Pengalaman Menghantar Anak Di Bricks4Kidz Bandar Kinrara, Puchong

By Tuesday, August 08, 2017 , , , , , , , , ,

Assalammualaikum w.b.t

Memandangkan salah satu cawangan Bricks4kidz ini sangat lah dekat dengan rumah kami. Maka mohler kite beramai-ramai ke FREE trial class mereka.

24-1, Jalan BK5A/3B, 47180, Bandar Kinrara, Puchong ( 016-6390931)


Sebenarnya, kelas dengan Bricks4Kidz ini bukan sekadar bermain LEGO sahaja. But, it's beyond that! 

Pembahagian kelas akan dibahagikan mengikut umur anak-anak. Kumpulan A terdiri dari anak-anak yang berusia dari 7 tahun ke atas manakala kumpulan B adalah mereka yang berusia kurang dari 7 tahun ( 3- 6 ).

Main LEGO pun kena asing-asing ke?

Haa..inilah kelainan yang ada dengan Bricks4Kidz kerana mereka menggunakan teknik S.T.E.M. dalam membuat model mereka.

S- Science
T- Technology
E- Engineering
M -Math

Untuk Hannah dan Umair yang masing-masing berusia 9 dan 7 tahun, mereka akan diberikan tugas khas yang bergantung kepada tema minggu tersebut. Contohnya, macam hari tuh. Tema nya adalah berkaitan dengan CHAMELEON

Instructor pada awalnya akan menerangkan apa itu Chameleon. They used projector and the students will watch the story and science about it at the screen. Ini kira macam ala-ala Animal Planet takpun Discovery Channel. 

Habis saja video dan penerangan tu , then barulah mereka akan membina model Chameleon masing-masing.

Terdapat dua jenis manual untuk setiap minggu. Warna biru agak susah dari yang hijau. Tak sangka pulak, trial class derang haritu dapat terus yang biru. Jangan berpeluh sudah yer anak-anak. Mama nak korang having fun while learning. Bukannya yang sampai berkerut dahi . Hehehe..
Ini set yang akan diberikan kepada setiap pelajar di dalam kelas. Kebanyakannya memang kecik and halus. Yang kalau kat rumah ni, masuk bawah lemari memang terus hilang dari pandangan. Unless gigih angkat and alihkan almari tuh. HAHAH! ( Part tak suka bila mengemas LEGO yang kecik)

Tekun masing-masing cuba menyiapkan model masing-masing. Parents memang tidak dibenarkan masuk ke dalam kelas. Jadi, mama cuba ambil dari pintu kaca luar ajer lah yer. 

Kenapa saya cuba masukkan mereka di kelas Bricks4Kidz ini?

Sebab yang pertama adalah bila dapat tahu yang Hannah dan Uwais adalah pengguna otak kiri bahagian atas. Thinking type of person. Antara kekuatan mereka adalah menganalisa dan fokus. Ditambah lagi dengan jenis darah Hannah dan Umair adalah B iaitu kreatif. Jadi tak salahkan kalau mencuba.

Masa yang diberikan adalah 1 jam. Tetapi, menurut owner Bricks4Kidz ini, kebiasaannya memang akan drag smpi 30-45 ninit. Haa...bukan senang rupanya nak siapkan satu binaan. Perlukan kosentrasi yang tinggi. 

Perlu ikut manual yang diberikan. Kalau tersalah pasang, kena bukak and pasang balik. Dahla benda alah tuh kecik halus. Jenuh la mama nak tunggu. (walhal boleh ajer nak balik dulu dah kata dekat sangat kan dengan rumah.. cheh!)

Nampaknya, memang orang jenis Thinking (Hannah) siap terlebih dahulu dari orang Feeling (Umair). Mungkin juga sebab kakak dah besar , subjek pula terus level yang susah bagi 1st timer. Jadi, agak ambil masa untuk Umair siapkan rekaan nya. Takperla, janji siap walaupun lambat.
Yang lebih awesome bila rekaan derang ni boleh bergerak. Wahhhh!!! mama yang excited lelebih tauu! Hahahah!

 

Untuk si adik berusia 5 tahun. Rekaan nya lebih mudah dan bilangan murid juga tidak terlalu ramai. Kalau tak silap, kurang dari 10 orang. Tema harituh adalah tentang 'bulb light'. Cikgu akan menerangkan dahulu tentang kepentingan cahaya kepada anak murid dan apa yang selalunya kita buat bila black out. 

 Rekaan mereka lebih simple dan straight forward sahaja.
Memula die berkepit dengan mama. Dok kat bawah sekali dengan mama. Then, slowly die pergi dekat meja and kerusi die tuh. Terliur lah tuh tengok LEGO!

Taraaa!! hasil akhir binaan Uwais. Apa yang saya lihat, cikgu nya sangat mementingkan penjagaan space yang betul di antara blok LEGO tersebut bila membina model. Bila dah habis kelas, macam biasa saya tanyakan feedback kepada instructor.

Untuk Hannah katanye walaupun a bit slow, tapi die lepas level blue tu. Tapi untuk Umair, maybe kalau die nak masuk kelas ni, die kena turunkan level sket. Start with green level.

Sebab die banyak juga minta tolong dari kakak masa dalam kelas tuh. Cikgu pun ada gak tolong dia.Takperla, for me as long as derang enjoy and tak terseksa dalam kelas. Then, should be fine. InshaALLAH...

Bab yuran pula, sebulan kelas 4 kali dengan bayaran sebanyak RM160.00. Deposit RM160 untuk sebulan. Ni kess kalau tetiba nak cancel untuk bulan tertentu . Kita still boleh pegi kelas pada bulan tersebut  tanpa sebarang bayaran.

Mama masih berfikir lagi nak masukkan ke tidak sebab ada lagi kelas lain yang tengah dok survey. Iaitu kelas khas untuk orang jenis Thinking ( Hannah and Uwais ). Yang itu  kita update next entry yer.

That's All and Thank you for reading!




You Might Also Like

7 comments

  1. Macam best ajer kelas ni...saya pula yang berminat =)

    ReplyDelete
  2. bdk2 join kelas briks ni menguji minda diorang berfikir bila nk bina sesuatu tu

    ReplyDelete
  3. bagusnya ada trial kelas. boleh cuba dulu anak anak sesuai ke tidak kan

    ReplyDelete
  4. bagusnya program macam ni. bukan sekadar lego sahaja tapi menerapkan stem dalam tu. memang membantu daya kreativiti dan kritis thinking kanak2 ni

    ReplyDelete
  5. Bermain dengan ilmu ni namanya....bukan setakat bermain tapi ada objektif nak buat apa. Baguslah Nany aktiviti mcm ni.

    ReplyDelete
  6. best jugak ye kelas ni tapi jauh lah pulak

    ReplyDelete
  7. Bagus ye kelas macam ni. Byk info ana tau dr blog nany ni. Sebelum ni tak pernah tau pun. Huhu

    ReplyDelete