Baraan Raya - Kunjung Mengunjung Jiran Sekampung

By Thursday, July 06, 2017 , , , , ,

Assalammualaikum w.b.t

"Baraan"

Bahasa jawa yang bermaksud - beraya , kunjung mengunjungi ke rumah jiran tetangga secara berkumpulan. Dari pagi sehingga lah siap semua  rumah.

Antara tradisi unik yang masih dikekalkan kat kampung saya sehingga ke hari ini. Cuma, bilangan ahlinya sudah semakin kurang kerana ada yang dah keluar dari kampung / meninggal dunia.

Kebiasaannya, baraan raya bermula pada hari raya ke-2 dan ke-3. Kalau tahun ini, raya ke-2 orang lelaki dan raya ke- 3 orang perempuan. Maka, sistem nya bertukar pula pada tahun hadapan.

Aktiviti baraan  pada mak dan ayah saya serta penduduk tetap di Parit 5, Kampung Sungai Pergam,  ini adalah suatu perkara yang WAJIB bagi mereka lakukan.

Dulu, masa kami masih bujang. Mak dengan ayah selalu suruh kami join. Saya selalu mengelat, malas nak pergi. Sebabnya, takde kawan dan agak memenatkan untuk pergi dari satu buah rumah ke rumah yang lain sampai lah ke rumah yang akhir. Sabar ajerla kan?

Kalau nak join baraan ni, kenderaan yang digunapakai adalah motosikal / basikal. Memandangkan, geng-geng naik basikal ramai dah tader. Jadi, semua pun upgrade naik moto ajer.

Untuk raya tahun ini, saya dan adik perempuan yang number 3 turut serta menyertai baraan raya. Tapi, kitaorg naik MyVi terus. HAHAHAH!

Yerla, moto yang boleh guna pun ada 1 ajer. Lepas tuh, nak bawak tentera kecil lagi. Dengan skill merempit kitaorg pun dah tade. Kang tak pasal-pasal jatuh masuk dalam parit pulak kang!

Pagi dalam pukul 9 lebih macam tuh, baraan raya batch pertama sampai ke rumah. Penuhlah jiran menikmati kuih raya dan sate ayam yang ayah saya tempah. Makanan ikut budget tuan rumah. Takde la semua rumah hidang makanan berat-berat. Kadang tuh, bila dah banyak sangat stop rumah untuk beraya, nak makan pun tak lalu. Jadi, minum ajerlah kan. Kadang tuh..minum pun tidak. Masuk borak sekejap lepas tuh jumpa tuan rumah. Salam bermaafan lepas tuh sambung pula rumah orang lain.



Semua gambar di atas adalah suasana baraan di rumah kami
Antara rumah yang ada signature dish masing-masing adalah contoh rumah kitaorg. Hidang sate. Rumah Kak Esah- Mee Rebus. Rumah Kak Mah Kedah- laksa. Rumah ketua kampung - Bihun sup. Rumah Abang Rahim/Kak Ros - Bihun goreng, Rumah Kak Zi/ Wak Mokhti- rojak buah, rumah Bokde Tipah - laksa.

Memang kalau makan dengan banyak bertambah-tambah ko takkan larat nak beraya dah. Rasa nak bersandar ajer kat tiang rumah tuan tanah. Hahah!

Nasib baik, tuan rumah pun bijak, derang guna mangkuk yang kecik ajer. Boleh lah muat 2-3 sudu laksa/ bihun goreng dalam mangkuk tuh.

Makan laksa di rumah Kak Mah Kedah
Ini di rumah Kak Mah Kedah. Jiran selang beberapa buah rumah dari rumah kami. Ini jer kanak-kanak ribena yang ikut pun. Yang lain syok main kat rumah sama-sama.
Memandangkan saya ni bukan lah penduduk tetap lagi di kampung. Maklumlah, dah bekerja dan berkahwin. Maka, ramai juga muka-muka muda yang saya tak kenal langsung. Sebab kadang cucu or menantu orang kat sana. Yang saya kenal tuh memang saya tegur lah bersalaman.

