DIY Props For Newborn Photoshoot

By Tuesday, June 20, 2017 , ,

Assalammualaikum

Hai semua!

Sungguh tenang dan mendamaikan bila melihat makhluk kecil comey lotey di depan mata. Buat apa pun tetap comey.

Terima kasih Ija! seorang rakan , sahabat baik saya di Kinrara yang meletakkan sepenuh kepercayaan untuk saya menjadi jurugambar newborn beliau. Saya akui, pada awalnya saya tidak begitu yakin dengan job yang diberikan.

Suami juga pesan awal-awal bahawa ambil gambar newborn ni merupakan sesuatu genre yang baru. Lain dari yang lain. Banyak gambar yang saya ambil sebenarnya gambar orang dewasa, kanak-kanak, makanan dan benda yang statik.

Ntah kenapa, saya terus cakap setuju pada Ija. Dalam hati kata, boleh kah aku buat? Dan ini juga merupakan official job pertama saya. Yer, yang dibayar. Sebagai newbie yang mulanya ambil gambar hanya sekadar suka-suka. Agar menjadi memori terindah buat saya, suami dan anak-anak. Supaya dapat diabadikan di dalam blog.

Nampaknya, mungkin selepas ni saya boleh consider untuk  perlu lebih serius dan melangkah lebih jauh. Banyak lagi kekurangan yang perlu diperbaiki. Alhamdulillah..suami saya banyak menyokong saya. Sebabnya? kamera dan photographer ni pun minat dia juga. HAHAH! tu yang dia pun boleh support sekali.

3/4 hari sebelum hari photoshoot, saya banyak google image newborn photoshoot di internet. Penting untuk saya dapatkan idea bagaimana mahu mempelbagaikan gambar nanti. Lagipun, newborn ni bukan macam kanak-kanak atau orang dewasa. Yang kalau suruh buat apa sahaja akan mengikut arahan.

Sempat juga layan beberapa video di youtube berulang kali. Hanya semata-mata untuk dapatkan teknik bedung yang betul dan stylo. Akhirnya berjaya juga buat! Comel sangat bila tengok baby seketul dalam kain yang dibungkus macam tuh. Rasa nak gigit ajer! hahaha!

Antara yang saya pelajari apabila ingin mengambil gambar newborn ini adalah. Ibu bayi tersebut perlu ada sepanjang waktu untuk menenangkan bayi. Maklumlah, newborn ni fragile. Sebagai seorang ibu saya juga memahami kehendak dan keperluan bayi yang baru lahir ke dunia. Sekejap-kejap mahu disusukan. Lepas tuh nanti, buang air besar. Kena cuci dulu.  Kalau sejuk sangat dia tak selesa. Panas sangat pun iya.

Maka, kunci kejayaannya adalah KESABARAN. Lagi satu, kalau bayi tuh tidur lena memang senang sangat keje kita. Buatlah posisi macamana pun..memang dia akan follow ajer. Tips lain, kalau boleh cari tempat yang sunyi sikit. Sebab telinga bayi ni kadang-kadang sensitif. Baru nak lelap, dah kena kacau dengan bunyi riuh rendah abang kakak bermain. Terkejut..terjaga. Menangis lah lagi.

Saya ambil masa lebih kurang tiga jam untuk tangkap gambar bayi Kaisah ni. Sebab nak kena susukan and tenangkan dia. No use kalau bayi moody and cranky kita tetap nak ambil gambar dia kan?

Antara props yang saya gunakan adalah :

Bakul ni saya beli di Supersave, IOI Mall Puchong. Harganya dalam RM18 ajer. Make sure masa bilih bakul ni, takder unsur benda-benda tajam yang terkeluar sebab takut bahayakan kulit bayi nanti. Saiz? ukur dari siku sampai ke penumbuk tangan korang. That's a perfect size for newborn!
Dok imagine sendrik. kalau letak baby seketul atas ni posing atas kerusi pun lawo kan?

Hairband yang sangat sweet. RM10 kalau tak silap. Beli kat booth dalam IOI Mall Puchong juga. Agak besar saiz nya. Tappi pandai-pandai la adjust masa ambil gambar tu kan?
Bunga plastik warna putih ni saya beli dalam Supersave IOI Mall Puchong juga. Nak selamat cari ajer warna putih sebab nanti gambar terus naik dan berseri. Harga nya saya lupa tapi kalau tak silap less than RM20.
Kain untuk bedung balut baby perlu yang stretchy dan tidak panas. Saya beli di KAMDAR dalam IOI Mall Puchong. Saya hanya perlukan setengah meter untuk setiap kain. Harganya semeter RM20.

Backdrop pula, saya bagitau Ija kalau ada kain cadar warna putih better kita guna ajerla. Tak perlu saya beli. Lagipun ini pertama kali saya buat keje photoshoot ni. Takut nanti kalau beli semua benda membazir sebab tak tau hasilnya macamnana. Alhamdulillah..Ija memahami.

Rupaya, dia memang dah ada kain warna putih jenis lycra. Wahhh..senang dan memudahkan! lebar dan panjang pulak tuh. Maka, tadi saya pergi ke KAMDAR dan mencari kain yang sama. Ada pun! harganya cuma Rm3 semeter. Jadi, saya beli 3 meter terus.
Ini pula untuk tujuan tabur-tabur atas kain putih. Saja-saja nak kasi colorful sket gambar. Beli kat DAISO, IOI Mall Puchong. Harga nya lepas GST dalam RM6. 



Balik kampung raya ni, saya planned nak ambil gambar anak buah yang baru ajer habis pantang. Kali ini lelaki. So, tadi sempat lah beli props untuk baby boy pulak. Haishhh! sungguh ku tak sabar.

Ok korang. Doakan lah urusan saya dipermudahkan dan dinampakkan jalan. Korang pun boleh cuba ambil gambar-gambar macam tu  di rumah. Buat ajer props sendiri. Idea boleh tengok kat google. Apa susah.. semuanya di hujung jari.

That's All and Thank you for reading


You Might Also Like

5 comments

  1. cantiknyaa babe. dah tak macam amatur dah ni. good job

    tapi betul babe. amek gambo baby (or kids) memang mencabar keimanan kan. hahaha tapi newborn tak banyak gerak kot. kalau yang dah gerak gerak tu mesti lagi mencabar.

    ReplyDelete
  2. omeyyy sgt! mmg dh tahap pro ni nany.. hasil cantik.

    ReplyDelete
  3. Cantik.. Bagus entey ni. Boleh saya jadikan rujukan utk buat photoshoot newborn saya kelak..

    ReplyDelete
  4. Wow...cantik....comel sangat...sy tak de photoshoot yaya...candid je banyak..hehe

    ReplyDelete

Terima kasih di atas segala komen dan sokongan.