Guru Berniqab Cantik Dalaman Tarik Perhatian Pelajar

By Wednesday, May 31, 2017 , , , ,

Assalammualaikum w.b.t

Hai semua!

Dahulu saya pernah terbaca kisah yang diviralkan tentang 'guru yang cantik / handsome' mampu menarik perhatian pelajar.

Baru-baru ini saya menyaksikan sesuatu yang menjadi 'eye opener' kepada saya bahawa kenyataan di atas dapat juga diubah menjadi sebaliknya. Asal hati bersih dan punyai karakter yang baik itu lah resepi PALING penting untuk memenangi hati seseorang murid.

Di sekolah anak-anak saya, terdapat 2-3 orang mua'llimah (panggilan guru perempuan dalam bahasa arab) yang memakai niqab. Kalau nak tau, guru-guru ini adalah antara favourite list pelajar-pelajar di situ.

Sorakan dan teriakan yang kuat memang jelas kedengaran ketika nama-nama mu'allimah ini disebut ketika menang cabutan bertuah dan memenangi anugerah guru yang telah dipilih oleh pelajar sendiri.

Bukan saya tidak melihat mu'allimah lain yang tidak memakai niqab tidak mendapat sorakan sebegitu rupa. Ada juga yang tidak memakai niqab, masih digemari anak murid mereka.

Tetapi

Point utamanya adalah tidak semestinya kita perlu cantik luaran. Cantik itu anugerah dari ALLAH SWT. ALLAH AL-Mushawwir telah membentuk manusia sebaik-baik kejadian.

Tidak perlulah berhabis beribu wang bagi menjalani pembedahan plastik, bermekap tebal hingga hilang 'seri'di muka hanya untuk membuat orang lain sukakan kita.

ALLAH SWT itu Maha Adil. Segala ciptaannya, ada kelebihan dan kekurangan. Jangan risau kalau tiada wang untuk mencantikkan wajah tapi risaulah jika tiada ikhtiar untuk mencantikkan akhlak dan jati diri.

Pelajar sekolah seeloknya sejak kecil lagi dipasak kan dalam kepala mereka bahawa, kecantikan paling utama ialah akhlak dan pakaian yang terbaik adalah TAQWA. Bukan melihat guru pendidik mereka sebagai suatu simbol kecantikan sahaja. Bimbang, jika niat utama ke sekolah tersasar pula.

Saya tanya anak saya "kenapa suka mu'allimah Siti (bukan nama sebenar) ?" 

"Ohhhhhhh..sebab dia best mama, baik. Suka main dengan kitaorang. Tak garang".

Alhamdulillah..didoakan semua guru dan kita sebagai  ibu-bapa sama-sama berusaha untuk  menunjukkan AKHLAK yang TERBAIK kepada anak-anak. Semoga mereka dapat melihat 'cantik' itu bukan sahaja dari luaran. Tetapi, segalanya lahir dari dalaman.


5 Ramadhan 1438H
31 Mei 2017

You Might Also Like

9 comments

  1. betul tu nany kecantikan dalaman lebih penting dari cantik luaran, hati yang cantik akan terpancar kecantikkan pada wajahnya.

    ReplyDelete
  2. cantik luar cantik jgk dalamannya,

    dana betul2 hormat ngn sedara mara sepupu2 yg berniqab nih, betapa istiqamahnya mereka berniqab nih,,, bkn blh suke2 je

    ReplyDelete
  3. Betul tu.. kalau cantik luaran tapi tak berakhlak pun tak guna juga. By the way, anak-anak ni memang sangat naif. Mereka tahu siapa yang menyayangi mereka.

    ReplyDelete
  4. Anak anak kecil kan kak, jujur aje jawapan :) Cantik luar dan dalam paling terbaik.

    ReplyDelete
  5. Cantik dalaman lagi penting sebenarnya. Lagi bagus kalau cantik luar dan dalam. 😄

    ReplyDelete
  6. amiiinnn. betul sangat tu. cantik dalaman lagi bermakna 😍

    ReplyDelete
  7. betul ru nany...tp kdg2 kita wanita ni nak istiqamah dari godaan kat luar tu yg payah..macam irda ni..banhak sgt yg menggoda utk cuba semua produk kecantikan..sudahnga terbeli juga..huhu

    ReplyDelete
  8. Betullah sangat tu Nanny....bukan hanya rupa paras yg menarik je dapat memenangi hati pelajar ni. Kalau harapkan cantik tp garang tak guna jugak haha...

    ReplyDelete