Di rumah yang seterusnya, Abang Rahim/Kak Ros.
Minta umi bukakan bekas biskut raya :)
Bila semua orang dah bersurai, Hannah pun makan dengan gembiranya bihun goreng yang dijamu oleh tuan rumah. Memang sedap! saya pun rasa lah  juga sesudu dua.
Kitaorg sebenarnya main ngelat sebab dah langkau few houses. Takperla, janji dapat juga bawak anak-anak ni merasa beraya kat kampung.

 Motor yang banyak-banyak tuh lah geng baraan. Rumah seterusnya rumah ketua kampung .
Amikkk!! bihun sup pulak sebagai hidangan tetamu. Fuhh...sedap bangat! Ini hasil air tangan tok ketua sendiri yer.
Menikmati keropok ikan. Dekat sebalang habis dimakannya.
Rumah ini sangatlah kampung yang masih dikekalkan bentuk dan struktur nya. Walaupun nampak sangat usang, tapi syok sebab sejuk. Banyak lubang-lubang dekat papan tuh yang menjadikan ianya aircond semulajadi.
Enjoy sangat budak-budak ni makan kuih raya.
Rumah terakhir kitaorg beraya baraan. Saja lah mengusik budak-budak ni, ada crocodile tau dekat bawah tuh. Walhal, air pun takde. Penuh rumput ajer kot. Beriya la  yang kecik tuh nak tengok crocodile. In your dream la sayang oii...nanti balik UK ajak ummi gi tengok kat zoo lah yer nak!

Dapatlah kami cover dalam 5-6 buah rumah macam tuh. Bila dah minum air banyak sangat, tangki pun penuh. Nasib rumah dekat. Meh le kita balik rumah opah and atuk yer.

Bila tanya Hannah, dia kata BEST! seronok sangat sebab dapat duit raya and makanan yang pelbagi jenis. HAHAH!

Mama dulu lagi best kot. Naik beskal ajer..lagi survival dengan kawan-kawan. Tapi apa nak buat kan? zaman sudah berubah. Hannah dan adik-adik pun bukan penduduk tetap kampung macam mama ngan papa dulu.

Syukurlah, masih ada kampung. Jadi, mama ambil kesempatan ni untuk bagi Hannah rasa erti 'beraya' di kampung mama. Memang menggamit kenangan sangat!

Terima kasih korang sudi baca entry kali ini. Salam sayang dari saya anak kampung :)


You Might Also Like

7 comments

  1. Time hari raya macam ni la kita dapat luang masa ziarah adik beradik yg dah lama tak jumpa kan

    Salam aidilfitri

    ReplyDelete
  2. Kat kg pakcik baraan belum habis lagi.
    Giliran rumah pakcik hari sabtu ni.

    ReplyDelete
  3. Seronoknya kak. Meriah nampak. Patut kekalkan tradisi mcm ni supaya silaturrahim yg di bina berkekalan. Tp tu lah, bila org tua byk dah xde, anak2 susah nak teruskan kerana duduk jauh kan.

    ReplyDelete
  4. bagus diteruskan amalan baraan ni.. merapatkan lagi silaturrahim

    ReplyDelete
  5. Wahhhh layan baraan nampaknya. Kalau kat kg hakak panggil marhaban. Tak pernah ikut pun. Rumah mak kg pun tak ambik marhaban ni.

    Ha a, kalau masak untuk marhaban mmg tak payah banyak banyak. Tak habis, kang membazir pulak.

    Menu sate paling faveret tu

    ReplyDelete
  6. I tak penah lagi join. oh memang asing asing ek lelaki perempuan?

    hari tu ada join my MIL pergi rumah dekat dekat. 3-4 rumah je pun. singgah, makan minum balik. rumah last tak larat dah. duduk bersimpuh , sengih sengih pastu balik. hahahaa

    ReplyDelete
  7. seronok beraya ramai2 macam ni kan, masa raya ni lah kita nak kunjung mengunjung jiran tetangga kan. akak pun bawa anak2 bejalan raya, bagi mereka tahu macammana rasanya hari raya

    ReplyDelete