Quality Time Bersama Anak-Anak

By Saturday, September 16, 2017 , , ,

Assalammualaikum w.b.t

Selalu ibu yang bekerjaya tentu ada issue dengan quality time bersama anak-anak kan? Quality vs Quantity, sudah pasti saya memilih quality. Dahulu, masa saya bekerjaya waktu malam adalah waktu yang hanya saya punyai untuk bersama mereka. Jadi, nak tak nak saya memang struggle kena cari masa untuk mereka. Kecuali time cuti...itupun, kena buat laundry, cuci rumah and kadang balik kampung.

Kini, walaupun dah menjadi suri rumah sepenuh masa. Saya punyai masa yang banyak dengan anak-anak. Tapi, percayalah..quality time saya dengan mereka tidak sehebat semasa saya bekerjaya. Bila di rumah pelbagai kerja rumah yang saya perlu buat.

Sekadar perkongsian dari pengalaman yang pernah dan sedang saya lalui sekarang. Antaranya :

1) Ketika di dalam kereta menuju ke sekolah / tempat kerja :

Bagi ibu dan bapa yang punyai kesempatan menjadi 'supir' kepada anak-anak. Ambil lah kesempatan berbual dengan mereka. Hentikan seketika lagu ataupun radio. Topik perbualan pula boleh apa sahaja asalkan pada saya ada pengisian. Contohnya sekarang, Sukan Para Asean sedang berlangsung, jadi berbual lah tentang sukan yang akan diwakili oleh golongan athelete yang kurang upaya ini. Takpun, boleh buat kuiz. Nama perdana menteri ke, berapa nama-nama ALLAH S.W.T yang perlu diketahui, nama ayah Nabi Muhammad S.A.W. Eh! macam-macam lagi lah kan topiknya.

Selalunya jadi rutin, kalau masa amik derang dari sekolah. Saya akan tanya..ape good and bad thing happened hari ini? Kadang kalau semua bercakap...memang mak pun macam kacau bilau sket nak dengar yang mana satu. Hehehe... Tapi, percayalah..masa kecik ni jer la kot derang nak pot pet dengan kita. Tapi, mama tetap berdoa supaya anak-anak tetap mantain berkomunikasi begini.

2) Selepas solat maghrib.

Waktu ini adalah waktu kegemaran saya dan anak-anak. Selalu nya saya mengajak anak-anak solat bersama. Walupun kadang ada antara jemaah cilik dalam rumah ni mengelat. Selepas bersolat, kami akan mengaji. Ikut keperluan dan tahap masing-masing. Kadang Hannah si kakak, saya ajak tasmik surah bersama-sama. Kadang saya ajar die mengaji sambil-sambil check juga basic hukum bacaan tajwid. Untuk si abang pula, masih IQRA' dan kadang dia nak mengaji Muqaddam walaupun IQRA' die belum habis lagi. Sambung lah dengan buat homework ( if ada ) kalau tade, buat sket-sket revision.



3) Sebelum tidur

Selalu saya bacakan buku cerita dengan anak-anak. Tapi kalau mood malas datang ataupun saya dah letih mengantuk sangat. Saya sekadar salam, peluk , cium dan ingatkan mereka untuk baca doa serta beberapa surah sebelum tidur. Aktiviti ini sebenarnya yang paling santai nak buat. Yerla, time tu kan semua dah berguling-guling atas tilam. Hehehe..

Tiga waktu ini pada saya yang paling kita ada untuk anak-anak.Kalau tak dapat semua, cubalah satu dahulu. Walaubagimanapun, our lifestyle kita berbeza. Jadi, sesuaikan dengan cara kita masing-masing yer!

That's All and Thank you for reading!

You Might Also Like

3 comments

  1. kualiti masa irda selalunya dalam bilik air dengan alya..bila mandikan dia..hehe alya budak umur 9 tahun yang masih berperangai macam baby,mungkin sebab dia sorang,kemudian bila nak pergi sekolah masa dia minum susu..huhu..then malam baru jumpa...teringin nak anak 2-3 macam nany,riuh rendah dalam kereta tu best

    ReplyDelete
  2. yerler nany... kadang banyak masa terbuangkan..esp kalau duk lagut tengok handphonekan... isyh kena bina quality time macam depa kecik2 dulu sentiasa dengan kita ... duk main sama2 duk cerita sama2...

    ReplyDelete
  3. Hakak yg surirumah sepenuh masa ni pun rasanya masih tak de quality time dgn anak. Kadang kadang anak yg dah besar ni lain pulak peelnya Nanny....

    ReplyDelete

Terima kasih di atas segala komen dan sokongan.