Cencaru Masak Ape Best?

By Tuesday, October 31, 2017 , ,

Assalammualaikum w.b.t

Kadang-kadang saya tak tau nak masak apa ikan cencaru ni. Selain dari goreng bersumbat atau dipanggang. Nak di'lemak cili api'kan tak sesuai. Pernah juga saya kukus cuma dengan lumurkan garam, bawang putih dan halia yang sudah ditumbuk halus. Sedap tapi terasa ada sesuatu yang kurang.

Lepas saya google untuk mencari idea bagi ikan cencaru ataupun nama lainnya ikan jaket untuk dimasak. Terjumpalah ikan cencaru kukus bersama air asam.

Sangat senang dan yang pasti, rasanye juga sedap. Gabungan masam, masin, manis dan pedas tuh memang kena sangat dengan tekak Melayu kita ni.

Bahan-bahan yang diperlukan :

Ikan cencaru. Saya prefer ikan yang saiznya kecil-kecil sedikit supaya muat pengukus saya yang comel tuh. Nak hidang pun senang.

Sebiji tomato - dipotong dadu

Bawang besar holland separuh - juga didadu

Cili merah yang dihiris halus-halus

Secubit belacan

Secubit garam dan gula

Air asam

Cara - cara

Lumurkan garam pada ikan cencaru. Kemudian kukus sehingga masak. In a meantime, sediakan air asam macam biasa. Bancuh air asam jawa. Jangan cair sangat sebab nanti bila kita siram dalam ikan yang dah dikukus tuh memang dah keluar air. Masukkan tomato, bawang, cili merah , gula dan garam.

Tunggu ikan cencaru siap dimasak. Kemudian, tuangkan bancuhan air asam tadi ke dalam pinggan yang berisi ikan cencaru kukus tersebut.

Tutup pengukus dan api dapur. Biarkan selama beberapa minit.

Sedia untuk dimakan!

I tell you! kuah dia sedap sangat untuk dihirup begitu sahaja. Kitaorg semalam husband and wife makan nasi putih, lawankan dengan ikan cencaru ni and sayur Siew Pak Choy tumis. Fuhh..memang sedap! selera sangat makan. Lagi best sebab ada kawan makan sama-sama. HAHAH!

Harini husband dah pulang ke Johor. Maka, kurang sketlah aktiviti memasak saya di dapur.

Ok guys.

That's All for Now.

Thanks for reading!


You Might Also Like

13 comments

  1. Sedapnya kak nanny :D terliur sungguh tengok. pandai akak masak ^^

    ReplyDelete
  2. slalu goreng sumbat cili..br smlm menu ikan cencaru juga tp sumbat cili la

    ReplyDelete
  3. Kalau ai, suka bakar.. makan dengan kuah kicap atau air asam.. sedap!

    ReplyDelete
  4. Aduhhhh tengok pun dah nampak sedap kak. Telan air liur tgk gambar ikan cencaru air asam ni. Sedapnyaaaaaaa.

    ReplyDelete
  5. Lama tak beli cencaru. Kalau beli ikan ni hakak suka yg besar sebenarnya walaupun org kata yg kecik lagi manis.
    Bakar pas tu cicah dengan sambal kicap sedap gak Nany.

    Masak asam cenggini pun sedap jugak tp tulah kekadang anam tak suka. Mak malas nak masak banyak menu nak hihi

    ReplyDelete
  6. Sedaaapnya kak Nany. Nani kadang bakar kosong cicah sambal kicap. Heheh.

    ReplyDelete
  7. Lya suka belah tngah y letak bwg+cili+kunyit blend (ltk apa lg ?? Dh lupa).. Pastu goreng atau bakar...

    ReplyDelete
  8. Replies
    1. Owh..belacan tu sebenarnya saya campur dengan air asam. Sorry yer..terlepas pandang pulak. Heheh...

      Delete

Terima kasih di atas segala komen dan sokongan.