Resepi Cekodok Planta Crispy di luar & lembut di dalam.

By Monday, July 17, 2017 , , ,

Assalammualaikum w.b.t

Pertama kali saya makan cekodok planta ni masa kat kampung. Mak lah yang introduce. Memang sedap sangat! lemak manis disukai ramai.

Kalau takde planta, korang boleh gantikan dengan butter. Pun sedap juga! Cuma, kena tunggu dulu lah butter tuh lembut. Senang nak uli dengan tepung.

Antara bahan-bahan yang diperlukan adalah :

1) Tepung Gandum  - 5 sudu besar
2) Susu pekat manis - 2 sudu besar. Kalau nak manis, tambah lagi satu sudu yer
3) Panta atau butter - saya guna butter
4) Sedikit air - 1-2 sudu besar
5) Minyak untuk menggoreng

Kaedahnya sangat mudah. Gaulkan dahulu semua bahan 1-4 hingga sebati. Kemudian, dah last sekali tuh baru letak air. Part yang ni kena pandai agak-agak. Jangan cair sangat adunan, nanti serap minyak pula. Try bulat-bulatkan and acah-acah drop dalam bekas kita buat adunan tuh.



Bila dah gaul sebati. Nanti akan melekit di tangan. Jadi, ianya normal. Melekit disebabkan susu tadi tuh. Bila dah tekstur adunan begini... dah OK and ready to fry.
Bila minyak dah panas, boleh lah kita gorengkan cekodok tadi. Jangan lupa golek golekkan cekodok  dalam minyak tadi. Dah nampak garing , boleh angkat dan toskan.

Alhamdulillah...dah siap pun! One of the menu bekal bento anak-anak ke sekolah.

Senang kan? Selamat mencuba semua.

Thanks For Reading.

You Might Also Like

12 comments

  1. wah menarik menu cekodok ni nanti boleh akak cuba bahannya memang dah ada didapur tu

    ReplyDelete
  2. menarik nih... nk try lah.... selalu biasa cekooodok bilis n bwg, kalu manis cekodok pisang je kn

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Macam sedap ajer...tak pernah buat lg cekodok mcm ni =)

    ReplyDelete
  5. telan ailio I. i dahla suka makan planta/merjerin/butter seangkatan dengannya. hahahha.

    okay benda senang boleh lah try

    ReplyDelete
  6. Senangnya kak! kalau macamni bolehla buat minum petang dekat rumah sewa saya ni ha haha.

    ReplyDelete
  7. Sedapnyaaa! Nak try jugaklah nanti.

    ReplyDelete
  8. Senang je bahan2 nya.. ni yang teringin nak buat ni. tgk gambar tu pun dah kecur liur

    ReplyDelete
  9. Butter tu banyak mana Nanny?
    Mmg tak pernah buat ni...nantilah bila bila boleh try

    ReplyDelete