Larian Merentas 'Desa' Pertama Untuk Hannah dan Umair

By Saturday, October 28, 2017 , , , , ,

Assalammualaikum w.b.t

Pagi Sabtu sebelum subuh lagi saya dah bangun nak siapkan sarapan seisi keluarga. Pukul 7:10 am ..saya, Hannah dan Umair bertolak menuju ke KL Tower. Uwais tinggal dengan papa di rumah. Ok juga, sebab husband saya balik minggu ni..boleh la tolong buat laundry and shopping barang dapur sket kat GIANT tuh. Thanks sayang!

Macamana boleh sesat nak sampai ke KL Tower tuh pun tak pasti lah. Walhal pernah ajer sampai dan yang sebenarnya memula tersalah amik lorong ajer. Lepas tuh, google map macam terpusing-pusing bawak pegi mana ntah. Macam dah nak give up dah sebenarnya. Sampai  saya berdoa dalam kereta. Cemas tau dibuatnya sebab takut terlepas.

Kalau ikutkan, kol 8:00 am dah flag off. Alhamdulillah..sampai juga di KL Tower around 8:05min macam tuh. Kami semua kena park kat bawah ajer. Then, ada bas and van datang pick up. Parking kat bawah tuh boleh tahan juga. RM10 per entry. Alaa..kat KL kan? Semua pun mahai. Takpa lah..demi anak-anak.

Saya tengok, ramai juga parents yang sangat rajin dan bergigih di waktu pagi angkut anak-anak dan ada yang berstroller juga. Bagus lah! morning person sangat derang ni. Dapatlah kami merasa duduk dalam bas hop-on and hop-off ni. Memandangkan cuaca masih belum panas. Kami pun berpusu-pusu naik terus ke bahagian roof top. Sejuk ajer angin tiup bila bas bergerak.

Seronok Hannah dan Umair dapat naik bas ni. Mama pun actually first time juga naik. Kat Malaysia ni cuaca panas lit lit. Kalau kat oversea tuh ha...memang best juga sebab berangin sejuk jer gitu. Heheh..

Baju T-shirt dan bib numbers  tuh dah amik semalam di MATIC, Kuala Lumpur. ( Malaysia Tourism Informative Centre) . Patutnya, Hannah punye t-shirt size XL tapi tade..dah habis pula. Ended up pakai ajer la size L.

Di celah bangunan tinggi ni dapat juga menghirup udara segar dari pokok-pokok yang ditanam di sekitar kawasan eko rimba ni.
Masa kami sampai sedang bermula acara memanaskan badan. Ada tarian Shark Doo..Doo dan chicken dance. Lepas tuh senaman dia ala2 aerobik sket lah. Yerla kan, budak-budak yang kalau wataknya Sensing ikut firasat STIFin memang sesuailah bergerak banyak ni. Tak reti duk diam. HAHAH!

Bulatan jemaah tuh dah penuh. Hannah dan Umair tak dapat nak tengok sangat macamna instructor tuh buat. Saya pula malas nak suruh derang menyelit. Last2..buat warm up dengan mama ajer la. Kikikiki..

Kategori yang ada adalah Tiger ( 10-12 tahun) perlu menamatkan larian sejauh 3km. Rabbit pula ( 7-9 tahun) jarak larian adalah 1.5km dan yang terakhir geng caterpillar ( 4-6 tahun ) hanya 0.8km.

Flag off dimulakan dengan kategori Tiger , seterusnya Rabbit dan akhir sekali Caterpillar. Saya dah siap pesan pada Hannah supaya jangan ikut kawan. Lari ikut pace Hannah ajer sebab tau sukan-sukan macam ni bukan bidang die pun. Tapi, memandangkan dia insist nak masuk juga sebab ada dapat medal. Walaupun, lambat atau cepat. Janji sampai ke garisan penamat ( Well, orang Thinking memang kena motivate derang dengan reward).


Bila dah semua pakai baju sama. Mama pun penin nak spot mana anak sendiri. Kategori Caterpillar ni rasanya yang paling ramai. Part kelakar bila emcee bagitahu awal-awal. " Caterpillar...you can't run because ..you are caterpillar!" Tapi, bila flag off jer...terus semua berlari. HAHAH!
Saya ingatkan, berlari macam tuh saje...tapi rupa-rupanya ada halangan yang perlu ditempuhi oleh kesemua para peserta.
Rajin lah yang melilit mengikat semua ni kan. Seronok juga tengok budak-budak ni nak melepaskan diri dari halangan tuh. Ada yang sopan santun jer ada yang merangkak terus kot bawah tuh. Mata saya dok mencari juga mana si Umair. Tapi tak jumpa pula..then dalam masa yang sama nak tunggu Hannah ke garisan penamat.

Akhirnya....yang saya tak tahu berapa lama ( Maybe dalam 15mini kot). Hannah pun berjaya sampai ke garisan penamat. Tahniah sayang! dapat lari dan mengharungi halangan.

Tenang sahaja muka Hannah. Takder la complaint anything...nampak tuh dia dah teguk air masa berlari. Berpeluh satu badan. HAHAH! Ada juga orang bagi ais krim kat budak-budak ni.
Tak sempat mama nak rakam..tetiba perasan die dah sampai dan ada medal tergantung di leher. Aduhaiii..sorry abang! mama tengah borak-borak dengan kakak tadi. But, it's ok! you are truly awesome!

Sebab masa nak balik tuh die cerita die terjatuh dua kali. Biasalah, saya pun dah agak..mesti ada yang terjatuh sebab budak-budak ni tau nak cepat and kadang maybe tertolak. Umair pun badan bukan sado sangat. Hehe...Yang penting, dia bangun balik dan teruskan larian sampai ke garisan penamat.

Ini sedikit coretan Umair tentang pengalaman larian beliau tadi :)


Bergambar sekali dengan Iman dan Mia. Derang ni schoolmate Umair tapi kategori lain. Saya dapat tahu tentang larian Kids Eco Dash ni pun dari mama si Iman ni. Thanks Azni for sharing! not bad untuk pengalaman pertama Hannah dan Umair.

Us with the medal and the background of KL TOWER!

Zoom in sket medal nya. Cantik kan? mama pun suka. Kalau nak tahu, track larian tadi sangat mesra kanak-kanak. Pandai pihak penganjur cari tempat yang sesuai. Sebab dalam kawasan rimba kan? Hannah pun cakap tadi tak panas pun mama, tak kena cahaya matahari. Yerla sebab banyak pokok. Ada juga kawasan yang berbukit sket. Tapi takperla, exercise sangat bagus untuk kita semua.

Nanti kita beli medal hanger yer anak-anak. Boleh lekat dan gantung dalam bilik masing-masing. Hehe...

Btw, kawan-kawan semua buat apa weekend ni?

That's All for now and thanks for reading.






You Might Also Like

5 comments

  1. aktif nya aktiviti anak-anak :) bagusnya kak nanny bina mcm2 skill n kebolehan pada mereka

    ReplyDelete
  2. bestnya kak, merentas desa di bandar kl...

    yelah banyak pokok2 jd redup je... berlari pun rasa seronok je tak terik sgt... yg paling best dpt medal tuh...

    ReplyDelete
  3. Kalau nak harap hakak pi hantar budak kat KL tower agaknya mmg sesatlah Nany. Tak pernah drive sorang ke KL...

    Tahniah umair dan Hannah...lepas ni boleh lari lagi

    ReplyDelete
  4. Seronoklah dia orang, dapat pengalaman baru :)

    ReplyDelete

Terima kasih di atas segala komen dan sokongan.