Hari Keceriaan Kelas Di Sekolah Integrasi Islam Puncak Jalil

By Sunday, July 23, 2017 , , ,

Assalammualaikum

Hai Semua!

Sempena Hari Keceriaan Sekolah SRIIPUJ baru-baru ini, kami ibu bapa dijemput sekali untuk menghias kelas anak masing-masing.

Selepas berbincang dengan guru dan ibu bapa melalui whatsapp. Maka kami sebulat suara memilih tema 'outer space' untuk kelas Hannah dan 'gaden' untuk kelas Umair.

Maka, bergigihla mak yang sorang ni mencari idea di Pinterest dan google. Walaupun dinyatakan hari keceriaan kelas cuma sehari sahaja.

Tapi saya rasa memang tak sempat nak buat semua dalam satu hari. Lagipun, memandangkan ianya diadakan pada Hari bekerja, Jumaat. Maka, bukan semua ibu bapa dapat join turun padang. Ada yang menyumbangkan idea dan juga kewangan. Alhamdulillah..Ok sangat dah tuh kan?

Jom tengok apa yang makcik ni sibuk sangat dok buat.

1) Hiasan di luar pintu kelas :

Dengan bantuan guru kelas, saya minta students tekap lengan hingga ke tangan di atas kertas bersaiz manila kad. Kertas-kertas ni semua saya beli di Mydin USJ. Bukan apa, murah dan tentunya banyak pilihan.

Seterusnya, kena lah lukis dan warnakan apa sahaja mengikut kreativiti masing-masing.
Dan saya susun serta gam semuanya di atas kertas warna hitam tuh. Tulisan dan bintang-bintang tuh semua saya buat manual sendiri.

Bila semua dah siap. Maka bermula lah proses menampal bendalah ni ke atas pintu kelas mereka. Untuk memastikan ianya kekal lama tidak dikoyak dan diusik oleh para pelajar, saya alaskan dengan plastik meja makan pulak. Penting tau! kalau taknak ada yang menangis di bucu meja nanti. Bhahahah!

Agak letih juga sebab tak proper planning. Terlupa beli plastik ni, jadi kena keluar lagi pergi cari kat kedai hardware. kalau tak silap saya beli semeter sahaja RM5. Kalau yang nipis pun ada, RM3.50 semeter. Kedai hardware ni terletak di PUJ 3.
Next,

2) Mengecat semula dinding kelas :

Kelas ini actually dah dicat oleh guru kelas mereka. Sangatlah rajin sebab cat sorang-sorang masa awal-awal sesi persekolahan dulu. Tapi biasalah, bila dah lama cat pun ada yang terkopek dan dinding pun kotor sedikit. Jadi, kita touch up lah ramai-ramai yer.

Berebut lah derang ni dapat peluang mengecat. Seronok kot kan..gelek berus pengecat tuh. Pandai-pandailah korang buat giliran yer anak-anak. Mungkin ada yang pelik, kalau tema 'outer space' kenapa dinding warna ungu?

Hahaha..sebabnya, masa cat ni dulu takde tema pape pun. Ini warna pilihan students sendirik. Dan kami agak kurang rajin untuk mengecat dengan warna lain. Takpa lah..ungu pun ungu lah. Sweet kan?
Jam dinding dah rosak. Jom kita ganti baru yer! Harga di Mydin RM9.90. Saya beli dua buah jam dinding. Satu lagi untuk kelas Umair.

3) Print astronaut template di Google
Saya search saja di google image 'astronaut template'. Macam-macam bentuk dan rupa yang keluar. Pilih yang berkenan dan print. Oh yer! sebelum tuh, saya ada ambil gambar derang sorang-sorang. Passport style. Kalau tade kamera canggih, pakai ajer kamera handphone boleh yer.

Gunakan piring kertas yang bersaiz kecil dan tampalkan template tadi ke atas piring kertas tersebut. Tapi sebelum tuh, suruh pelajar warna yer. Nampaklah ceria sket! Warna pulak tak perlu semua sebab uniform astronaut kan warna putih. Contoh di bawah :

 Proudly shown their works!
Bila dah semua siap. Silalah susun di atas kertas berwarna hitam mengikut kreativiti masing-masing. Saya letak bendera Malaysia untuk nampak 'penuh'. Sebenarnya, saya juga ada tuliskan nama masing-masing di setiap gambar mereka. Cuma, tak ambil gambar pula.

Saya tulis sendiri angka dalam bahasa Arab ni. Beli pinggan ni pun kat dalam GIANT bahagian birthday and party. Ada dua corak. Nampak corak yang ni masuk dengan warna cat dinding kelas. So, cepat ajer tangan ni amik terus. Ngam-ngam pula da 20 keping. Cukuplah untuk tulis arabic number from 1-20 :)

Marker pula gunakan yang tip hujungnya yang ada bentuk macam nak buat tulisan khat tuh. Cantiklah sikit hasilnya nanti .
Stackable motivation words ni saya cari di FB TcherCollection. Follow ajer ikut arahan. Lepas tuh siap!
Tampal lah kat mana yang sesuai.  Sebelah kanan tuh pun saya cari di TcherCollection di FB. Print dan hantar di kedai untuk lamination.

4) Subject Section
Untuk subject section, belum penuh lagi. Kami masih berusaha. Tampal dulu lukisan apa yang ada dan beberapa poster mata pelajaran yang dah siap. English dan Sains.

