Bubur Asyura

By Saturday, October 21, 2017 , ,

Assalammualaikum w.b.t

First time dalam hidup saya makan bubur asyura version utara. Kisahnya bila projek kami nak bergotong royong masak bubur asyura ni asyik bertangguh sahaja. Akhirnya berjaya juga la buat Khamis lepas.

Selama ni, saya pernah makan bubur asyura yang ada daging tuh version Kelantan. Sedap juga! cuma terkejut, walaupun namanya bubur...tapi sebenarnya tekstur bila dah masak adalah seperti puding gituh.

Walau ape pun, campuran pelbagai bijirin kekacang seperti red beans, jagung, kacang hijau dan hirisan pisang emas menjadikan bubur asyura version utara ini rase yang sangat unik. Rasanya juga tidaklah terlalu manis. Memang just nice ajer tau.

Masa ni api belum dinyalakan lagi. Kacau tepung beras, gula dan santan bersama-sama. Bagi larut dulu sebab nak elakkan dari bancuhan bergumpal dan takut nanti tepung tak masak.
Nak buat bubur asyura ni macam nak masak dodol ajer. Konsepnya kena kacau ajer non stop. Nanti lama-lama dia akan jadi pekat melikat.
Akhir sekali barulah dimasukkan hirisan pisang emas tuh. Kacau-kacau lagi smpi rasa tepung tuh dah hilang. Ala macam buat puding tuh...guna tepung kastard. Kadang kalau tak masak bebetul kita akan rase tepung tuh. Mentah.
Masa masih panas-panas tuh terus senduk and masukkan dalam bekas yang dah dilapik dengan daun pisang.
Jangan lupa sejukkan dulu dalam peti ais sebelum dimakan. Cara nak makannya guna ajer sudu lepas tuh suap masuk dalam mulut. Hahah!

Sedap ~~~ boleh jadi pencuci mulut and nak buat pun senang ajer janji bahan cukup. Maaflah, resepi takder sebab yang buatnya orang lain. Saya jadi watak tambahan ajer..kacau-kacau sket and amik gambar. Hahah!

Eh! korang semua pernah makan bubur asyura version yang mana satu yer?

That's All and Thank you for Reading!


You Might Also Like

3 comments

  1. sdp nih....

    dana penah mkn bbr asyura versi pantai timur, versi utara n versi johor..

    paling lain versi johor, sbb lbh kurang mcm bbr lambok tp ada tambahan kacang2

    ReplyDelete
  2. Selama ni ingat bubur Asyura tu bubur lambuk haha....rupanya lain ek.
    Tak pernah rasalah Nanny...
    Banyak bekas tu nampaknya hihi....

    ReplyDelete
  3. Samalah kita Mak Nom, selama ni ingat bubur Asyura tu bubur lambuk.. LZ pun tak pernah rasa jugak.. Nany ada tunjuk cara buat mungkin lain kali boleh cuba..

    Thanks for sharing 💕..

    ReplyDelete

Terima kasih di atas segala komen dan sokongan.