Orang Bujang Jadilah Orang Yang Beriman

By Tuesday, September 05, 2017 , ,

Assalammualaikum w.b.t

Kebiasaannya, kalau pergi ke rumah orang bujang. Kebersihannya sangatlah tidak terjaga. Kotor, bersepah dan paling tak best bila ada bau busuk yang menusuk ke lubang hidung.

Tak payah juga pergi ke rumah orang bujang. Masuk sahaja ke bilik mereka yang tinggal dengan ibu bapa sendiri. Tinggal sebumbung tetapi berlainan bilik.

Katil tidak dikemaskan. Tuala tidak disangkut selepas digunakan. Elok ajer  terletak di atas katil. Bilik tidak bersapu maka habuk pun bermaharajelela. Termasuklah taik cicak di merata tempat.

Saya menyeru semua pemuda dan pemudi. Orang bujang mahupun anak dara. Amalkan cara dan gaya hidup yang kemas dan cantik. Kerana ALLAH S.W.T cantik dan agama kita juga menuntut kebersihan.

Bagaimana mahu menjadi ketua keluarga jika nanti hal remeh seperti itu pun tak mampu nak buat? Takkan bila sudah berkahwin, harapkan isteri untuk buat 100% kerja rumah?

Kalau tidak mahu tolong pun tak mengapa. Asalkan tahu dan sedar untuk menjaga kebersihan dan tidak sepahkan bilik. Paling teruk juga nanti, bila isteri juga sibuk bekerjaya di luar, maka maid yang akan tolong pegang underwear laki kita dan  masukkan ke dalam washing machine.

Saya dahulu melihat perkara ini sebagai benda 'normal'. Tetapi, setelah berkahwin dan mempunyai anak. Maka, persepsi saya sudah berubah. Kalau dahulu saya selalu juga 'bising' dengan suami kalau tak kemas tempat tidur. Now, Alhamdulillah...masalah tersebut nampaknya sudahpun selesai.

Bukan senang untuk kita ubah tabiat yang kita sudah terbiasa dari kecik lagi begitu. Bila dah kahwin duduk serumah banyaklah perkara-perkara yang biasa pada pasangan kita tapi luar biasa pada kita kan?

Mungkin ajaran dan didikannya sudah begitu dari kecil. Mendidik anak lelaki juga tidak sama dengan cara mendidik anak perempuan. Paling utama, kita kena tunjukkan akhlak yang baik pada anak-anak. Kalau nak anak-anak kita kemas tempat tidur. Maka, kita juga wajib buat begitu.

Sentiasa pesan. Setiap hari. Setiap pagi selepas mereka bangun dari tidur untuk tidak lupa kemaskan tempat tidur masing-masing. Paling tidak, susun bantal semula. Lipat selimut mereka sama-sama ( ini alasan anak saya takmo lipat selimut sebab besar katanya)

Usaha kita sebagai ibu bapa juga sangat penting untuk membentuk anak-anak supaya kelak menjadi anak bujang yang beriman dan soleh. Sukakan kekemasan dan kebersihan.

Kalau kat rumah dah biasa kemas begitu. InshaALLAH..bila di sekolah, dia masih mampu untuk sentiasa memastikan loker dan kawasan sekitar persekolahan nye juga kemas. Cuma bila dah bercampur dengan budak-budak lain, maka cikgu perlu memainkan peranan.

Nampak kan? perkara baik begini sangat memerlukan kerjasama dari kedua belah pihak. Guru-guru dan ibu bapa perlu menjalankan tugas.



You Might Also Like

5 comments

  1. teringat baru2 ni kes yg viral psl penyewa pengotor tp tu perempuan bkn lelaki...

    yelah pokok pangkalnya kene di ajar dr rumah sejak kecik lg, baru lah bila dh bsr dia terbiasa sndiri tentang jaga kebersihan n kekemasan..

    ReplyDelete
  2. Betul tu. Saya setuju memang kena mulakan dari rumah.. Biasakan dulu di rumah.

    ReplyDelete
  3. setuju. Baik laki baik perempuan, masa masih single la kena train diri sendiri supaya sukakan kekemasan, kebersihan dan kecantikan. dah kawen banyak lagi benda nak kemas, means anak2 kecil. anak2 pun akam belajar dari parents jgak kan.

    ReplyDelete
  4. kena train diri dan kena ada sikap bertanggungjawab bermula dari single. mungkin jua kena mengasingkan diri dari family dan belajar hidup berdikari+ punyai kesedaran utk hidup dengan lebih sempurna

    ReplyDelete