Lantai kelas pula dialas dengan tikar getah berwarna biru bercorak seperti :

Bila dah alas dengan tikar getah memang nampak agak luas, kemas dan cantik.

Idea untuk kelas Umair pula ( Darjah 1 )

Memandangkan temanya adalah "garden" jadi banyaklah pokok dan bunga di sana-sini. Kita mulakan dengan pintu luar. Pada saya, pintu luar sangat penting untuk dihias. Ibarat seperti ingin membaca buku cerita. Kadang tuh saya tertarik dengan ilustrasi pada muka hadapan buku tersebut. Lepas tuh baru kita belek dan baca. Best ke tidak? Hehehe..

Jumlah kelas Umair ini ada 17 orang kesemuanya. 11 orang murid perempuan (banat) dan selebihnya adalah pelajar lelaki (banin). Seronok bekerjasama dengan anak-anak ni. Rajin tolong especially part tampal-tampal gam selotape dan mewarna.

Pokok tu dibeli oleh salah seorang dari ibu pelajar kelas tersebut. Selepas itu saya handle sepenuhnya. Idea menggunakan buah epal juga dari beliau. Saya ambil gambar-gambar pelajar dan edit di microsoft power point. Kemudian , gunting dan saya minta pelajar semua warna gambar mereka. Sepatutnya aunty suruh warna merah sahaja. Lepas tuh ada juga yang nak kaler warna-warni. Aduhh..feninnn aunty. Tapi takperla, itu kreatif namanya. Ok! kita layankan ajer :)
Last touch, macam biasalah. Kita tampal dengan platsik. Words biru tuh saya beli di Mr.D.I.Y saja. Bunga-bunga comel kat bawah tuh saya tak tau sebab ianya juga sumbangan dari parents di kelas tersebut.

Anyways, patutnya nak letak matahari kat atas bucu tuh. Tapi saya dah tersilap anggaran semasa mahu melekatkannya. Takperla, less is more gitu kan?

Bahagian subjek masih lagi kosong. Kena usaha tambahkan banyak lagi kat sini.
Bahagian matematik pula saya buat yang macam ni. Simple ajer :)
Anak-anak murid bekerjasama untuk membuka gam double sided tuh. Thanks semua!
Untuk angka-angka di dalam bahasa arab itu saya buat sama sahaja seperti kelas kakaknya. Cuma yang ni angin rajin terlebih. Saya menggunakan marker dan paint brush.
 Pinggan kertas ini pun saya beli di GIANT.
 Acrylic paint 
Bila dah siap semuanya. Saya tampal atas kertas kad manila. Pemilihan warna-warna terang akan menyebabkan suasana kelas nampak lebih ceria.
 Hiasan papan putih di dalam kelas. Bunga sebelah kanan tuh asyik tercabut ajer. Dah beberapa kali saya betulkan. Agaknya kena guna gam gajah atau UHU kot baru boleh lekat.

Masih kosong dan perlu lagi sesuatu untuk ditampal di sini.
Di suatu sudut belakang kelas ada rak buku comel. Belli di K-Mode Marketing di Puchong. Harganya cuma RM127. Ada yang agak mahal of course lah saya beli yang ni kan. Lagipun yang mahal sket tuh kaler pink semua. Tak sesuai pulak rasanya.

Tikar getah untuk kelas Umair warna hijau dan coraknya macam rumput-rumput kecil. Cantik lah di mata saya sebab masuk sangat dengan tema. Hehehe..

Well, I am not done yet for both classes. InshaALLAH..ada masa nanti kita sambung balik yer. In fact memang ada yang dah print tinggal nak laminate and lekatkan ajer.

Untuk saya, cabaran lain adalah bab kekemasan. Pada usia mereka sebegini memang kena selalu sangat ingatkan untuk simpan semua barang di dalam bekas pensil letak semula buku di rak yang disediakan, telekung perlu dilipat dengan kemas.

Semoga kekal cantik dan yang paling penting adalah bersih dan kemas yer anak-anak semua. Oleh itu, mari kita ibu bapa terapkan dari rumah kepentingan menjaga kebersihan dan kekemasan semenjak di rumah lagi.

That's All And Thank You For Reading




You Might Also Like

7 comments

  1. kagum nye dengan kegigihan ibu nany dan anak2..cantik.kelas hasil.kerja bersama2 ni..alhamdulilah

    ReplyDelete
  2. Masa sekolah dulu, qktiviti keceriaan kelas lah yg plg di tunggu. Bila kelas dh ceria, semangat nak belajar tu naik lah juga. :)

    ReplyDelete
  3. Cantikkk! Seronok tengok masing masing semangat nak cantik dan deko kelas :)

    ReplyDelete
  4. waaaaaaaaaa kagumnya sya....

    akak mmg berbakat betul... bunga kt kelas umair tu lwo lah kak... dana klu tgk diy bt bunga suke simpan tp bunatnya entah bila ntah...

    ReplyDelete
  5. bestlah ibu bapa pun join cantikkan kelas anak2, nany pun kreatif sangat, cantik hasilnya tu

    ReplyDelete
  6. Wahhh. Cantiknya..saya dulu sangat suka hias kelas...hihi...

    ReplyDelete
  7. Mmg cerialah jadinya kelas anak anak. Baguskan bila ada idea dan kerjasama dari ibu bapa mcm ni.

    ReplyDelete

Terima kasih di atas segala komen dan sokongan.