Pengiktirafan Anak-Anak

By Thursday, August 17, 2017 , , ,

Assalammualaikum w.b.t

Setiap dari kita adalah berlainan kan? Cara  untuk sentiasa bermotivasi juga ada pelbagai cara. Saya sebenarnya sedang mencuba teknik parenting dari STIFin.  Lepas kenal MK ( Mesin Kecerdasan) anak masing-masing. Jadi, saya terus nak apply.

Saya cuba pada Hannah dulu sebab dia punya MK macam senang nak buat. Orang jenis Thinking Introvert ini perlu diberi pengiktirafan dari guru-guru atau ibu bapa mereka untuk memotivasikan mereka.

Agak tricky di situ sebab pengiktirafan ni pada saya yang jenis naik atas pentas lepas tu kena annouce satu alam lah tentang kejayaan dia kan? Tapi macam susah nak achieve sebab yang tuh event besar kat sekolah. Itupun kalau die ade achieve something. Last year, Alhamdulillah...dapat jadi Tokoh Pelajar Perempuan di sekolah. Sampai mak nye pun kena delivery speech. Huuuu...

This year, belum tahu lagi. Tapi saya tak kisahpun sebab saya selalu pesan pada dia dan diri saya sendiri. Apapun pandangan dan kritikan adalah dari manusia. Tidak terlalu penting jika dibandingkan dengan pengiktirafan dari yang MAHA ESA, ALLAH S.W.T

Oklah..step pertama yang saya ambil adalah dengan menggantung sijil-sijil penghargaan dan pencapaian Hannah semasa dia bersekolah di Tokyo IQRA' International School (2015-2016)

Takder la banyak sangat, tapi not bad lah kan dalam masa setahun lebih tuh dapat juga achieve something. Dengan izin ALLAH of course.

Selama ni mama simpan ajer dalam file elok-elok. Sebab saya sendiri pun bukan jenis nak menggantung sangat pun. Alasan nyer kena drill lubang. Tapi, nak drill kena tunggu husband buat. Kalau dia balik ader jer keje lain kena settlekan. Kah! banyak sangat alasan ko kan. Hahah! Tapi ini dah settled..lega nya lahai. Kalau tak 'sakit' mata juga tengok frame ni bersusun atas meja.

Ini sebenarnya, 5% ajer lah usaha untuk sustain her energy to keep learning and studying. Selebihnya, kena lah juga berusaha. Kalau setakat gantung sijil tapi tak buat pape pun tak guna gak kan? hahah!

Untuk Umair yang MK nyer "Feeling Introvert" tak payah bagi pengiktirafan sebab die banyak main dengan emosi. Dalam hati ada taman gitu. Jadi, haruslah mama menjaga emosi nya. Dalam kata mudah, mood jangan bagi ke Laut Andaman. Kalau tak, hilanglah bunga dalam taman.

Korang pulak reward anak camane?

That's All and Thank you for reading!



You Might Also Like

4 comments

  1. For now my baby baru 14months so kalau dia buat apa2 cakap clever than clap hands... Tu pun dia dah happy... So cara nany ni saya boleh cuba buat bila dia dah start dapat sijil nanti... Hiii

    Jemput jalan ke blog saya...

    https://sihatbertenagabyfarhah.wordpress.com/2017/08/13/pengalaman-puan-yaya-naikkan-hb/

    ReplyDelete
  2. wahh..hebatnya hannah jadi tokoh pelajar...im proud too..banyak juga hannah dapat sijil masa kat jepuj tu ya..hebat hannah...betul.tu nany bab2 grill ni bukan kita xpandai..tp memang tu keje en husband kan..hehe...cantik dah trsusun..meati hannah senyum.manis tengok sijil2 dia.cant imagine how she feel..bijak nany..hemm nanti nak cari jugakah apa.yg buat alya jadi motivasi..hemm dia pergi keluar pun bawak bebear lagi...perasan baby...apa ya nak buat dia biar jadi mcm hannah

    ReplyDelete
  3. seronok tengok sijil bergantungan. bangga kan

    ReplyDelete
  4. Good step kak. Boleh bagi semangat dan inspirasi untuk dia lebih berjaya akan datang :)

    ReplyDelete

Terima kasih di atas segala komen dan sokongan.