Aku Sebatang Pen

By Monday, August 14, 2017 , ,

Assalammualaikum w.b.t

Pulang dari sekolah minggu lepas, anakanda Hannah dan Umair bagitahu saya.

"Mama, darjah 1 buat karangan aku sebatang pen, darjah 3 buat sajak. Nanti Mu'allimah pilih untuk masukkan dalam majalah sekolah"

Okey..mama memang suka layankan anak-anak perkara yang melibatkan sekolah. Walaupun tak terpilih, tapi biar dia rasa semangat untuk melibatkan diri.

Penglibatan diri itu sekaligus melatih mereka untuk menjadi seorang yang proaktif dan ingin mencuba.

Saya mulakan dengan Umair. Agak mencabar sebenarnya untuk beliau yang berusia  6 tahun 8 bulan ini membuat karangan. Jadi, saya duduk bersama-sama dia, bukak laptop dan seterusnya menaip di word.

Bukan taknak tulis terus di atas kertas, tapi rasa lambat la pulak sebab nak generate ideas. Nanti kena tulis, padam, tulis dan padam.

Tugasan Umair adalah mencari nama pen, kemudian kami sama-sama tengok kat google dari mana asal pen tersebut. Fikirkan warna pen tersebut dan harga nya sekali. Seterusnya plot cerita yang bagaimana dia inginkan.

Oh yer! sebelum tu. Masa saya driving pagi sebelumnya..saya sudahpun bercerita ( sambil drive sambil cerita ) . Kisah aku sebuah kereta. Kami sama-sama buat cerita dari mula hingga lah tamat riwayat kereta tersebut. Santai saje..sambil gelak-gelak!

Dari situ, Umair sudah faham dan ada sedikit gambaran tentang tugasan karangan bertajuk "aku sebuah pen'.

Dalam masa 30 minit, maka siaplah karangan kami.

Awalnya, saya tanye .. "So, Umair..any idea how to end your story?" Jawabnya " Kan..adik Raziq main pen. Lepas tuh dia terlupa nak tutup pen tuh..jadi nanti keringlah dakwatnya"

Ohhhh!!! sama macam apa yang dah jadi banyak kali dalam rumah ni. He speaks through his expereniece. HAHAHAH!

So, complicated to write. So yes. I made it simple and easy to digest untuk budak darjah 1. And most important, he understood and approved it.

Akhir sekali, selepas diprint kertas yang bertaip tuh. Saya minta dia salin semula di atas kertas A4. Saya percaya, dengan kaedah menyalin semula ni, saya boleh bantu dia dalam bab 'punctuation'. Alaa...ape ntah panggil kot BM ? Tanda bacaan kot yer?

Huruf besar, huruf kecik, tanda noktah dan tanda soal. Macam Umair, saya memang suruh dia buat sendiri dahulu. Lepas tuh baru nampak kesalahan-kesalahan dia. Saya perasan, bab menulis ni walaupun nampak OK dan boleh dibaca. Tapi punctuation nya masih banyak yang perlu dibaiki.

Baru separuh, malam tadi suruh siapkan tapi dia taknak buat pula. Katanya, malam ni. Let's wait and see!

Memang bersabar sangat dengan Umair yang wataknya Feeling ni. Sangat moody! Kalau mood die baik, dia akan buat. Tapi kalau die taknak. Memang sampai sudah dia taknak. Itu part yang paling mencabar untuk saya tackle.

Perlukan consistency dalam bercakap dan menguruskan emosinya. Hari-hari memang berdoa minta pada ALLAH SWT semoga dilembutkan hati anak-anak mama. Patuh pada perintah ALLAH dan agama.

Semoga mama tidak putus asa mendidik dan berdoa untuk anak-anak semua.

That's All and Thank you for reading!


You Might Also Like

8 comments

  1. darjah 1 dh kena wat karangan..mmg mencabar minda anak2 skarang

    ReplyDelete
  2. bagus kalau kita bersama-sama dengan anak2 baut kerja macam ni kan, dapat juga bagi penerangan pada anak2, sukalah akak bab belajar cara santai dengan anak2 ni,biar anak tak rasa tertekan

    ReplyDelete
  3. InsyaAllah Mudah-mudahan kak. Semoga anak2 kita semua berjaya menjadi anak soleh / solehah dunia akhirat hendaknya.

    ReplyDelete
  4. darjah 1 skrng ni dh susah kena buat karangan dh.. huhu.. kesian dorang

    ReplyDelete
  5. Mama yg bagus ni. Tak kenal penat dan malas demi anak anak. Baguslah awak ni Nanny.

    ReplyDelete
  6. teringt kenangan zaman sekolah rendah dulu hehehh...

    aku sebatang pen, aku sepasang kasut hehehe...
    bgs karangannya kak, ringkas n padat gitu

    ReplyDelete
  7. comelnya karangan macam ni. memang mengembalikan semula nostalgia zaman sekolah rendah. best je rasa feeling buat karangan time tu. :D

    ReplyDelete
  8. hehehe... ending tu memang tak boleh tahan tu umair..aunty senyum je baca ...:)..bte good job nany..bukan senang nak buat karangan utk usia 6 tahun tau..sebabnya kita dah biasa buat karangan yg lebih berat..hehe

    ReplyDelete