IBRAH dari seorang anak

By Thursday, July 27, 2017 , , , , , ,

Assalammualaikum

Hai Semua!

Umair anak kedua kami. Ketika usia mencecah 1 tahun 5 bulan, dia sudah bergelar seorang abang.
Jadi, masa untuk saya spent bersama dia sangat terhad. Yerla, bila dah ada baby memang banyak masa kena layan baby. Bila baby tidur, masa tuhlah kita sibuk nak buat kerja rumah.

Memang akan ada rase bersalah terhadap si abang. Walaupun mama cuba yang terbaik, ada kalanya impian itu tidak kesampaian.

Saya banyak missed moment dia yang tidak sempat untuk saya betul-betul hargai. Berlainan dengan si kakak anak sulong yang memang masa kecilnya saya banyak 'ambil bahagian'. Folder gambar si kakak memang banyak , tak pernah missed every milestone setiap bulan.

Bila terbiasa kurang perhatian dari kecil maka sehingga sekarang dia seoarang anak yang agak berdikari. Terus terang, saya tidak langsung meletakkan high expectation untuk dia cemerlang di dalam bidang akademi.

Cukuplah dia mampu membaca, mengira , berkawan dan suka pergi ke sekolah. Namun, saya tetap memberi sepenuh galakan dan dorongan. Adik si bongsu pun dah besar.

Memandangkan Umair lahir pada bulan  12, saya kira dia akan agak terkebelakang berbanding rakan-rakan. Dengan itu, saya belajar untuk merendahkan pengharapan ( low expectation ) terhadapnya.

Umair masa baby :)
Masa ni umur dia baru setahun , 5 bulan dan si adik baru beberapa hari keluar dari perut :)

Ketika berusia 4 tahun, Umair sempat setahun belajar di tadika di Little Caliph. Lepas tuh kami semua ke Jepun. Maka ketika usia 5 - 6 tahun setengah saya homeschool di rumah. Apa lah sangat yang saya boleh buat dengan dia di rumah memandangkan saya juga sibuk dengan kerja-kerja di rumah. Pergi pasar, memasak dan hal yang lain. Badan juga perlukan rehat.

Berbekalkan ilmu 4 tahun die bertadika dahulu, mampu juga kami sama-sama membaca rumi, mengira dan membaca sedikit IQRA'. Lain-lain banyak art & craft sebab mama dia lebih minat dan sukakan bidang tuh.

 Project homeschooling saya masa dok kat Jepun dulu.Subjek ejaan berkonsepkan lapbook.

Mujur mama ada rekod buat kenang-kenangan Umair masa berusia 4 tahun.

Balik dari Jepun, Umair 6 tahun 6 bulan. Saya hantar dia di Tadika Little Caliph di Puncak Jalil. Macam biasa, tak banyak yang saya harapkan dari dia. Lepas tuh siap ada exam akhir tahun lagi. Mama memang lepas tangan sungguh masa ni kat dia. Sebab alasan, baru 6 tahun kot.

Lepas tengok kertas soklan peperiksaan and report card, memang seperti yang kuagak..jawi yang paling teruk. Mana-mana kertas soalan yang ada tulisan jawi memang dia tak mampu nak buat. Takperla, kami redha ajer.
  
Bila masuk standard one, saya nampak perubahan yang ketara pada akademi Umair. Walaupun saya tahu yang perjalanan masih terlalu jauh untuk Umair. Tetapi, besar IBRAH dan PENGAJARAN hidup yang saya belajar dari anak ini.

Bila kita betul-betul faham konsep bahawa anak-anak kita unik dan tak sama dengan yang lain. Kita akan menjadi lebih bersyukur dan sentiasa tenang dalam apa sahaja situasi.
Kita raikan sahaja kejayaan anak-anak walau apa pun keputusan mereka. Apatah lagi bila kita sudah buat 'agreement' dengan anak-anak. Jangan cuba nak mengelat sebab takut mereka akan hilang kepercayaan kepada kita.


Bukak ajer report card papa dia terkejut. Aikss! dah kenapa? sebab masa tuh saya tengah fokus pada Hannah. Tak tengok pun report card dia. Ikhlas saya katakan, saya lebih fokus pada si kakak. Tup, tup bila tengok result dia dapat number 1 ni memang terkejut lah , tak sangka.

