang kertas tuh, tissue roll and botol mineral.

Kami memang ada bakul sampah khas di rumah untuk asingkan botol kaca, tin dan botol plastik. Dengan syarat, kena basuh dulu sampai bersih then baru boleh buang dalam bakul sampah khas tuh.

Kali ini, kami gunakan botol mineral 500ml untuk membuat bekas letak pensel tersebut. Saya gunakan pisau untuk kerat jadi separuh. Kalau nak bekas tuh jadi tinggi sikit pun boleh. Adjust lah sendiri saiz ketinggiannya yer.

Kemudian, gunakan acrylic paint untuk mewarna botol mineral tersebut. Masa ni, terpulang pada kreativiti masing-masing nak warnakan botol mineral tu macamana. Janji anak-anak korang suka.

Pesanan penaja dari saya ialah, bagi sepenuh kepercayaan untuk anak-anak cuba menghasilkan karya mereka. Bantu hanya kalau perlu sahaja. Tengok muka Umair, sampai ternganga mulut haaaaa. Feeling sangat bila dapat pegang berus warna tuh kot. Hehehe...

Lepas dah siap tuh, saya spray dulu dengan clear paint. Nak kasi berkilat kekdahnya :) Lepas tuh biar kan die kering. Tunggu la dalam 10 minit macam tuh.  Dah confirm kering, tepek lah dengan sticker comel-comel kegemaran semua. Kalau tade sticker pun takpe, guna pen marker untuk lukis anything atas tuh.

 Reben tu idea dia la suruh mamanya ikatkan. Adik pun mana boleh kalah..mesti sama maaa~~
Testing letak small toys dalam tuh  :)
Sebagai langkah berjaga-jaga untuk tidak tertukar dengan si adik. Maka abang pun terus tulis nama dia atas tuh. Bawak masuk bilik dia kat atas. Simpan pensel dua batang siap-siap terus :)))

Senang ajer kan nak buat? kitaorg buat ni lepas derang balik dari sekolah semalam. Dalam 30 - 40 minit dah boleh siap. Itupun kalau tiada sebarang gangguan. Make sure, lepas siap semua minta anak-anak kemas everything termasuklah basuh berus warna tuh. Masing-masing perlu bertanggungjawab atas apa yang dah dibuat.

Ok, itu ajer. Selamat mencuba semua.

You Might Also Like

9 comments

  1. kreatif...comel hasilnya tu, haaa boleh juga buat aktiviti macam ni dengan anak2 akak nanti

    ReplyDelete
  2. kreatifnya kak. boleh ana apply dengan syafi nanti. skrg ni pun ana dh start ajar syafi kemas setiap brg yang di sepahkan masa main. kena ajar mula skrg ni kalau tak nanti susah nak tegur dah :)

    ReplyDelete
  3. Bab rasa nak tarik rambut sorang sorang tu macam sama je hihi....Walau anak dah besar besar kekadang ada jugak tau sawan tu!
    Baguslah awak ni Nanny....sangat supportive. Rajin betul melayan anak anak bab bab gini. Si bongsu hakak tu suka jugak menterjemahkan idea mcm ni tp maknya tak kurang suka. Tak de tempat nak simpan..

    ReplyDelete
  4. bagusnyaa..budak-budak tu pun enjoy nengoknya

    ReplyDelete
  5. bagus jgk idea nih... nnti ujung minggu nk bt lah ngn aiyan, msti dia seronok sbb pencil dia pun banyak... bile bt bekas gini msti dia hargai betul2...

    seronok kalu bg kt anak2 bt aktviti gini kan kak,... nampak sgt mereka seronok n syg ngn benda yg diaorg dh bt

    ReplyDelete
  6. Aww, this looks fun! InshaAllah, once my baby is all grown up... I will make sure I have enough time to spend with him, doing something like this... so that the connection between parents-children is always there.

    http://panphila.blogspot.my

    ReplyDelete
  7. bagus idea ni. satu.. dapat penuhkan aktiviti bersama keluarga dan keduanya dapatkan la kreatifkan minda anak2 dgn kos yg minima. lepas ni kena plan mcm2 lagi la nmpknya. hehe

    ReplyDelete
  8. bagusnya. kecik2 dah kreatif belajar sendiri diy bekas pensil ;D

    ReplyDelete