Resepi Keria Gula Melaka Istimewa

By Monday, October 16, 2017 , ,

Assalammualaikum w.b.t

Kuih ni pernah suatu ketika dahulu menjadi viral di media social. Waktu tuh..jamu mata ajerla tengok sebabnya yang kata viral tuh kat Melaka sana nun. Sedap ke tidak...tidaklah saya tahu. Lagipun, 'sedap' ni mengikut istilah adalah berlainan mengikut citarasa sendiri.

Akhirnya, ntah  apa yang menyebabkan saya terlebih rajin hari Jumaat lepas. Keledek saya dah beli awal 3 hari sebelum tuh. Berangan nak buat kuih Jepun sebenarnya. Tapi tetiba last minute tukar planned pula. Hahah! Maka terhasillah Kuih Keria Gula Melaka yang Istimewa ini.

Resepi nya ada pelbagai ( setelah google di sana sini ) dan saya akhirnya menggunakan resepi seperti berikut :

1) Keledek 2 ketul ( seketul besarnya macam lengan si Umair tuh ). Tak tahulah weh berapa gram but rasenya maybe around 300 gram kot.

2) Tepung gandum - Main agak2 jer letak ikut sesedap hati dan perasaan. Saya masukkan 5 sudu besar. Lepastuh, terkeras pulak. Bhahah!

3) Tepung beras - 1 sudu besar

4) Soda bicarbonat - 1 sudu kecil ( takde pulak kat rumah, jadi kumasukkan Baking powder sket) HAHAH! Tapi korang tak yah letak pun takper kot. Sebab takde paper yang luar biasa terjadi.

Garam semua tak letak pun.

Bahan untuk menyira ( salutan gula melaka )

1) 2 keping nisse bersaiz kecil - Beli kat kelate masa kelik kapung arituh

2) 2 sudu kecil organic brown sugar

3) 1 sudu besar air kosong

 Keledek yang sudah siap dikukus. Korang boleh jer nak potong dadu and rebus juga. Ikut style masing-masing.
Buang kulit sebelum keledek ni dilenyek dan dihancurkan.
Kaedah yang paling senang adalah menggunakan lesung batu. Hiyahh..hiyahh..hiyahhh ~
Then, masukkan segala jenis tepung ke dalam keledek yang sudah dilenyekkan tadi. Ramas-ramas dengan tangan sehingga ianya menjadi doh. Kalau terkeras macam kes saya ni ..sila lah masukkan air sedikit demi sedikit. Bila semua tepung tuh dah bersatu bergabung cantik dengan keledek tuh bolehla start buat bentuk donat.


Inilah rupa keria yang terlebih tepung selepas dibentukkan menjadi donut. Bila dah siap dibentukkan, jangan lupa panaskan minyak di dalam kuali ok?

Tunggu minyak bebetul panas, then boleh lah masukkan satu persatu keria tu ke dalam minyak tersebut. Golekkan sehingga warna luar bertukar menjadi kuning kekuningan.

Nampak tuh? warna nya sudah mula bertukar menjadi kuning sedikit.
Angkat dan toskan dulu minyaknya. Lepas tuh, boleh dah start nak buat salutan keria ni.
Ini bukan belacan yer kawan-kawan. Kang tak pasal-pasal rasa keria korang rasa belacan pulak! HAHAH.. this is Nisse... ( manisan ) since saya takde gula melaka or gula merah kat rumah ni. Pakai ajer la apa yang ada. Pecah-pecahkan dulu nisse ni, lepas tuh masukkan ke dalam kuali atau periuk. Ikutlah korang masak guna apa.
 Masa ni dah bubuh air satu sudu besar and brown sugar sekali. Kacau-kacau sketlah bagi ketulan tuh cepat cair.
Biarkan merenih and berbuih macam dalam gambar tuh. Time ni bila korang angkat dengan sudu...tekstur nya tidak terputus dah. Means, die dah likat dan ready untuk menerima kunjungan keria keria yang sudah digoreng tadi.

 Masukkan kesemuanya dan kacau-kacau sehingga gula tuh melekat rata di luar badan keria tuh yer..
Sesaja lah, masukkan daun pandan dalam ni. Kekonon nak lain dan istimewa dari yang lain. Masak ni sebenarnya, seni juga...tak perlu nak skema sangat. Ikut sukati tuan dan puan. Janji dapat masuk tekak hadam dengan sempurna.
Nyumsss....sedap ajer rasenya. Cuma sebab terlebih tepung jadi agak keras sedikit. Tapi small matter ajer, Alhamdulillah..licin habis. Lepas ni, nak guna keledek warna oren dan kurangkan tepung lebihkan keledek. Salutan die nak letak garam sket biar ada rase caramel gituhhh.

So, korang..selamat mencuba!

That's All and Thank you for reading!



You Might Also Like

11 comments

  1. Sedaaap ni kak Nany. Nani selalu makcik yang buatkan. Hahah! Tak pernah try buat sendiri lagi.

    ReplyDelete
  2. Alahai sedapnya kak Nany. Sungguh mengecurkan liur. Akak taknak buat makan2 ke kat rumah?hihiks ;p

    ReplyDelete
  3. sedap keria gula melaka ni, saya selalu buat sebab anak2 suka makan.

    ReplyDelete
  4. pernh buat juga tp tlg sira je..mak yg buat dohnye hehe

    ReplyDelete
  5. dr buat cek mek molek dana prefer bt keria kot, sbb pyh lak nk mskkn gula dlm cik mek tuh hhehe...

    kebetulan kt umah ada keledek edy beli semalam... nk buat la ptg ni kot2 rajin... klu mls bt esok hehehhe

    ReplyDelete
  6. Amboi berkilat menawan kalbu keria tu kak. Ana pun ngences juga tgk ni ok. Suka sgt kuih keria ni. Lg2 kalau lembut. :)

    ReplyDelete
  7. Cantik kejadian kuih tu.
    Nampak sedap, kuih febret kami sekeluarga ni.

    ReplyDelete
  8. Suka kuih ni facourite i.tp wat sendiri xjd.nk sira gula xreti

    ReplyDelete
  9. Waduh...kok rajin banget ni....
    Hakak pernah gak buat keria ni tp bukan zaman virallah. Entah zaman kaduk lama dulu. Masa tu ada maid. Bolehlah tolong kemas. Sekarang ni dah tak de malas pulak hihi

    ReplyDelete
  10. Wah bagusnya guna gula melaka .. lapar pulak pepagi tengok resepi-resepi sedap,huhu

    ReplyDelete

Terima kasih di atas segala komen dan sokongan.