Hari Anugerah SRIIPUJ

By Monday, November 20, 2017 , , , ,

Assalammualaikum w.b.t

Hai semua!

Lately ni, sana sini naik gambar di FB / IG hari anugerah dan konvokesyen anak-anak. Memang meriah betul bila kita tengok dan kebanyakannya akan cakap bahawasanya kelainan sambutan hari anugerah anak-anak hari ini tidak sama dengan mak dan ayahnya ketika dahulu. Heheh...

Kami pun tidak ketinggalan untuk sama-sama meraikan kejayaan anak-anak kami. Sabtu lepas, sekolah Hannah dan Umair menyambutnya di Enterprise 4 Auditorium. Technology Park Malaysia. Jaraknya hanya 10 minit sahaja dari rumah kami.

Majlis dijadualkan berlangsung pukul 8.30 am tapi guru-guru meminta para pelajar datang awal untuk persiapan mereka di belakang pentas. Kami sampai around 8.05am . Ingatkan, ada lagi banyak tempat kosong di hadapan. Tapi dah penuh pula. Aduss...frust juga sebab ingatkan nak duk kat barisan depan tuh sebab nak the best spot untuk mak amik gambar anak.

Akhirnya, dalam pukul 8.50am macam tuh, emcee pun mengumumkan ketibaan pengetua sekolah bersama dengan VIP .

Dewan auditorium nya agak luas juga dan selesa. Walaupun dok kat atas, masih lagi jelas untuk kami melihat anak-anak beraksi di atas pentas.

SRIIPUJ ini merupakan rakan IKRAM Musleh. Jadi, 90% subjek dinniyah mereka memang follow IKRAM MUSLEH. Kalau yang SRA biasa tuh, mereka menggunakan syllabus dari pihak JAIS. Ketua pengarah IKRAM MUSLEH juga turut hadir memeriahkan suasana.

Tahun ini, Umair masuk persembahan Spelling Bee contest. Semua yang masuk adalah students dari standard 1.
Kesemuanya perempuan kecuali ada tiga orang sahaja pelajar lelaki. HAHAH!
Kalau nak tau, memang susah-susah juga perkataan yang diberikan. Antaranya seperti, "DEFINITIVE", "INNOVATION" "HIPPOPOTAMUS". Kita pun yang dewasa ni kadang kena tulis and check dulu betul ke tidak ..lagila anak-anak ni. Tapi saya perasan, ada sorang budak ni memang genius. Semua perkataan die buleh eja okeyy..

Contestant number 1 please spell "CHAMELION".

"C.E.M.E.L.I.O.N"

Cerah masa depan ko nak oii! HAHAHAH.. janji ada bunyi kan? Budak-budak ni tidak diberi list pun untuk dibaca atau dihafal. Semuanya on the spot sahaja. Takperla, pada saya sebagai seorang ibu. Peluang untuk berdiri di atas pentas dan bercakap di khalayak ramai bukanlah sesuatu perkara yang mudah kan? jadi semuanya berani dan tidak takut untuk ke hadapan.

Kakak pula masuk persembahan bercerita dalam tiga bahasa. Iaitu, English, Bahasa dan Arabic. Initially, she felt a bit frustated because she said she preferred to speak in english. Instead, her Mua'llim asked her to speak in arabic. Mama macam biasa lah..pujuk ajer dia bagi positive words. I said.. 

"Mua'llim percaya kat Hannah extra tuh sebab tuh..die suruh Hannah cakap kot arab" . 

Alhamdulillah...nampaknya Hannah percaya apa yang mama dia cuba sampaikan. Saya tolong dia hafal skrip sama-sama kat rumah. Di sekolah, Mua'llim banyak tolong dia. Saya cuba relatekan beberapa perkataan arab tuh dengan bahasa melayu. Bagi dia faham juga la apa yang dia cuba sampaikan.

 Kawan sebelah dia ni, kena cakap kot BM


Overall, mama bersyukur sebab Hannah pun dapat hafal skrip dengan baik dan nampak 'cool' atas stage. Cuma, bak kata papa dia...bab 'emosi' tuh die kurang sket. Yerla, orang jenis Thinking memang macam tuh kot. HAHAHAH! tader perasaan.

Full video saya dah upload dalam Youtube. Jemput lah..aunties tengok Hannah dan kawan-kawan bercerita!

Banyak juga persembahan yang menghiburkan kami semua. Ada zapin, nasyid, taekwondo, dikir barat, choral speaking dan drama muzikal. Tahniah untuk guru-guru yang berhempas pulas melatih mereka semua setiap hari. Paling saya suka apabila, semua pelajar diberikan peluang untuk membuat persembahan.

Lastly, dah namanya pun Hari Anugerah, maka ada macam-macam anugerah yang disampaikan pada hari tersebut.

Alhamdululillah..segala-galanya adalah dari ALLAH S.W.T. Saya bersyukur di atas kejayaan yang pastinya membuatkan saya sebagai seorang ibu rasa sangat happy atas kejayaan Hannah dan Umair.

Pastinya, perjalanan anak-anak kita semua masih jauh. Ini hanya cebisan sahaja dari kisah kejayaan kehidupan mereka. Saya juga faham dan sedar bahawa, kejayaan anak-anak tidak diukur dengan pencapaian akademi semata-mata.

Ketahuilah, bahawa bila kamu sudah dewasa , bekerja, berkahwin dan mempunyai tanggungjawab yang lebih berat. Maka di situ juga kamu akan terus diiuji dengan pelbagai jenis cubaan. Masa tuh, ALLAH S.W.T jer yang menilai samada kamu semua lulus ataupun gagal.

Jadi, teruskan lah berusaha untuk menjadi seorang insan yang berwibawa dan pandai mengawal emosi . Berakhlak baik dan menjadikan Syurga sebagai impian yang paling TINGGI mengatasi segala-galanya .

Tahniah sekali lagi dari mama dan papa untuk Hannah dan Umair! We loves you unconditionally!




That's All and Thank you for reading!





You Might Also Like

4 comments

  1. Tahniahh! Anak buah kita pun sorang dah grad. Katanya kena nyanyi lagu I believe I can fly. Adik dia pulak nyanyi lagu Adakah Kau Lupa. Hehe

    ReplyDelete
  2. iman siap cakap .. hebat hannah tau mama... hannah bercerita dalam bahasa arab .. hehehe.. impressed betul dia..

    ReplyDelete
  3. Tahniah hannah dan umair..bukan mudah nak berdiri diatas pentas macam tu, acik yang dah tua ni pun menggigil kalau nak bercakap depan orang ramai macam tu..

    ReplyDelete
  4. Wahh bagus Hannah dengan Umair, berani nak ke depan. Bila ada pertandingan macam ni dia orang boleh bina keyakinan dalam diri :)

    ReplyDelete