IKEA Soft Toy Drawing Competition 2017 - Kids designing for kids

By Thursday, November 16, 2017 , , , , , , , , , ,

Assalammualaikum w.b.t

Hai semua!

Sekarang ni sedang berlangsung soft drawing competition anjuran IKEA di seluruh Malaysia. Macam banyak pun kan IKEA yang ada. HAHAH! So you  guys can bring your children to IKEA Damansara or IKEA Cheras. Tebrau , tak pasti since baru sangat bukak kan.

Kali ini drawing competition yang dianjurkan oleh IKEA bukan sekadar contest yang kalau drawing lepas tuh dapat hadiah dan sijil. Lepas tu balik. Nope.

Istimewanya contest ini merupakan aktiviti charity tahunan IKEA.  Selain itu, ianya merupakan kerjasama di antara IKEA Foundation+ UNICEF + Save the Children bertujuan untuk meningkatkan kualiti pendidikan kanak-kanak di negara yang kurang membangun.

Dari tahun 2015 - 2016 , IKEA Foundation telah mendermakan sebanyak 1 euro untuk setiap pembelian soft toy / buku kepada UNICEF dan Save the Children.

Tahun lepas, IKEA Family menjemput semua kanak-kanak yang berusia di antara 4-12 tahun untuk  melukis soft toy impian masing-masing. Setelah menerima beribu-ribu lemon penyertaan dari seluruh IKEA yang ada di muka bumi ini. Akhirnya, 10 lukisan yang terbaik dari pelbagai negara terpilih untuk ditukarkan menjadi soft toy yang sebenar! dan dipasarkan di IKEA seluruh dunia! Waahhh!! menarik kan?

Best betul. Ala-ala macam design fashion baju ke ape. Lepas tuh..ting! tetiba muncul yang real depan mata. Syok kan?

Pada saya, antara kelebihan Soft  Toy Drawing Contest ini, selain dari mengasah bakat dan menggalakkan anak-anak berimaginasi sendiri. Mereka juga dapat membantu kanak-kanak yang kurang bernasib baik di seluruh dunia. Mana tahu, bila dah besar boleh jadikan bakat yang ALLAH S.W.T anugerahkan tu sebagai sumber pendapatan. Lepas tuh, sebab derang kan lukis dan warna sendiri. Means..segalanya lahir dari jiwa. Only kids can understand kids ..right?InshaALLAH, mereka akan lebih menghargainya.

Oh ye! Untuk kategori soft toys ini, IKEA menamakannya dalam bahasa Swedish sebagai "SAGOSKATT" dan dalam bahasa Inggeris bermaksud "mythical treasure". Deep kan maknanya? Seolah-olah ianya memberi harapan yang positif kepada pendidikan kanak-kanak di negara yang kurang membangun.

Jadi, apa tunggu lagi? kalau ada masa cepat-cepat bawa anak-anak ke IKEA. Di IKEA Cheras, kaunter hanya dibuka dari pukul 12pm dan ditutup pada pukul 8pm.  Tanya staff IKEA kat mana area BUG HOUSE. Jangan lupa bawa family member kad IKEA korang tau. Sebab contest ini hanya terbuka untuk yang jadi family member sahaja. Dia nak tengok kad tu nanti before registration.

Kertas lukisan , pensel warna, crayon dan magic color disediakan oleh mereka. Tapi, kalau nak bawak extra stationaries pun boleh. Sebab pemadam tidak disediakan. Kot-kot nak bawak oil pastel ke kan? Semua kena lukis dan siapkan kat IKEA juga. Tak boleh bawak balik. Bila dah siap, nanti derang akan bagi sijil penyertaan.

Kawasan untuk kanak-kanak melukis. Ibu bapa dan penjaga sila tunggu di luar pagar :)
Khusyuk sangat tiga beradik ni dengan lukisan masing-masing

Idea abang tuh memang spontan sebab dia sebenarnya takde lah nak join sangat. Kakak yang beriya dan dah practice kat rumah awal-awal
Adik dok siapkan his dream soft toy nya tuh. Apa benda lah tuh kan? Korang boleh teka tak? Hahah...
Taraaaaaa!!! apa macam? penuh kan lukisan Uwais. Tajuk lukisan beliau adalah..Sang Labah-Labah Kembali Ke Pangkal Jalan :)
Yang ini hasil seni abang. Can you spot his soft toy's name? ajar? a jar? agar-agar?  :p
Akhirnya..kakak pun siap lukis her dream soft toy! and her name is Mimi. Jangan terasa wahai mereka yang bernama Mimi yer. Cute ape nama Mimi. Sampai kakak bagi nama tuh kat soft toy dia ni haaa... Actually , ada dua soalan kena jawab kat situ. Tak susah pun. Die tanya nama dan apa yang menarik tentang rekaan soft toy tuh. Kot english yer..sila prepare siap-siap. Takpun goreng ajerla kat sana. HAHAHAH!


Lepas submit hasil lukisan masing-masing nanti pihak IKEA akan bagi sijil penyertaan sorang satu. Bolehlah simpan dalam fail yer. Heheh..:)

20 lukisan yang terbaik akan terpilih dari IKEA Damansara + CHERAS. 10 pemenang dari IKEA MALAYSIA akan menerima voucher sebanyak RM150 dan lukisan mereka akan dihantar ke IKEA global. Manakala, 10 lagi pemenang akan menerima voucher bernilai RM80 setiap seorang.

Lepas tuh, kalau ada rezeki. IKEA global akan pilih 10 lukisan soft toy dari penyertaan seluruh dunia dan tukarkan kepada soft toy yang sebenar! . Pemenang juga akan menerima soft toy rekaan mereka sendiri.

Oklah, kalau ada sesiapa yang berminat dan nak tahu lebih lanjut boleh klik kat sini : http://family.ikea.com.my/en/activities-contests

All the best yer anak-anak!

Tarikh tutup penyertaan adalah pada hari Ahad ni, 19hb November. Sempat lagi kalau ada yang berminat nak mencuba.

That's All and Thank you for reading!




You Might Also Like

6 comments

  1. nasib anak IQ kecik lagi, kalau tak IQ pun nak suruh anak IQ join sekaki. hehe

    ReplyDelete
  2. good luck..bdk2 kalo suka mewarna mmg syok la dpt join ni

    ReplyDelete
  3. Kusyuk sungguh dorang melukis tu kak. Semoga ada rezeki ye. Next year boleh lah syafi join sekali.

    ReplyDelete
  4. Sy ni jauh nk p ikea..klu dekat mmg asik p shopping je la kn..hehe..

    ReplyDelete
  5. Wah hebat kan idea anak² ni. Semoga lukisan mereka terpilih. Rezeki siapa tahu kan!

    ReplyDelete
  6. Wahh seronok lah anak anak kak Nany join pertandingan melukis dan mewarna macam ni. Goodluck!

    ReplyDelete