Jangan Takut. Yakin Dengan Diri. Berdoalah!

By Sunday, September 17, 2017 , , , ,

Assalammualaikum w.b.t

Awalnya saya ragu-ragu untuk job photoshoot kali ini. Bukan apa, kalau sebelum ni saya ambil gambar pun hanya di sekitar saya punya circle of friends and family members sahaja. Jadi, dah kenal hati budi. Takder la rasa kekok pun.

Tapi, kali ini..lama saya berdiam. Walaupun mulut saya ni cepat jer cakap "haa...ok..ok..boleh". Tapi lepas tuh  dalam hati menyesal yang amat. HAHAH! Acane tuh?

Saya sebenarnya takut dengan expectation orang yang saya tak kenal. Saya biarkan 1-2 minggu sebelum saya terus menyambung perbualan melalui WhatsApp message.

Dan akhirnya saya bersetuju.

Saya berdoa banyak-banyak supaya ALLAH SWT mudahkan urusan saya. Alhamdulillah...mommy and daddy baby ni sangat baik dan friendly. Senang bekerjasama dengan mereka.

Cuma, baby yang ni bukan newborn sangat dah. Jadi, berpeluh juga ketiak akak ni haaa...


Service saya tak mahal pun. Maklumlah newbie dan konsep saya hanya shoot and burn. Saya tak buat editing or album. Tak sempat oiii...kalau membelek benda ni tak berasap dapur makcik, tak bergerak anak-anak ke sekolah nanti. Bhahah! itulah dilema mak-mak nih kan. Papepun, saya cuma rasa ter inspiring bila baca kisah photographer Min Mohd yang dahulunya bekerjaya dan selepas itu resign.

Seterusnya, menjadikan hobi beliau iaitu mengambil gambar sebagai menjana pendapatan dan beliau juga kini sudah sebaris dengan photographer bertaraf international. Hebat kan?

Di mana ada kemahuan di situ ada jalan.
Okeylah aunty semua. Mata dah mengantuk ni..esok Isnin. Anak-anak nak pergi sekolah.Kita tidur dulu yer. Jangan lupa gosok gigi, baca doa, surah 3 qul dan maafkan semua orang sebelum tidur.

ZzzzzzzzzzzZ

Thanks for reading guys!

You Might Also Like

5 comments

  1. Cantik..in shaa Allah akan terus maju..aminnn..

    ReplyDelete
  2. cantik hasilnya..inshaAllah moga terus berjaya nany

    ReplyDelete
  3. tahniah nany... hebat dah tu... akak suka tengok... moga kaan terus berjaya dan berjaya...

    ReplyDelete
  4. Wahh.. betul tak sangka kak mmg serius minat dengan photography ni :) tahniah. and all the best. betul terinspirasi dengan photographer tu jugak. kerjaya yang paling bagus adalah sesuatu yang merupakan hobi kita :) mat salleh selalu amalkan benda ni. dorang cari kerjaya ikut bakat dan minat masing2

    ReplyDelete