SUKAN SEA 2017 - Saya Bangga Saya Anak Malaysia!

By Sunday, September 03, 2017 , , , , ,

Assalammualaikum w.b.t

Tidak terlintas langsung pada mulanya untuk saya melihat Sukan SEA 2017. Tetapi ntah bagaimana setelah melihat ramai orang share 'sesuatu' di IG dan FB mereka. Maka, saya rasa teruja untuk pergi melihat sendiri. Mungkin juga setelah melihat majlis pembukaannya di kaca TV sahaja tempoh hari.

Kebetulan juga ianya diadakan semasa cuti sekolah.Selain itu, saya tersedar bahawa SEA games ini merupakan aktiviti bertaraf antarabangsa di negara sendiri. Saya mahu anak-anak 'rasakan' sendiri pengalaman apabila melihat pasukan sukan Negara Malaysia beraksi secara 'LIVE' di hadapan mata mereka.

Terima kasih juga kepada kemudahan train yang kini sudah pun beroperasi di kawasan perumahan kami di BK 5. Bukan sahaja mudah tetapi tambang juga murah. Tambang setiap seorang adalah RM2.40 untuk pergi dan balik.



Tentu sahaja anak-anak saya antara yang paling excited dan gembira. Walaupun tidak segah dan sehebat train di Jepun ( sebab budak-budak ni dok compare ajer) . Part paling derang suka adalah masa nak beli token, dan masukkan token dalam mesin tuh.

Perjalanan pun tak lama, dalam 10-15minit dah sampai. Tiba sahaja di Stadium Bukit Jalil. Saya terkagum sebentar. Luaran nya sangat terjaga. Tong sampah memang banyak di sediakan. Ke hulu ke hilir saya melihat volunteer membawa sepanduk tentang kewujudan tong sampah kitar semula di persekitaran stadium.

Memang aimed untuk tengok acara renang sebenarnya. Tapi, tersesat pula masuk ke dalam stadium acara balapan. HAHAH! Itulah kan..orang first time masuk stadium. Jakun sat. Tapi sekarang saya dah tahu kat mana pusat akuatik, kat mana padang hoki and kat mana main stadium yang besar tuh.

Sebenarnya, tak tahu kenapa setting camera saya jadi begini. Fokus kat belakang..objek utama pulak jadi blur. Rupa-rupanya bila husband balik rumah check balik setting. Ada yang tertekan mode dari auto ke manual. Haishh..rugi jugak rasa. Terus gambar jadi tak cantik. Takperla, lepas ni kalau jadi lagi, saya dah tahu apa nak buat.
Tak sia-sia terlepas acara akuatik sebab dapat menyaksikan beberapa acara balapan yang dijalankan serentak haritu. Antaranya, lempar cakera, lompat tinggi, larian berhalang 110m lelaki dan perempuan. Lebih manis dan bermakna bila kami dapat menyaksikan olahraga larian berhalang lelaki, iaitu Rayzam Shah Wan Sofian berjaya mendapatkan pingat emas untuk Malaysia.

Melihat beliau berlari dengan penuh semangat dan semakin maju ke hadapan garisan penamat menyebabkan semua penonton bersorak gembira. Lain sangat rase nya bila sama-sama menyaksikan acara pertandingan seperti ini.

Selain acara balapan, kami juga sempat menyaksikan pertandingan akhir hoki perempuan. Di mana Negara Malaysia menentang Negara Thailand. Sebelum bermula, sempat saya pergi mencari T-shirt jersey sukan SEA. Saiz dah hampir habis..tapi nasib ada juga yang tinggal Saiz M. Untuk kids pulak katanya dah habis. Tapi, rezeki kami bila malam tuh sebelum balik ada yang jual secara kecil-kecilan. Apalagi, mama terus beli 3 helai untuk anak-anak. Walaupun pilihan tak banyak. Tapi, not bad lah juga coraknya.

 Terus sarung itu jersey. Tak sabar dah rasenya nak pergi tengok hoki petang tuh
Abang dan adik bergaya dengan aksi masing-masing.

 Kakak Hannah is not in the photo sebab dia yang tolong ambilkan gambar.
Beratur panjang nak masuk dalam stadium hoki. Bagus Malaysian! ikut peraturan sangat. Sebab semua baik beratur, jadi perjalanan pun smooth ajer. Tade la lama pun beratur ni. Sebab kat dalam tuh kena scan bag. Lepas tuh bertebaran lah semua cari tempat duduk.
Perlawanan bermula. Memang boleh tahan kuat juga kedua-dua pasukan. Cuma saya perasan, pasukan negara kita banyak kali mara ke hadapan dan banyak juga cubaan untuk menjaringkan bola.

