DIY Bottle Bag

By Monday, June 19, 2017 , , , ,

Asslammualaikum w.b.t

Hai semua.

Aduhh..lamanya tak update cerita projek menjahit ni. Sebenarnya, sibuk dengan anak-anak nak exam. Korang tau tak, semenjak dua orang nak ni kat sekolah rendah, busy nya lain macam kalau derang nak exam.

Ditambah pulak dengan 11 subjek termasuk ( dinniyah subjek - Arab, Aqidah, Tajwid, Akhlak, Fikah, Sirah, Jawi) Dan silibus nya mampu buat korang rasa nak tarik rambut! HAHAHA

Bila dah sibuk, nak pergi menjahit pun takde masa. Tapi last week, saya gigihkan juga pergi ke Sewing world Gallery tuh. Tengok apa yang menarik untuk dijahit bulan ini.

Mata tertarik dengan projek gaun budak, bekas botol air dan satu lagi sampul surat gergasi. Hehehe... Nak yang paling praktikal dan pantas. Kalau boleh, nak siapkan kat situ gak. Takmo sambung buat balik.

Jadi, saya memilih untuk membuat bekas botol air. Yeayy!!! Alhamdulillah..dalam masa 2 jam ajer dah siap. Rupa-rupanya senang ajer nak buat. Lepas ni, boleh la saya jahit lagi.

 Cantik tak ?
Saya bagi bekas botol air ni pada Hannah. Nanti lepas raya dia boleh guna untuk bawak ke kelas horse riding. Kadang dia cakap dia tak nak bawak botol air sebab takut lupa tertinggal kat sana. Yerla, kalau letak dalam beg rasa selamat la sket kan. Sebab selalu kita sangkut kat badan ke hulu hilir.

That's All and Thank you for reading!

You Might Also Like

5 comments

  1. pandai menjahit...kita xminat menjahit..

    ReplyDelete
  2. Cantik kak. Pandai akak menjahit. Dah macam beli dekat luar 😄

    ReplyDelete
  3. Cantik dan kreatifnya kak :) akak memang berbakat

    ReplyDelete
  4. itu la nany.
    anak2 kita kalu nak exam, kita yg kelam kabut.
    subjek memang byk!
    sian anak-anak...

    ReplyDelete