Kupasan Menarik 30 Surah Oleh Ustaz Nouman Ali Khan!

By Thursday, June 15, 2017 , ,

Assalammualaikum w.b.t

Hai semua!

Sekejap sangat dah 20 Ramadhan. Terasa cepat sungguh masa berlalu. Fikir balik, apa yang aku dah buat sepanjang  19 hari Ramadhan berlalu? Semoga ALLAH S.W.T menerima semua amal kebaikan kita walau sebesar zarah sekalipun.

Dua / tiga hari sebelum Ramadhan, saya agak runsing dan berfikir apa aktiviti yang saya dapat buat di rumah consistently setiap hari . Bulan puasa tahun ni, clash dengan cuti sekolah. Jadi, kena fikirkan sesuatu yang praktikal sebab anak-anak ada kat rumah.

Di masjid berdekatan dengan rumah memang setiap tahun ada buat tadarus. Cuma, kemana awareness saya masa tu pun tak tahula. Kawan saya cakap, kena daftar awal bagi nama pada AJK masjid. Nanti derang akan uruskan pembahagian kumpulan. Terlepas sudah~~~

Masa dok kat Jepun dulu, kami ada buat group tadarus melalui whatsApp tapi itu dua tahun lepas. Kumpulan kami kecil ajer, jadi senang nak monitor dan update antara satu sama lain. Tahun-tahun yang sebelumnya, sebab saya bekerja jadi, setiap kali waktu lunch break, saya akan join group mengaji dengan PETRONITA ataupun saya dengar ceramah di surau. Rindunya dengan pengisian rohani yang begitu.

Tahun ini, satu kelainan pada saya bila saya dapat join program yang dianjurkan oleh Bayyinah TV. Program yang dikenali sebagai "Ramadhan with the Quran, 30 Surahs in 30 nights."

Semestinya disampaikan secara details oleh Ustaz Nouman Ali Khan. Penerangan yang terperinci terutama bagi mereka yang tiada background tentang bahasa Arab. Pada saya, gaya penyampaian beliau cukup bersahaja tetapi sarat dengan pengetahuan dan ilmu-ilmu yang bermanfaat.

Sehingga ke hari ini, Ustaz Nouman dah cover dari Surah An-Naba' hingga Al-Balad. Di dalam satu surah tuh dia pecahkan jadi 2-3 bahagian. Tapi, ada juga yang satu bahagian ajer. Kemungkinan kerana surah itu pendek ataupun isi kandungan ceritanya tidak terlalu banyak.

Kalau dengar apa yang dia cuba sampaikan dalam setiap surah di atas, saya sarankan kita letak Al-Quran yang ada tafsir sekali depan mata. Yang terbaik, bila Al-Quran kita tuh ada per-kata.Lagi senang nak faham. Sediakan pensel dan buku supaya senang kita nak tulis apa yang Ustaz Nouman cakap.

Sebelum ni, saya tak tahupun yang setiap surah tuh ada kaitan antara satu sama lain. Susunan ayat yang cukup unik tidak pernah buat saya terfikir " kenapa ya..ALLAH susun ayat ni macam ni" . Terdapat juga ayat kat surah sebelum atau selepas yang ada kaitan dengan surah yang dibaca.

Ianya memang seperti sebuah cerita yang tak pernah berhenti. Sentiasa ada kesinambungan. Kadang kala memang memerlukan kejian yang mendalam untuk sesuatu surah tersebut. Subhanallah! memang benarlah ayat-ayat Al-Quran ni mukjizat Nabi Muhammad S.A.W dan sesuatu yang tersangat Indah jika kita mampu memahaminya.

Setiap surah juga, Ustaz akan menerangkan ada berapa perenggan yang boleh diceritakan. Perenggan awal berkait dengan perenggan terakhir. Dalam surah At-Takwir, ALLAH ada menceritakan bagaimana penurunan kitab Al-Quran dari Luh Mahfuz, melalui Malaikat Jibrail A.S. Dari langit turun ke bumi. Melewati bintang-bintang yang ada. Part yang saya rase awesome ialah, bagaimana ahli-ahli tafsir cuba menceritakan kaitan bintang-bintang tersebut, Malaikat Jibrail, kaum Arab Quraisy, Al-Quran dan Nabi Muhammad S.A.W.

Di waktu itu, semua malaikat yang ada di langit melapangkan kawasan dan memberi jalan untuk Malaikat Jibrail A.S turun ke bumi untuk menyampaikan wahyu kepada Nabi Muhammad S.A.W. Betapa agungnya ayat-ayat suci Al-Quran ini. Malangnya, kita sekarang lebih suka menjadikan ayat-ayat Al-Quran hanya sebagai perhiasan dinding, berlawan siapa yang paling banyak menghafaz surah. Bukannya salah. Tetapi, kita tidak boleh lupa dengan tujuan utama penurunan kitab Al-Quran ini.

Sesiapa yang berminat nak cuba dengar boleh pergi ke website derang kat sini http://bayyinah.tv/ 
sign up dan bayaran yang dikenakan adalah sebanyak 11USD sebulan. Saya planned cuma nak subscribe yang ini ajer. Lepas tuh, mungkin boleh bagitahu pihak bayyinah if nak stop kan langganan camana.

Don't worry sebab derang memang sangat effective berkomunikasi. Hantar ajer email..InshaALLAH derang akan balas. Tapi tade lah satu hari tuh boleh dapat. Bayyinah ni based die kat Dallas, US nuh. Beza masa and hari lagi.

So, untuk malam 10 terakhir ni..apa kata kita isi juga masa yang terluang dengan mendengar kupasan menarik dari Ustaz Nouman Ali Khan di Bayyinah TV. Pergi ke drop icon "Ramadan 2017" untuk cari surah-surah yang dah ada.

Selamat mengejar Malam Lailatul Qadar semua! Malam yang lebih baik dari 1000 bulan.

That's All and Thank You For Reading!

You Might Also Like

5 comments

  1. bagusnya ada program macam nikan. InshaAllah moga kita semua bertemu lailatul qadar

    ReplyDelete
  2. Dekat Youtube ni memang ada a few ustaz yang Nani suka dengan ceramah dia orang. Simple dan mudah sangat kita nak faham. Seronok bila dapat tahu bend yang kita tak tahu sebelum ni pasal Al Quran. Selamat mengejar 10 malam terakhir. Moga Allah kurniakan yang terbaik buat kita semua. Amin 💕

    ReplyDelete
  3. nnti kite usha2... sambil2 menambah ilmu n kefahaman

    ReplyDelete
  4. Bagus program ni ������

    ReplyDelete

Terima kasih di atas segala komen dan sokongan.