Resepi Homemade Yogurt Buah Yang Sihat Dan Lazat!

By Sunday, May 07, 2017 , , , , , ,

Assalammualaikum w.b.t

Baru-baru ini, saya ada buat yogurt buah sebagai pencuci mulut untuk seisi keluarga. Menariknya yogurt buah ni, kita boleh tahu berapa jumlah kandungan gula yang digunakan. Yerla, sebab kemanisan tu kita adjust yang sendiri. Disamping kandungan gula yang yang kita boleh kawal, buah-buahan yang digunakan juga adalah yang fresh sahaja!

Kalau pergi ke pasaraya tuh, jangan pergi ke kawasan makanan ringan sahaja. Bawa juga anak-anak kecil ke bahagian yang menjual sayur-sayuran dan juga buah-buahan. Hasilnya, anak-anak boleh belajar jenis buah beserta warna dan juga bentuknya.

Hannah, Umair dan Uwais setuju untuk membeli buah epal sorang sebiji, buah anggur tanpa biji dan buah mangga seketul dan buah betik sepotong yang saya beli di hari lain.

Cara nak buat pula sangatlah mudah. Korang hanya perlukan buah-buahan segar pilihan hati, yogurt perisa asli dan 2-3 sudu besar gula perang. Kalau dapat yang organik lagila terbaik!

Seterusnya, minta anak-anak tolong di dapur. Kakak setuju untuk mencampur gula ke dalam yogurt dan seterusnya kacau ajerla sampai gula tu hancur.

Si Abang pula sudah yakin untuk memotong buah-buahan. Cuma, sebelum potong tuh saya ajar dia dulu teknik pegang buah dan pisau yang betul. Tips lain, please make sure pisau yang nak digunakan itu memang tajam yer. Sebab kalau tumpul lagi bahaya.

Buah anggur merah tanpa biji ini sangat manis dan rangup. Sedap dimakan begitu sahaja!
Rambut masih basah sebab balik dari sekolah terus tak sabar nak buat yogurt buah. Mama suruh mandi semua dulu sebelum masuk dapur.

Buah betik saya beli sepotong ajer kat dalam Kiosk Stesen Minyak Petronas
Make sure pisau tajam yer aunties and uncles!
Tu jari adik. Sibuk lahai nak ppotong juga. Mama risau dah takut terkena jari adik.
Sedap sangat tau mangga ni. Saya beli sebiji sahaja dulu. Takut rasa dia masam.
Tugas yang paling senang untuk si bongsu. Campur semua dalam mangkuk.
Ready to mix up with yogurt!
Tengok la reaksi muka si Umair bila dapat masuk sesudu ke dalam mulut.
Nyumss!!!!
Senang jer kan nak buat. Owh yer..lagi satu. Kalau nak sedap saya guna yogurt dari Farm Fresh. Kalau yang Nestle tuh agak pekat sedikit. Anak-anak lebih sukakan yang Farm Fresh tuh lagi.

That's All & Thank you for reading!


You Might Also Like

18 comments

  1. Sedapnya yogurt buah. Lama tak makan :)

    ReplyDelete
  2. Wah..semua tolong. Lagi seronok mcm tuh..sama2 tlg sama2 makan. Terliur plak tengok..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah...time mama and anak2 dalam situasi yang terkawal and while their daddy is around. Memang semangat nak buat!

      Delete
  3. Rajinnya semua turun ke dapur menolong. Bertambah sedap lagi rasa yogurt buah tu bila mereka buat sendiri kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan selalu ni. Alhamdulillah..janji kalau task yang simple macam ni boleh la derang buat. Kalau dah smpi tahap merendang melontong tuh memang surrender la mak nyer nak bagi tolong masak sama-sama. HAHAH! tunggu besar sket lagi la tuh..

      Delete
  4. Sdapnya homemade yogurt buah tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap..dap..dap..dap! cuma tak leh simpan lama-lama. Kena makan kasi perabih teruih. Hehehe..

      Delete
  5. Sdapnya homemade yogurt buah tu

    ReplyDelete
  6. acik tgk pun dh tau msti sedap lagi2 bila bt bersama2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe...sedap tau Acik Dana! Cer try buat. Hehehe..

      Delete
  7. Tgok pon da terase kat tekak..sedappnyee...nak try nti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sejuk ajer lalu kat tekak ni. Tak manis sangat..just perfect rasenya. Jangan buh durian sudehhh~~~ Hehehe..

      Delete
  8. Sedapnya! terliur tengok. hehe pandai dah budak2 tu buat :)

    ReplyDelete
  9. rajin anak2 menolong, nampak sedap tu yogurt buah-buahan

    ReplyDelete
  10. Good idea! Tapi kat rumah ni karang sangat beli yogurt. Tak de budak kecik kotnya kan...

    Banyak jugak modalnya ye Nanny...dgn buah lagi. Tp tengok pun dah tau sedap!

    ReplyDelete
  11. Good idea! Tapi kat rumah ni karang sangat beli yogurt. Tak de budak kecik kotnya kan...

    Banyak jugak modalnya ye Nanny...dgn buah lagi. Tp tengok pun dah tau sedap!

    ReplyDelete
  12. rajinnya tolong mak potong buah..hehe..nad tak makan sangat yogurt..

    ReplyDelete

Terima kasih di atas segala komen dan sokongan.