Kelas Art Pertama NanyFadhly! :)

By Monday, May 22, 2017 , , , ,

Assalammualaikum w.b.t

Hai semua!

Setelah bertahun menyimpan hasrat untuk membuat kelas art akhirnya terlaksana juga. Syukur Alhamdulillah... Sebenarnya, saya sangat nervous dan tak tahu nak mula macam mana. Tapi, nak tak nak saya push juga diri.

Langkah pertama, saya cari idea nak buat art class apa. Seterusnya saya cari sedikit kelainan dengan memasukkan unsur ilmu agama . Tujuannya supaya tidak berpisah ilmu dunia dengan  yang memberi sumber ilmu tersebut, iaitu ALLAH S.W.T

Semasa anak-anak pergi join kelas art di Artsistudio. Kadang-kadang saya akan tunggu dan lihat bagaimana mereka buat art tersebut. Dari situ, saya dapat idea bagaimana saya dapat merealisasikan impian saya ni.

Dalam banyak-banyak kelas art yang anak-anak saya dah join. Saya pilih "Monochrome Technique" sebagai pilihan. Alasannya, sebab tak terlalu leceh nak dibuat dan sangat sesuai dengan tema Asmaul Husna saya, iaitu "Al-Mushawwir" ( Maha Pembentuk )

Dari proses mencari idea dan membuat poster. Semuanya saya cuba lakukan sendiri. Untuk yang belum tahu nak buat poseter cantik-cantik boleh cuba "canva" software. Canva ini actually adalah 'graphic design software'.

Selain poster, ada banyak lagi yang kita boleh buat menggunakan "canva" ni. Antaranya ialah Facebook post, Twitter post, Pinterest Graphic, Instagram post, business card, logo ..etc. Nanti korang boleh google ajer "canva". Lepas tuh try and error sendiri.

Cabaran yang lain adalah berkenaan dengan tempat. Dalam kepala otak saya ini ada beberapa tempat yang menjadi pilihan di kalbu :

1) Rumah Sendiri
2) Akademi Alfan - Bandar Kinrara (BK5B)
3) LiyLin Studio - Bandar Kinrara (BK5A)
4) Taska Seri Idaman - Bandar Kinrara (BK4)

Setiap satu ada pros and cons. Lama juga la fikir termasuk lah kos sewa, target berapa ramai students nak muat dan facilities yang ada - whiteboard, kerusi meja, sinki dan toilet.

After few days memikir itu dan ini. Akhirnya, Akademi Alfan mendapat tempat di hati. Point terbesar yang saya dapat bila buat dengan Akademi Alfan adalah jumlah students yang hadir. Since owner Akademi Alfan ini memang guru tusyen di situ. Jadi , kelebihannya beliau mempu menarik hampir kesemua students tusyen di sana.

Lapan orang students dari Akademi Alfan dan tujuh orang students dari hasil saya war-warkan event ni di FB, IG dan Whatsapp group. Mula-mula cuma yang confirm ada 3 orang ajer. Last minute tuh, bertambah pula. Saya dari awal dah pasak dalam minda, kalau sorang pun student yang hadir, saya tetap akan jalankan juga kelas tuh. Inikan impian saya dari dulu lagi :)

Memperkenalkan "Monochrome Technique" art yang telah saya kongsikan dengan students saya pada hari Sabtu lepas.

Semasa hari kejadian, disebabkan sedikit masalah teknikal, maka tiada meja mahupun kerusi yang disediakan di dalam bilik tersebut. Tapi seriously, saya tak da lah terkilan sangat pun sebabnya saya tak rasa la benda tu buat saya stress. Hehehe..

Infact, kalau buat atas meja pun rasa macam tak cukup ajer meja tuh nak cover 15 orang. Jadi, kami semua buat di atas lantai yang dicover dengan kapet. Ok lah kan? saya memang dah ready awal-awal surat khabar sebab memang akan main dengan air dan warna arcylic. Susah pulak nak tanggalkan kesan kotoran kalau terkena kapet nanti.

