Resepi Topping Coklat Menggunakan Serbuk Vico / Milo

By Tuesday, July 25, 2017 , , ,

Assalammualaikum

Pagi sebelum subuh tadi dalam kelam kabut nak menyiapkan bekal sekolah anak-anak. Saya sempat google resepi topping coklat yang paling mudah dan cepat. Apa tidak nya, serbuk koko yang ada pun dah expired bila check tadi.

Kesimpulannya, bahan-bahan nak buat topping coklat ni memang sentiasa ada dalam almari dapur ku itu. Empat bahan asas yang perlu korang ada untuk membuat topping coklat ini adalah :

1) Serbuk vico / milo
2) Susu pekat manis
3) Air panas
4) Butter

Kaedah nya memang pantas dan berdesup. Takde dah double boil ke ape ke. Main campak semua dalam kuali / periuk. Bhahaha!

Yerla, kita pagi-pagi kena kejar masa. For me, everything must be done before 6.00 am. Sebab nanti kita sendrik nak mandi, solat and if sempat baca Al-Quran. Dapat baca selai pun jadi dah. Alhamdulillah sangat!

Anyways, sukatan nya agak-agak. Tapi tadi saya buat begini :

1 cawan serbuk milo
Air panas dalam 2-3 sudu besar ajer. Letak sket-sket.
Sedikit butter ( Agak-agak macam 5 gram ajer )
1 sudu besar susu pekat manis.

Lepas tuh kacau-kacau atas api sampai pekat likat. Kalau nak cair sket, letak lah lagi air. Bila dah sejuk dia akan mengeras juga. And if nak cairkan balik, just hidupkan api dan panaskan semula.

Saya buat apa dengan topping coklat nih?

Owhh...nak salut mini donut bekal anak-anak buat pergi sekolah. Asyik salut dengan gula ajer kan. Kita tukar pula salut dengan coklat.

Abaikan rupa yang tak menarik tuh. Tapi yang pasti sempat lah anak-anak bersarapan mini donut bersalut coklat ini tadi. Sedap katanya menjilat jari.

Ok sangat resepi ni sebab yang asal ada dan senang nak buat. Dan ini full menu untuk bekalan mereka ke sekolah :

Bila sendiri makan. Fuhh!! the taste is not bad. Especially  bagi saya yang memang gemarkan coklat. 

Last but not least, selamat mencuba pada yang ingin mencuba yer. Nak letak atas kek pun boleh rasanya sebab resepi awal yang saya jumpa pun memang untuk topping kek coklat.

Terima kasih untuk owner blog yang sudi berkongsi resepinya :http://eyzafye.blogspot.my/2012/11/kek-coklat-topping-milo.html

That's All and Thank you for reading!

You Might Also Like

5 comments

  1. udahla tak jd topping pun dh sedap... bila jd toopping lg lah nyum3

    ReplyDelete
  2. Lama dah tak membaking Nanny, lama jugk tak mendonat...jadinya mmg tidak jugaklah mentopping hihi...

    Aduh ...seronok betul anak anak bekfes sedap tiap tiap harikan...

    ReplyDelete
  3. wah simple & sedap!yang penting anak-anak suka!

    ReplyDelete
  4. Adoii. Nkkk.. Milo ada kat rumah ni. Tapi nk celop dgn apa pula ni. Laparr Hihi

    ReplyDelete
  5. Adoii. Nkkk.. Milo ada kat rumah ni. Tapi nk celop dgn apa pula ni. Laparr Hihi

    ReplyDelete