Persiapan Anak-Anak Menduduki Peperiksaan

By Thursday, October 05, 2017 , ,

Assalammualaikum w.b.t

Bulan ni ramai anak-anak yang menduduki peperiksaan kan? antaranya ialah UPKK ( Ujian Penilaian Kelas Kafa) untuk darjah 5. Anak-anak saya juga baru sahaja memulakan peperiksaan akhir tahun mereka Selasa lepas.

Jadi, sebagai ibu-bapa / penjaga kepada anak-anak yang menduduki peperiksaan pasti agak terasa bahang stress nya kan? Apatah lagi, syllabus budak-budak sekarang semakin susah. Darjah satu dah ada soalan past tense, present tense. Itu tak masuk lagi subjek yang perlu menghafal contoh nya bahasa arab.

Sebenarnya, jauh di sudut hati saya..tidak berapa gemarkan sistem peperiksaan ni. Sebab nya, kita semua termasuk murid-murid dan guru akan melipat gandakan usaha, tekan minyak sampai boleh bila dah nak dekat exam.

Habis saja exam..everything was gone!

Kadang-kadang memang rasa bersalah sangat bila kita suruh anak-anak buat something yang die tak minat atau explain lah macamana pun...kalau dia belum diizinkan oleh ALLAH S.W.T nak faham. Memang dia takkan faham punya.

Saya dulu pun ambil masa untuk baca jam. Walau banyak kali mak kat rumah cuba explain. Tapi..tak faham faham jugak. Ended up..ntah bila, laju ajer boleh baca jam pukul berapa. Huhuhuh...

Saya perhatikan, Hannah dan Umair memang wataknya berbeza. Si Umair sangat relaks..tak risau macam si kakak. Memandangkan, untuk subjek matematik darjah 3 dah ada sifir..nak tak nak , kakak memang kena hafal sifir. Bukan nya saya tak buat...tapi benda macamni kena hari2 buat. Yang pastinya..akan ada hari saya terlupa untuk ingatkan dia dan buat soalan untuk dia.

Banyak benda kena hafal. Kesian juga kat dia...surah dalam juzuk Amma kena hafal, vocab bahasa arab juga kena hafal. Haissssshhh. I hope I don't really push her.

Kalau dah tinggal few days or a week nak exam. Saya suruh anak-anak buat latih tubi ajer. Beli buku-buku latihan di kedai buku seperti di Popular atau MPH. Cari yang tulis kat depan " berdasarkan KSSR dan mengikut piawain buku teks". Sebabnya, ada latihan yang lain macam sket. Tapi, taderla langsung tak boleh buat. Issuenya, bila kita sendiri tade rujukan nak explain kat anak-anak nanti.

Lagi? saya pinjam kertas soalan dari kawan yang anaknya bersekolah di sekolah lain. Teknik bertukar kertas-kertas soalan pada saya antara salah satu cara yang praktikal juga. At least, kita tahu dan boleh lah nak fokus pada bab-bab tertentu.

Ajar anak untuk baca soalan dengan teliti. Macam Umair, darjah 1 ...ada juga yang dia tak faham soalan tu nak apa. Kadang soalan tuh suruh tulis balik ..dia pergi bulatkan pulak. Walhal, dia tahu jawapan yang betul. Rugilah markah kat situ!

Cuma, bila jadi kes macam ni. Saya selalu ingatkan balik pada diri saya. Examination ni cuma atas kertas sahaja. Because our kids punya style thinking tak sama. Unik! For me, as long as derang faham apa yang derang balajar dah cukup baik. Kena ingat juga, subjek yang derang amik tuh banyak. Nak faham semua bukannya senang. Jadi, bersyukurlah kalau anak kita suka dan minat untuk belajar walaupun at certain subjects only.

Jangan lupa, pesan pada anak-anak...baca du'a ingat ALLAH S.W.T sebelum menjawab kertas soalan peperiksaan.

Last but not least, as a parents...our du'a is one of the powerful weapon that ALLAH S.W.T had grant to us. Kena ingat juga..du'a tidak semestinya ALLAH makbulkan 100% apa yang kita minta. Caranya mungkin tidak terjangkau dek akal. Du'a mendekatkan kita dengan ALLAH S.W.T. Rasa penghambaan itu adalah hadiah paling berharga untuk kita walaupun keputusan peperiksaan anak-anak kita nanti tidak seperti yang kita inginkan.

Semoga anak-anak semua dilapangkan dada, diterangkan hati dan dipermudahkan untuk menjawab soalan-soalan peperiksaan.

Si Umair kata..dia jawab soalan BM dengan selesa sangat. Mu'allimah cakap..Abang jawab 10minit ajer dah siap. Abang pun terkejut! ( Iyerla nak..mama yang dengar ni double triple terkejut juga...cerah masa depan)

That's All and Thank you for reading!


You Might Also Like

5 comments

  1. bila musim exam , mak2 mmg riso tp kdg2 ank2 relax tp exam ank2 skarang tk sama mcm dlu2...mmg mencabar juga tgk kdg2...sian juga

    ReplyDelete
  2. Dah masuk musim exam kan sekarang. Goodluck untuk anak anak kak Nany :)

    ReplyDelete
  3. InshaAllah pasti anak2 kak nany boleh.. mmg mencabar exam skrng ni kan.. susah2 belaka.. doa ibu dan ayah tu sngt penting.. comeynya umair..

    ReplyDelete
  4. musim peperiksaan sekarang nih. good luck for all

    ReplyDelete
  5. GOOD luck umair dan kakaknya..alya pun next week exam..sekarang tengah bercuti seminggu..

    ReplyDelete