Resepi Cekodok Ikan Bilis Yang Sedap!

By Thursday, August 10, 2017 , , ,

Assalammualaikum w.b.t

Tak tahulah pulak cekodok yang menggunakan air panas mendidih sehingga 100 degree celcius tuh dah jadi viral.

Sebenarnya, mak saya kat kampung memang dah lama buat cekodok macam ni. Jadi, masa tahu tu tade la hairan sangat. Mungkin kehairanan dan keajaiban bagi orang first timer nampak dan tahu tentang teknik menggunakan air panas itu.

Hehehe..

Apapun, bagus juga berkongsi resepi yang senang dan sedap ni. Dapatlah kita merasa sama-sama walupun yang buatnya orang lain-lain. Eh!

Saya buat cekodok ni untuk kudap-kudap budak balik dari sekolah. Kalau tak dalam kereta nanti bising macam anak ayam..cip..cip..cip.. ( mana makanan? lapo la...nak makann ) Hahah! Kadang bikin stress yang tengah drive ni tau.

Bahan-bahan ;

1 cawan setengah tepung gandum - Ini pun depends nak makan berapa orang. Untuk seorang dewasa dan tiga kanak-kanak pada saya terlebih pula. Jadi, next time..saya akan buat 1 cawan tepung sahaja. Unless kalau husband ada kat rumah, boleh la saya mantain kan sukatan yang ini.

1 cawan setengah air panas yang betul-betul panas - Maksudnya, bukan yang suam-suam kuku ataupun suam. Saya memang masak bebetul atas api sampai mendidih.

1 sudu kecil garam - Saya masukkan ke dalam air panas yang sudah mendidih. Kacau rata. Tujuan nya untuk mendapatkan rasa masin yang sama rata bila tepung sudah disirami dengan air panas ini.

Setengah genggam ikan bilis - Tumbuk bagi hancur. Tak payah halus sangat pun takper

3 ulas bawag merah - Didadu atau ditumbuk kasar ( saya tumbuk kasar ajer )

3 tangkai daun bawang - dihiris halus

Cara-cara ;

Masukkan ikan bilis ke dalam tepung. Kemudian, tuangkan air panas mendidih yang sudah diletakkan dengan garam ke dalam tepung.  Dengan menggunakan sudu atau sudip, sila kacau dengan perlahan-lahan sehingga adunan menjadi sebati.


Adunan akan melekit dan tekstur nya kelihatan seperti lembik ajer bila digoreng. Tapi jangan risau, sebab itu semua pandangan mata kasar uolss ajer.

Next step, masukkan bawang merah yang telah siap ditumbuk dan akhir sekali masukkan hirisan daun bawang.

Panaskan minyak. Sementara tuh korang gentel-gentelkan adunan tepung  tadi menjadi bulat. Ikutlah size besar mana yang korang suka. Semalam saya buat besar sket dari saiz guli.

Sorrylah, saya nak cepat sebab nak amik budak-budak dari sekolah. Jadi memang tak sekata or sama saiz semuanya. Heheh...

Oh yer! make sure basahkan tangan dengan sedikit air sebab kalau tak nanti bancuhan ni akan melekit melekat kat tangan.

Bila minyak sudah panas, matikan api. Kemudian masukkan satu persatu cekodok ni ke dalam minyak tersebut. Tujuan api dimatikan sekejap adalah untuk mengelakkan kulit cekodok dari crack sana dan sini. Lepas tuh, sila hidupkan semula api yer. Jangan lupa pulak, kang sampai ke sudah cekodok uolls jadi "badak berendam minyak" pulak!

Goreng sehingga permukaan kulit cekodok kelihatan perang keperangan. Angkat dan toskan minyak. Lepas tuh boleh lah sedia untuk dimakan.


Jangan lupa sos cili sebagai pencicah yer!

Kalau hujan-hujan lagi lah layan makan cekodok ni. Gandingkan pula dengan kopi 'o' panas. Fuh..sure terangkat!

Selamat mencuba semua!

That's All and Thank you for reading!


You Might Also Like

7 comments

  1. dh lama dana kenal ngn cekodok ngn air pns nih tp tak sangka baru2 ni je viral...
    mak mmg suke bt cekodok ngn air pans tp tak la dibulat2kan gitu tp pakai msk biasa je, speselnya dlm dia lembut sgt n luar rangup

    ReplyDelete
  2. Saya pernah buat macam ni...tapi tak minat...hahaha...prefer yang biasa jugek...kikiki...letak air biasa ajer...tapi tak lawo la

    ReplyDelete
  3. Sedaaaap ni kak Nany. Kadang kadang kalau rajin buat sambal sardin sekali. Heheh. Nikmat!

    ReplyDelete
  4. nampak sedap..
    Nenek Amy memang buat cekodok pakai air panas ... memang sedap. Amy je yang pakai air sojuk :)

    ReplyDelete
  5. memang selalunya kalau buat cekodok suka guna air panas sebab tak payah tunggu lama bila masak. singgah sini jadi pembaca baru blog ni :)

    ReplyDelete
  6. Ha a....cekodok air panas ni sebenarnya dah lama, rasanya tahun lepas lagi. Pernah jugak try. Pernah jadi dan pernah hancur dlm kuali hihi....

    Hari tu ada makan kat rumah sepupu, minyak tak boleh panas sangatkan Nanny kalau tidak tepung tu mcm tak masaklah pulak

    ReplyDelete