Hinggalah ke separuh masa ke-dua , pasukan negara kita berjaya menjaringkan gol yang pertama dan diikuti yang ke-dua.

Bersoraklah kami semua kegembiraan. :)

Hujung sana tu, pasukan sorak Negara Thailand. Kuat juga mereka bersorak dengan memukul gendang.
Kami tak tunggu lama pun lepas habis hoki tuh. Bergegas ke surau untuk solat maghrib. Kemudian kami lepak di kawasan food truck. Ada pelbagai makanan dan minuman yang dijual. Kebetulan, hari tuh hari  Isnin. Jadi, memang tak seramai hari weekends.

Tong sampah banyak disediakan. Siap ada ditulis untuk bahan-bahan buangan yang boleh dikitar semula ataupun tidak. Pada saya, dah cukup bersih dah kawasan luar stadium tuh. Kalau nak compare dengan Jepun memang tak dapek la yer. Kira dah OK sangat-sangat dah saya rasa. Walapun, dalam stadium tempat perlawanan tu masih ada juga sampah sarap yang ditinggalkan.

Anak-anak sambung layan main golf kat sana. Masa 1st day datang arituh tak gamak nak main sebab siang panas lit lit. Ni malam ok sangat lah if nak main sebab kawasan nye open air gitu. Siap ada angin lagi. Jadi, memang enjoylah budak-budak tuh main.
Bayaran setiap seorang adalah RM10. Tak silap nya ada 23 station semuanya. Setiap station tuh halangan nya berlainan.
 Beratur tunggu giliran nak pukul bola golf
Camera ni time malam memang susah nak dapatkan gambar yang cantik especially bila bergerak macam ni. Kisahnya bila budak-budak ni dah boring pukul slow motion. Derang pergi main ala2 hoki pulak dah. Memang havoc lah dibuatnya. HAHAH!
Akhirnya, dapat juga mama belikan anak-anak t-shirt sea games sorang satu. Untuk tujuan bergambar sahaja.
 Tunggu lagi 16 tahun kalau panjang umur nak tengok SEA Games kat Negara Malaysia.


Tahniah kepada semua mereka yang terlibat. Kementerian Belia & Sukan, kontijen, sukarelawan, penyokong Malaysia yang tidak kira bangsa dan agama.

Malaysia juga pemenang acara keseluruhan setelah berjaya menggondol sebanyak 145 pingat emas. Melepasi target 111 pingat.

Personally, saya juga mengajar 'sesuatu' kepada anak-anak. Iaitu menjetikkan semangat patriotik ke dalam diri mereka. Sebenarnya, mereka tidak dibenarkan untuk menonton TV atau laptop semasa minggu persekolahan. Tetapi, sepanjang sukan SEA ini..saya membenarkan mereka menontonnya di TV. Itu sahaja rancangan yang dibenarkan.

Ok juga sebab mereka kenal beberapa nama athelete negara. Berapa pingat emas yang kita dapat, di mana kedudukan Negara Malaysia, belajar di mana Thailand dan bendera-bendera negara Asia Tenggra.

InshaALLAH..ada rezeki ingat nak bawak anak-anak tengok ASEAN Para Games pulak.

That's All and Thank you for reading!




You Might Also Like

5 comments

  1. Alhamdulillah seronok lain macam bila dapat tengok secara langsung.PC tengok di tv pun gembira apatah lagi dapat menonton terus..pengalaman berharga ni.

    ReplyDelete
  2. seronoknya kak dpt ke sana, dpt tgk sendiri beberapa perlwanan secara live lg...

    dana yg tgk kt tv pun bila tgk yg menang ngn kite2 nangis hehehe...
    aiyan pun masa time sukan sea tu jarang layan katun sbb dana asik bukak channel 802... dia pun seronok tgk beberapa perlawanan... sama2 bersemangat bila mamanya jerit2 sokong atlit malaysia ehehhe

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah. Memori kan kakk. Sy yg besar pun x de kesempatan nk pergi sana. Good exposure utk anak2.

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah. Memori kan kakk. Sy yg besar pun x de kesempatan nk pergi sana. Good exposure utk anak2.

    ReplyDelete
  5. untungnya ada train berdekatan rumah dan murahnya tambang pergi balik tu. betul2 save budget. jelesnya. hehe

    ReplyDelete