When I am wearing two hats! A teacher and photographer. Memang tak menang tangan nak handle sesorang budak-budak ni. Gambar dari kamera saya pun tak banyak. Sebab kena fokus layan derang ni. Student paling muda ialah 3 tahun. Tapi sebab mak dia ada teman kan sekali. So, tade masalah nak handle dia. Lain-lain umur 6 - 11 tahun.

Langkah pertama, saya buat ice breaking dulu. Minta izin dari mereka untuk perkenalkan diri saya dahulu. Lepas tuh, baca Al-fatihah. Tanya mereka siapa tahu apa itu Asmaul Husna dan ada berapa jumlah nama-nama ALLAH yang perlu kita ketahui?

Inipun saya buat sendiri juga. Guna powerpoint ajer senang. HAHAH! Paling utama jangan miss point penting yang nak dikongsikan dengan students.

Kaitan Al-Mushawwir dengan "Technique Monochrome" ini adalah. Dapat melukis, mewarna dan menghasilkan karya yang terbaik.

 Antara step pertama adalah dengan menekap saja contoh bentuk yang diberi
Tak sempat nak ambil gambar langkah yang seterusnya. Masing-masing pun panggil "teacher, teacher..." HAHAHAH. Ni baru 15 orang. Imagined cikgu yang memang handle budak-budak 40 orang terus satu sesi! Memang hebat lah derang.
Wafiy, 7yrs old painting together with his mom :)
Well, monochrome bermaksud satu warna saja yang digunakan. Tapi perlu ada toning di situ. Dari warna gelap hingga warna cerah. Malangnya, ada students yang tak dapat apa yang saya cuba sampaikan. Takpalah, janji derang enjoy dengan kelas saya. Lagipun..dalam art tade salah ataupun silap. Agaknya, seronok kot dapat main-main dengan warna tuh. Hehehe...


Kesimpulannya, walaupun kelas agak kelam kabut sebab first time handle berseorangan dan dalam kuantiti yang agak ramai. Jadi, kalau ada peluang saya nak fokus dalam lima orang ajer dulu. Ataupun kena cari partner buat sama-sama. Mujur ada Hannah , anak solehah banyak tolong saya semasa kelas berlangsung. Keluar ke dalam tukarkan air untuk basuh paintbrush.

Saya juga sangat HAPPY dan ENJOY melayan budak-budak tu semua. Ada yang asyik tanya, "lepas ni buat apa? lepas ni buat apa teacher? " ataupun "teacher saya tak tahu la gunting, tolonglah buat untuk saya"  :) . Itulah ragam anak-anak kan? yang memang sukakan perhatian dari orang dewasa.

Tahniah anak-anak semua. Terima kasih Kak Fairuz dari Akademi Alfan. Banyak juga bagi support dan memberi dorongan pada saya. Thanks for making my dreams come true. Semoga business tusyen diredhai ALLAH S.W.T dan akak dimurahkan rezeki yer.

And to my beloved readers, kalau ada antara korang yang sukakan kelas macam ni juga. Jangan simpan dalam hati. Teruskan mengorak langkah yer. Semoga kejayaan milik kita semua. InshaALLAH.

That's All and Thank you for reading


You Might Also Like

8 comments

  1. bdk2 ngan art mmg suka...tahniah bole wat class camni

    ReplyDelete
  2. bagusnya nany buat kelas macam ni, akak suka tengok lukisan yang cantik tapi tak pandai melukis. kalau dekat boleh juga bagi anak2 join kelas art macam ni

    ReplyDelete
  3. Good job kak! Tahniah, bagusnya integrate islamic values in art. Bukan senang nak handle class seni ni. Fuhhhh Alhamdulillah tercapai juga impian akak.

    ReplyDelete
  4. Lawanya kak tu art. good job kak!

    ReplyDelete
  5. bagus nany....suke tgk nany manage anak2...lieya penah dengar kelas art, kelas music...mmg bagus utk stimulate brain anak2...bukan semate kelas belajar subjek aje...tu suke tgk care nany manage anak2.....

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah..sy pun minat art jugak but no talent at all..huhuhu

    btw canva mmg cantik dan practical untuk create poster

    ReplyDelete
  7. cantiknya...
    Anak-anak Amy suka aktiviti macam ni.

    ReplyDelete

Terima kasih di atas segala komen dan sokongan.