Reaksi saya?

Saya terus peluk dan cium dia masa tuh jugak. Depan guru mereka. Ya! saya sangat excited sebab saya tiada letak sebarang harapan yang tinggi pada Umair. Lagi la musim peperiksaan yang lepas ketika itu bulan Ramadan.

Alhamdulillah.

Sungguh saya terpana sekejap dengan nikmat kegembiraan yang ALLAH berikan ini. Tahniah abang! tahniah kakak!

Hadiah masing-masing dah claimed pada papa a.k.a banker in the house. :) Mama dan papa sentiasa doakan kejayaan anak-anak.

Jadi, marilah kita sama-sama hargai anak-anak kita. Apa yang penting adalah usaha kita niatkan untuk ALLAH S.W.T semoga mereka menjadi anak-anak yang soleh, solehah dan pejuang-pejuang Islam.

That's all and thank you for reading!

You Might Also Like

10 comments

  1. tahniah abg Umair... moga terus berjaya

    ReplyDelete
  2. tahniah umair..semoga terus cemerlang,betul tu sebagai mama akak pun tidak meletakkan harapan yang tinggi untuk anak2 cukuplah jika mereka pandai membaca dan mengira.

    ReplyDelete
  3. Tahniah Umair....Aunty tumpang gembira. Tak de ibu yg tak happy tgk anak dia cemerlang. Walau lemah mcm mana sekali pun dia, sebagai ibu, hakak tetap meletakkan harapan yg tinggi. Moga cetusan hati ibu jugak jadi doa...

    ReplyDelete
  4. Tahniah Umair. Semoga terus cemerlang dan jadi kebanggaan mama dan papa 😄

    ReplyDelete
  5. sebak bila sampai part last. good job umair. semoga terus berjaya dan terus menjadi contoh yg baik utk siblings. tahniah mama & papa.

    ReplyDelete
  6. Tahniah Umair. Sedih pula ana baca kak. Ana baru ana sorang. Kalau ade rezeki syafi dpt adik, mcm mana lah dia nanti. Sbb skrg mmg terlalu manja dengan Ana.

    ReplyDelete
  7. from the first sentence till the end,sebak hati ini membaca,rasa nak bergenang air mata.ALmaklum irda ni sentimental sikit.first irda sebak
    1.bestnya nany,anak rapat dua tu,senang dah tua nanti,anak sama besar
    ii,bagusnya nany sebab 4 tahun dah pergi litttle caliph,even masa kat jepun nany aajr anak2.masuk malaysia balik umur 6 tahun tadika balik.paling nak menitis bila tengok repot card umair,alhamduillah,he so clever,syukur,im so happy too.Guess what what me wanna cry?my alya the only kids i have,i do know how the journey,cause im not so good mother,but i want good outcome from my daughter,something i should learn from all of this story.

    insyALLAH,alya memang akedemik tak berapa sangat.aktiviti lain pun tak macam mana dia.sebab dia ni cengeng,anak manja,cucu manja,cause she the only one currently.doa sangat dia ada adik2 soon,so dia ada semangat bersaing untuk jadi terbaik macam umair dan hannah,they both good partner at home.each other can talk and sharing kan..alhamdulilah syukur nany,moga anak2 membesar dengan cemerlang dan berjaya dunia akhirat.doakan alya juga ya.

    and doakan alya ada more siblings juga..hehehe...bye dear..i don know sometimes my comment macam dah boleh buat satu entry pula,,cause i enjoy reading parenting..hehehe

    ReplyDelete
  8. apa banyak sangat typo and tunggang langgang grammar..hahah nampak tak komen dalam emosi tu..kikiki,eh nak tambah sikit,masa 4 tahun umair g little caliph tu pun dah bagus tu.alya 4 tahun gendong ngan nenek dia je...hahaha

    ReplyDelete
  9. Wahhh tahniah umair...semoga lebih success...inshaAllah =)

    ReplyDelete
  10. Kasih sayang yg sebenarnya is from the mother.

    ReplyDelete

Terima kasih di atas segala komen dan sokongan.