3 Sebab Utama Mengapa Alfan Archers Jadi Pilihan Kami

By Thursday, August 03, 2017 , , , , , , , , , ,

Assalammualaikum !

Sambungan dari ujian personaliti dari STIFin hari tuh membongkarkan rahsia kebolehan dan kemahiran yang ada pada anak-anak. Ingin saya tegaskan, bahawa ianya hanyalah ujian berdasarkan imbasan kesemua cap jari kita. Jadi, masih ada faktor luaran yang kadang kala menyebabkan kita akan  rasa "ye ke aku cam tu?" "macam tak jer anak aku nih"

For me it depends. Sebab kita yang mencorakkan mereka dari kecil kan. Tu sebab lagi bagus kalau kita dapat detect apa personaliti mereka sejak dari usia muda. Dapat juga jimat masa, tenaga dan wang dalam memilih enrichment class anak-anak.

Sebagai contoh, sekolah swasta bukan pilihan semua parents. Kalau jadi pilihan pun mungkin faktor tidak cukup bajet maka hasrat untuk memasukkan anak mereka ke sekolah tersebut terpaksa dibatalkan. Saya percaya, kesemua ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak masing- masing.

Pada yang mampu, mesti terfikir apa enrichment class yang paling sesuai untuk anak-anak. Kadang fenin juga fikir.  TERBAIK untuk kita tidak semestinya TERBAIK untuk mereka. Jangan dipaksa jika itu bukan minat mereka.

Sekalipun mereka patuh, tetapi hasilnya tidak akan pergi jauh dan mantap. Mereka tetap akan buat tetapi hasilnya ala kadar sahaja. Nanti kita yang kecewa sebab tak mencapai apa yang kita mahukan dari mereka.

Kelas memanah merupakan salah satu aktiviti yang sesuai untuk orang jenis Fi ( feeling introvert ). Cuma cabaran mereka adalah bergantung kepada 'mood'. Perlu jaga emosi mereka sebelum dan sepanjang kelas.

Suasana dan teknik pembelajaran juga memainkan peranan penting bagi memastikan mood orang jenis Fi ini sentiasa terjaga.

Saya perhatikan,  Umair yang kini berusia 6 tahun 8 bulan sangat sukakan kelas memanah ini.  Antara faktor yang menyebabkan Umair suka kelas memanah dengan Alfan Archery Club adalah :

1) Coach 

 One of my favourite shot during the class. The coach know very well how to make them laugh :)
Professional. Never once I saw him yelled or mad at the children.
Comel ajer bila coach suruh "OSOM" sebab nak tentukan sape yang dapat extra turn

He still new . Jadi, perlukan lebih perhatian dari coach.

Coach atau cikgu pada saya sangat memainkan peranan penting. Hatta, kalau kita ade tengok iklan sekolah-sekolah atau tadika swasta punya motto, visi dan konsep memang melopong lah baca. Bombastic habis! tapi 'in real world' hampeh...isi kosong takde pape. 

So, biarlah sekolah biasa-biasa sahaja tetapi kalau tenaga pengajar memang bagus yang passionate dalam bidang masing-masing maka dia akan sangat WOW bila mengajar. Ala..macam  hashtag #cookedwithlove, #madewith love...tapi ini #teachwithlove gitu. Faham kan?

2) Kelas Yang Tidak Membosankan

Bila guru pun awesome maka suasana pembelajaran pun sangatlah menyeronokkan. Masa memula saya join tengok kelas derang ni memula ingatkan shoot ajerlah smpi arrow ko habis. Hahaha!

Tapi tidak yer ibu-ibu, bapak-bapak sekalian. Banyak aktiviti lain yang coach ni buat. Antaranya, dengan menggunakan botol mineral.

Students kena aim their best untuk shoot kena pada botol mineral ni. Nampak mudahkan? tidak sama sekali. Hehehe...

Girl power. Aim the best sweetie!
Next, is movement target.

Coach akan gantung kotak polysterene ni kat pokok. Lepas tuh nanti dia akan gerak kan bagi kotak tuh berhayun. Coach tanda guna daun kering atas kotak tu untuk dijadikan rujukan kat mana sepatutnya student perlu shoot.
Gaya berdiri dengan cara yang betul untuk memanah juga akan diajar. Jadi takderla ke laut sangat hasil panahan kita tu nanti. Scara peribadinya, ia adalah  aktiviti yang mencabar daya fokus dan kekuatan otot.

Fuhhhhh!!!! Ekspressi muka sangat Umphhh!
Sebelah mata ajer bukak. Sebelah lagi tutup.
Lagi?

Ade Obstacles Games :

Students perlu menghabiskan task  untuk :

1) Walk and Shot
2) Walk and Backshot
3) Moving Target

Menariknya semua tasks ini perlu dihabiskan dalam 60 saat. Gunalah arrow banyak mana pun.

Ini video Umair during the obstacles games :

video

Kelas selama 2 jam ini memang berbaloi sangat kalau bagi anak pergi. Full of excitement and fun!

Sila follow IG mereka di sini : https://www.instagram.com/alfan_archers/ 

Dan FB pula di sini : https://www.facebook.com/AlfanArchers/

Boleh contact number phone yang ada pada FB page mereka tu yer.

3) Yuran yang murah!

Ok..sorry guys. Murah dan mahal itu sangat subjektif. Bergantung kepada keadaan ekonomi masing-masing.

Cuma nak habaq maii...yuran ialah sebanyak RM60 per month. Kelas sebulan sekali tapi boleh request kalau nak join lebih dari sekali. Bow, arrow dan keperluan lain saya dah lupa. Gomennasai!

Tapi korang jangan frust pulak. Boleh ajer contact owner Alfan Archers tuh. Beliau sedia membantu. Eh..lupa pulak! trial class pun hado uollss.

Saya paling suka kalau ade trial2 class ni. Free lak tuh.. jadi, boleh la tau kalau anak kita minat atau tidak  aktiviti tuh.

That's all for now and thank you for reading!





You Might Also Like

4 comments

  1. Bagus belajar memanah ni. dalam islam pun digalakkan :)

    ReplyDelete
  2. bgs lah kak.... tgk cara depa nk target tu pun mcm nampak berkarisma gitu

    muke masing2 tu mmg nampak konpiidentt

    ReplyDelete
  3. Wow bagusnya....nanti nak serapkan yaya juga untuk memanah...hihi

    ReplyDelete
  4. umair nampak cute je pegang n focus memanah mcm tu..60 permonth masih ok tu..utk kelas yg baik untuk anak2..kdg2 kita makan kat cafe hipster.pun sekali makan 60..nanti nak tulis entry..nyesak duk cafe hipster..hehe..kdg2 ilmu ni bukan semua tempat ada kan..jd bagus juga masih ada kelas2 sebegini disediakan
    ..nanti nak observe alya ni FI ke tidak ya..so far nampak dia semua tak.minat..keje asyik main congkak je..huhu....berlawanaln betul dr mak dia...huhu

    ReplyDelete